Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Musim pilihanraya sudah bermula. Kesemua parti-parti yang bertanding semakin sibuk membuat kempen masing-masing. Masing-masing telah melancarkan manifesto dan mengumumkan calon pemimpin yang bakal bertanding.

Pengalaman menghadapi musim pilihanraya begini saya anggap sangat istimewa bagi saya kerana ianya jarang berlaku. Tambahan pula, inilah kali pertama saya akan mengundi. Jadi, saya berasa sangat teruja dan tidak sabar lagi untuk memangkah undi.

Persoalannya, ciri-ciri pemimpin yang bagaimanakah yang patut kita pilih? Takkanlah nak hentam kromo main undi saja! Mana boleh begitu. Mungkin proses membuang undi itu tampaknya macam perkara ringkas dan mudah saja iaitu sekadar meletakkan nama atau memangkah pada hari pengundian. Tetapi sedarlah bahawa hasil undian yang kita buat itu bakal memberikan kesan amat besar terhadap masa depan negara dan umat. Ia mampu menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan dan masyarakat. Ianya juga boleh menetukan keamanan atau kekacauan dalam sebuah masyarakat.

Lantaran itu, saya rasakan adalah tersangat penting untuk saya berkongsi dengan anda semua tentang tips-tips bagaimana kita dapat membuat pilihan yang tepat dalam melantik pemimpin yang sejati.

  • Kita kena inga bahawa soal pemilihan pemimpin ini mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak. Maka mereka yang hendak dipilih, hendaklah mereka yang kita yakin akan mampu menegakkan keadilan dan kemaslahatan umat.
  • Jika kita pilih mereka yang berpotensi merosakkan umat, maka itu adalah dosa yang teramat di sisi Tuhan. Juga, calon-calon yang dipilih itu hendaklah sedar bahawa neraka adalah kesudahan buat mereka yang zalim yang gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab kepimpinan.
  • Pilihlah pemimpin yang mempunyai kualiti dan berkemampuan untk memastikan survival umat.
  • Kualiti sesorang calon bukan sekadar dilihat pada daerah, atau negeri atau umur atau latar pendidikan semata-mata sebaliknya pilihlah pemimpin berteraskan al-Quwwah dan al-Amanah seperti yang diajar oleh al-Quran. Al-Quwwah bermaksud kekuatan yang mewakili kemampuan atau kemahiran atau kecekapan melaksanakan tugas. Sementara al-Amanah adalah nilai taqwa atau amanah dalam diri yang memastikan dia tidak akan mungkir terhadap janji dan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan.
  • Pilihlah pemimpin yang bertegas kepada prinsip dan mengenepikan segala kepentingan diri.
  • Pilihlah pemimpin yang paling amanah dan sedar serta insaf bahawa dia akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak tentang tanggungjawab yang akan diserahkan kepadanya.
  • Jangan pilih pemimpin berpandukan nama, panggilan atau gelaran sebaliknya pilihlah pemimpin berdasarkan kewibawaan, sikap dan keperibadian yang unggul.
  • Pilihlah pemimpin yang mampu membela rakyat bawahan, fakir miskin, menyebarkan kebaikan, menghidupkan suasana yang membawa keredhaan Allah dan RasulNya, memajukan minda dan harta serta menunaikan tuntutan dunia dan akhirat.
  • Jangan pilih pemimpin yang ada potensi negatif dan berkecenderungan untuk menyeleweng, tidak amanah, mementingkan diri, melupai tanggungjawab yang diberikan.
  • Sememangnya soal pendidikan, kelayakan, kepakaran dan kecerdikan amat penting dalam memilih pemimpin tetapi ciri kecerdikan itu jika tidak diiringi dengan perasaan gerun terhadap amanah jawatan yang diserahkan kepadanya, maka berbagai kerosakan dek kecerdikan itu tadi boleh berlaku.
  • Jangan sekali-kali memilih pemimpin atas dasar kerana simpati hubungan keluarga atau persahabatan yang ada.
  • Pilihlah pemimpin yang dapat menonjolkan idealisme yang mampu membimbing rakyat sehingga perasaan rakyat akan terikat dengan perjuangan kepimpinan, visi dan misi serta setia tanpa mengharapkan habuan, menyokong dan mendokong cita-cita dan menjayakan visi negara tanpa mengharapkan ganjaran.
  • Pilihlah tokoh-tokoh kepimpinan yang dikagumi keperibadiannya dan dirasai keikhlasan.
  • Pilihlah pemimpin yang jelas hala perjuangan dan perlaksanaannya.
  • Pilihlah pemimpin yang wajah kepimpinannya bukan taburan harta, tetapi kematangan minda yang mampu menjadikan harta berfungsi dengan saksama dan cemerlang.
  • Jangan pilih pemimpin yang hanya tahu melaungkan slogan-slogan dan janji-janji manis yang sebenarnya itu semua hanya sekadar retorik.
  • Sebaliknya pilihlah pemimpin yang boleh ‘walk the talk’ yang mempunyai penghayatan kepada segala kata-katanya dan membuat perubahan bermula dengan dirinya sendiri. Jika sekadar menjanji, ramai yang boleh janji berbagai perkara.
  • Jangan pilih pemimpin yang apabila bercakap, ia bohong dan jelas sekali pembohongannya.
  • Jangan pilih pemimpin yang suka memaki-hamun, menjatuhkan maruah dan mencerca orang tanpa batasan syarak.
  • Pilihlah pemimpin yang sentiasa rendah diri dan boleh ditegur.

Kesimpulan yang dapat saya berikan dalam memilih pemimpin sejati ialah ;

Pilihlah pemimpin yang TAKUTKAN ALLAH lebih daripada segalanya. Kerana hanya pemimpin yang benar-benar takutkan ALLAH sajalah yang mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan jujur, amanah dan adil. Pemimpin yang benar-benar takutkan ALLAH sajalah yang tidak korup, tidak menipu, tidak mementingkan diri sendiri dan tidak sombong dan angkuh.

Jadi, marilah kita sama-sama pastikan, kita hanya akan mengundi pemimpin yang benar-benar TAKUTKAN ALLAH. Kalau tidak, baik tak payah mengundi.

Sekarang, apa pilihan anda?

 

 

atau

atau

atau

 

Artikel lain yang best :