Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBEkonomi dunia semakin parah. Ramai yang telah terkena tempias kemelesatan ekonomi ini. Banyak sekali syarikat yang telah mula menutup operasi mereka. Beribu2 orang hilang pekerjaan.
Ada beberapa orang kawan saya telah dipaksa ambil cuti tanpa gaji oleh majikannya. Seorang kawan saya, seorang kontraktor yang dulunya bawa mercedez benz mata bulat, kini terpaksa jual keretanya dan pakai proton saja.
Ada kawan saya juga seorang usahawan berjaya yang dulunya memiliki pejabat yang sangat besar dan pekerja yang ramai, kini terpaksa berpindah ke pejabat yang lebih kecil dan jauh dari bandar bagi mengurangkan kos.
Suami kepada kakak ipar saya, seorang kontraktor lanskap di Alor Setar kini terpaksa menggunakan separuh dari wang simpanannya untuk menampung perbelanjaan keluarga. Sebab duit tak masuk, projek susah nak dapat.
Pendek kata, ramai sekali orang yang telah mula merasai kesan keadaan ekonomi yang merudum sekarang ini.
Namun Alhamdulillah, nasib saya masih lagi baik. Syarikat tempat saya bekerja ini masih lagi bertahan dan tidak membuang pekerjanya. Tapi itu buat masa sekarang lah. Saya tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Mungkinkah syarikat ini juga akan ‘gulung tikar’? aduh…risau gak memikirkannya…huhu
Anda pula bagaimana? Sudah merasai kesan kemerosotan ekonomi sekarang? Apa tindakan anda?
Saya mempunyai cara tersendiri dalam menangani masalah ekonomi keluarga saya? Antara tindakan yang saya lakukan ialah ;
1. Cari ‘duit sampingan’ atau ‘side income’ melalui internet.
Sebenarnya saya mula belajar cari duit melalui internet ni sejak kira2 setahun yang lepas. Pada masa tu saya banyak membeli ebook2 dan buku yang menceritakan tentang cara buat duit dengan internet. Banyak sekali ebook dan buku panduan yang saya baca. Namun, masa tu saya hanya banyak membaca tetapi saya tak buat apa2 tindakan pun. Sekadar beli ebook/buku dan baca. Lepas tu, saya simpan ebook/buku tu. Disebabkan tiada sebarang tindakan yang dibuat, saya tak dapat apa2 hasil pun masa tu. Duit saja yang keluar. Duit masuk ‘ZERO’…huhu.
Tapi tu dulu la. Alhamdulillah, saya dah berubah. Saya dah sedar bahawa, banyak mana pun ebook/buku yang kita baca, banyak mana pun ilmu yang kita ada, tapi kalau tiada sebarang tindakan, maka tiada gunanya. Tiada apa2 hasil.
Kini, saya telah bulatkan tekad, kuatkan azam untuk amalkan/praktikkan segala ilmu yang saya ada. Dan Alhamdulillah syukur banyak2 pada Allah kerana, apabila saya mula bertindak / bergerak, kini saya telah mula mendapat hasilnya. Alhamdulillah, walaupun hasil yang saya dapat tidaklah sampai beribu2 tapi cukuplah utk saya menampung segala bil2 saya.
Benarlah sesungguhnya…
“Ilmu tanpa amal adalah umpama pokok yang yang tidak berbuah.”
Banyak manapun ilmu yang kita ada, tapi tanpa amal, maka takde gunanya juga.
* Kepada yang berminat nak belajar untuk jana pendapatan melalui internet, saya syorkan anda beli produk ini. Harganya agak mahal, tapi sangat berbaloi sebab ianya sangat lengkap dan diajar melalui video. Anda hanya perlu tengok video, kemudian cuba buat seperti yang diajar dalam video. Sangat praktikal. Saya dulu pun tak tau apa2 pasal internet business ni. Saya belajar dari ‘zero’. Tapi sekarang, alhamdulillah saya dah mendapat hasilnya. Jadi, jangan takut untuk labur sikit duit untuk ILMU. Sebab pelaburan untuk ILMU pasti tidak akan sia-sia, insyaAllah.

2. Cari duit tambahan melalui tuisyen.
Sebenarnya sejak dari sekolah menengah lagi, saya ni seorang yang suka mengajar. Dan sampai sekarang pun cita2 untuk bekerja dalam bidang pendidikan masih ada.
Didorong oleh minat yang ada, saya telah mengambil kursus di Japan Foundation of Kuala Lumpur, bagi mendapatkan sijil/lesen mengajar bahasa Jepun. Kursus tersebut memakan masa 2 tahun. Dan alhamdulillah bulan September tahun lepas saya telah berjaya mendapatkan sijil mengajar tersebut.
Sekarang saya ada mengajar beberapa kelas bahasa Jepun dalam seminggu. Saya juga ada buka 1 kelas belajar bahasa Jepun secara percuma di syarikat tempat saya bekerja sekarang.
Selain itu, saya juga pernah menyertai 1 seminar yang menerangkan bagaimana untuk mencari duit sampingan melalui tuisyen. Orang yang membuat seminar tuisyen tu ialah kawan saya sebenarnya. Dia sangat berpengalaman dan pakar dalam bab2 tuisyen ni. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak belajar bagaimana nak cari duit melalui tuisyen, bolehlah sertai seminar yang dianjurkan. Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai seminar tuisyen.
