|
Jul
31
|
Isteri saya ada ‘penyakit’ malas atau tak semangat untuk bekerja. Nak-nak pula selepas bercuti panjang. Dia sering mengadu pada saya. Kenapa dia selalu tak bersemangat untuk bekerja? Kenapa bila tiba pagi Isnin, badan terasa begitu lemah dan tak bermaya? Tiada ke tips yang boleh diamalkan bagi mengubati ‘penyakit’ malas ini?
Yaa, memang kebanyakan daripada kita mengalami masalah ini sebenarnya. Ramai diantara kita yang masih terbawa mood bercuti sehingga rasa malas untuk bekerja semula.
Baiklah, bagi membantu mereka yang ada masalah tak semangat untuk bekerja setelah bercuti panjang terutamanya. Maka, dalam post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda praktikkan untuk membangkitkan semula semangat bekerja setelah lama bercuti.
- Sebelum masuk tidur, sediakan segala keperluan atau peralatan (dokumen, laporan, nota dan sebagainya) yang hendak anda bawa ke pejabat keesokan harinya. Sediakan siap-siap pakaian dan seluar yang anda akan pakai, kasut, beg dan sebagainya yang berkaitan dengan kerja pada malam sebelum hari bekerja. Sediakan semua barang keperluan itu selengkapnya. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan anda jadi kelam kabut pada pagi esoknya.
- Set kan ‘alarm’ pada handphone atau kunci jam loceng lebih awal daripada hari biasa. Bangunlah awal supaya anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mandi, solat, bersolek dan bersarapan. Haa kalau nak kunci jam tu, pastikan anda letak jam loceng tu jauh sedikit dari katil anda. Ini adalah kerana, biasanya apabila anda tersedar dari tidur, tanpa anda sedar, tangan anda akan merayap mencari jam loceng tersebut seterusnya akan mematikannya. Anda terbangun dari tidur tu pun hanya semata-mata untuk tutup jam loceng dan tidur kembali. Jadi, letakkanlah jam loceng atau alarm handphone anda jauh sedikit dari jangkaun tangan anda. Dan pastikan bunyi jam loceng anda tu jelas kedengaran.
- Catatkan semua kerja atau tugasan yang perlu anda lakukan keesokan harinya. Senaraikan aktiviti-aktiviti penting tersebut di atas sekeping kertas atau dalam buku catatan anda. Anda boleh membawa senarai tugasan dan catatan aktiviti tersebut ke mana-mana saja anda pergi nanti. Teknik tulis dan catat senarai tugasan seperti ini sebenarnya mampu mengurangkan bebanan yang ada dalam fikiran anda dan ia mampu membuatkan otak anda menjadi cerdas dan segar.
Sekian, saya kira itulah 3 tips yang boleh saya kongsikan bagi membantu anda untuk lebih bersemangat dan lebih ceria setelah sekian lama bercuti (tidak bekerja).
Kalau anda ada tips atau cara lain, kongsikanlah di bahagian komen yer.










August 1st, 2009 at 8:30 am
Bagus penulisan blog ini. Malas sebenarnya berpunca daripada kelemahan mengawal minda.
Ingin tambahkan traffic? Singgahlah di http://www.imcurtain.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
August 1st, 2009 at 9:08 am
Terima kasih kerana memperkenalkan directory IMCurtain.Com tu.
Saya dah daftar dan submit 2 artikel dari blog ni.
InsyaAllah setiap kali saya update blog ni,
pasti saya akan submit ke IMCurtain sana…
p/s- thanks sebab click iklan nuffnang saya….masyuk22…hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
August 17th, 2009 at 9:03 am
askum..
pkbar kpd smua pembca blog stia nie&pkar harap smua dlm kdaan sihat..
baguh gak tips kali nie yek.. saya pun bstuju gak dgn cdgan pakar tu..
-slu kalu ptg sabtu saya akan menggosok baju sy & suami untuk seminggu..
jadi hari ahad kami byk habiskan masa bsama anak2..so bla bgun pgi
keesokannya kmi tdlah tegesa2 nak mgosok bju & menjimatkan tenaga
elektrik..
-slu kt umah ada papan note,salah satunye kat cermin meja solek..kat situ
byklh reminder kmi gak..than bla slu lalu kt stu/tgok msti teringat apa yg
saya/suami kene lakukanya pd keesokannya..
-kat umh gak kami tetap guna jam loceng tapi utk saya je bgun pada jam
5.45pg. than 2 alarm hp yang akan bebunyi 1 pd jam 6pg, dan 1 lage jam
6.30…tu biasalah jam utk kejutkan cik abg..2 yg kne backup sampi
2x..hik..hik..(risau terlajk solat,bgun lwt)
hanya itulah yg dapt sy kongsikn bsma…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
March 15th, 2010 at 7:55 am
saya pun mengalami masalah yang sama….
hampir setiap minggu…..
faktornya….maybe suasana tempat kerja yang kureng…..kuengggg
tapi kadang2 terpaksa tipu dri sendri….mengatakan best….heheheh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 20th, 2010 at 11:32 am
erm..sye mmg amlkn 3 tips tsbut..tp..kdg2 still x de smgt gk nk g keje…he3…pg ok lh..smgt still ade..smpi jer kt traf.lite..jam lg..trus ilg mud nk keje..hu3…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 31st, 2010 at 1:06 am
salam.slalunya bersiap sedia dr awal…niat masa tdo nk bngun dgn smngat utk keje sok.insyaALLAH…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]