Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Ada satu malam tu, saya berborak dengan isteri saya tentang blog pakarhowto ni. Saya tanya apa pendapat dia tentang blog ni. Dia jawab ringkas saja, ‘tidak menarik dan bosan’.

Aduh, saya betul-betul tersentak. Saya sangkakan saya akan mendapat maklumbalas yang positif. Tup-tup, sebaliknya pula yang saya dengar. Ish…macammana pula isteri saya boleh kata macam tu. Selama ni saya dah puas hati dah. Saya rasa blog pakar ni menarik dan penuh informasi. Adakah saya syok sendiri?? huhu

Blog ini tak cukup menarik

'Blog ini tak menarik dan bosan' -Raihan-

Saya tanya dia. Ape pasal awak kata tak menarik dan bosan? Apa sebabnya?

Isteri saya jawab. Dia kata, biasanya kebanyakan orang tak suka sangat baca informasi yang serius. Tak suka baca artikel-artikel yang berat. Tak minat baca ayat-ayat yang formal macam buku teks. Cuba tengok buku teks dan buku-buku rujukan, berapa ramai orang suka baca buku-buku jenis macam tu? Cuba tengok pula, berapa ramai orang yang suka baca novel dan majalah-majalah? Soal dia pada saya…

Kata isteri saya lagi,

Kalau nak bagi blog ni menarik. Jangan guna ayat formal sangat. Jangan letak artikel yang mempunyai isi kandungan yang berat dan serius. Satu-satu artikel tu jangan panjang-panjang sangat. Kalau nak kongsi artikel yang mempunyai isi kandungan yang serius dan berat, cuba olah ayat yang digunakan supaya lebih menarik untuk dibaca. Kena guna ayat yang simple dan straight to the point. Jangan tulis melerek-lerek. Letakkan gambar-gambar yang menarik. Guna bahasa seperti kita bercerita. Bukan ayat formal yang poyos. Pesannya isteri saya.

Waduh waduh waduh. Pedas giler dia kasi komen pada blog saya ni. Pada mulanya saya nak juga fight balik kata-katanya tu. Nak juga saya pertahankan gaya saya mengendalikan blog ni. Tapi saya cuba tahan perasaan saya. Saya dengar jer apa yang dia katakan. Lagipun saya yang minta dia komen. So suka tak suka saya dengarkan juga.

Saya kata kat dia. Hmmm, betul juga apa yang awak bagitau tu. Tapi, saya rasa blog ni takde lah teruk mana pun. Ayat saya pun takde la formal sangat kan? Dan setakat ni pun alhamdulillah ramai juga yang bagi feedback positif. Pengunjung blog ni semakin ramai. Bertambah dari hari ke hari. So, kesimpulannya takde la teruk mana kualiti blog ni.
Saya rasa la. Ker saya sorang jer rasa camtu? Apa pendapat korang?

Apapun, saya terima semua komen-komen yang isteri saya cakapkan tu dengan hati yang terbuka luas. Seluas padang pasir di Arab Saudi. Saya tetap positif. InsyaAllah mana-mana kelemahan yang dibangkitkan tu, saya akan cuba perbaiki.

Apa yang penting bagi saya ialah, setiap entri atau post yang saya buat di blog ini, ada mesej berguna yang akan saya sampaikan. Dan saya harap mesej itu sampai kepada para pembaca. Diharapkan, setiap artikel atau info yang dikongsikan di blog ini, akan sikit sebanyak memberikan manfaat kepada kita semua. Itu tujuan utama blog ini diadakan. Sebagai satu tempat perkongsian ilmu dan maklumat yang saya ada.

So, akhirnya, saya nak tanyalah pada korang semua ni. Apa pendapat korang? OK ker KO? Bosan atau Bagus? Apa kelemahan? Luahkanlah pendapat korang untuk saya perbaik…. terima kasih. :)

Artikel lain yang best-best :