3. Cari duit lebih melalui ‘translation’.
Saya mempunyai kebolehan berbahasa Jepun sebab saya pernah belajar di Jepun selama 4 tahun. Dengan kemahiran yang ada, saya buat ‘part time’ menterjemah dokumen2 syarikat untuk mendapatkan duit tambahan. Alhamdulillah, duit yang saya dapat melalui translation ni boleh la sikit sebanyak membantu keadaan ekonomi saya.
*Kalau ada sesiapa yang mencari khidmat ‘translation’ atau nak belajar bahasa Jepun, bolehlah kontek saya yer.
Begitulah beberapa tindakan/cara saya dalam menangani masalah kemerosotan ekonomi yang semakin buruk ini. Alhamdulillah, saya bersyukur banyak2 pada Allah atas apa yang saya miliki sekarang.
Kepada anda yang sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi anda, berikut ialah pesanan saya untuk anda.
- Kenalpasti apa yang anda nak buat…
- Cari seberapa banyak ilmu (terus menerus) berkenaan dengan perkara yang anda nak buat tu.
- Praktikkan terus ilmu yang anda dapat….praktik dan amal dengan istiqamah.
- Fokus pada tindakan anda….jangan lari fokus….sebab nanti semua tak jadi.
- Jangan sekali2 ‘give up’.
- Dan paling penting, keyakinan mesti betul….iaitu REZEKI ADALAH HAK MUTLAK ALLAH TA’ALA…kita hanya berusaha, yang lain2 ALLAH tentukan.
- Doa banyak2 pada ALLAH supaya beri kejayaan pada anda.
Saya berdoa agar ALLAH murahkan rezeki kita semua. Amin.



















btul2…sya pn ngah wat sideincme…
kalo harap gji jer memg pyh…
kne usha jgk bru da hasil…..
Betul tu Mamboo…
saya dah 5 tahun kerja,…tapi gaji tak pernah nak cukup.
tu pasal saya sentiasa cari jalan untuk tambahkan pendapatan…
buat masa sekarang, saya dah dapat duit tambahan dari internet alhamdulillah.
skang tgh fokus untuk dapatkan ‘lebih’ lagi….hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ya setuju. baca dan praktikakan!
insya allah belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencapai satu tahap yang dikehendaki.
tidak perlu takut kerana disamping itu panjatkan doa kepada ALLAH, insya allah diberkati dan diperkenankan.
Tuan Megat,….terima kasih kerana sudi singgah ke sini…dan tinggalkan komen.
benar sekali kata tuan…USAHA DENGAN SUNGGUH2 + DOA..PASTI AKAN MEMBERIKAN KEJAYAAN…INSYA ALLAH…
ALL THE BEST!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalaamu…
Alhamdulillaah, Good Tips.
Wassalaamu…
Alhamdulillah….
USAHA TANGGA KEJAYAAN!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emmm ..betul tu…
skg ni kena pandai cari duit ..
kalu tak susah la nak idop..
selagi dkurniakan rezeki yang cukup kena pandai2 blanja n tidak mbazir…
wat ms ni sy cuma tau simpan duit n guna ketika perlu sahaja…hehehe
Cik Ocean…
terima kasih atas komen yang diberikan.
langkah berjimat cermat dan tidak membazir adalah tindakan bijak.
insyaALLAH, ALLAH pasti akan menambahkan rezeki kepada orang yang tidak membazir dan selalu bersyukur…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sama lah kita..mencari duit sampingan di Internet.
Ramai yang masih tak percaya lagi.
Tapi saya percaya sebab dah pernah dapat.
Shaffik…
Yaaa mari kita gandakan usaha lagi dan lagi….
sebab hasil adalah berkadar terus dengan usaha…
makin banyak usaha, maka makin banyak hasilnya.
kepada yang masih tidak percaya tu….
takperlah…biar lah kalau mereka tak nak percaya.
mereka juga yang rugi…
orang boleh jana duit ribu2 melalui internet..,
mereka??? asyik tau komplen dan berfikiran negatif…
siapa yang rugi??
“mereka dan keluarga mereka….” hehe
dulu saya pun sebenarnya tak percaya juga.
tapi alhamdulillah, saya kini dah jana ratusan ringgit sebulan melalui internet…alhamdulillah.
saya akan teruskan lagi usaha untuk dapatkan ribuan ringgit pula…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tips yang sangat membantu. Tahniah! Apa yang penting, kita cakap dan kita buat. Kita plan & kita laksanakan. Selagi tak cuba, maka tak akan tahu nikmatnya! So jika dah tau tips ini, berebutlah untuk bertindak! Syabas pakarhowto.com
Master Yus…
benar sekali kata tuan.
KITA CAKAP & KITA BUAT!!
KITA PLAN & KITA LAKSANAKAN!!
aduh…benar sekali tu…benar sekali…
moga2 saya dapat BUAT apa yang saya CAKAP! amin.
so, kepada mereka yang berminat nak belajar cari duit melalui tuisyen tu…
bolehla kontek Master Yus tu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aha..btol laa sy pon dh rs skng..akibat kemelesetan ekonomi nie..gji abis byr utang jela..skng kne laa jimat cermat xleh mmbzir lg..kne cr side income luar jgk nie…
ILA JEPUN….awak ni study kat jepun ker dulu??
saya sarankan ILA belajar buat bisnes internet macam saya…
bukan susah mana pun…
kalau ILA boleh peruntukkan sejam dua sehari secara istiqamah…
insyaALlah memang boleh jana duit melalui internet….macam saya ni….huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya nak gi belajar bahasa mandarin,
sebab nak bukak syarikat kedai potong…
adik uruskan laaa
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]