|
Nov
05
|
Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah, kebanyakan wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk ” merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.
Semuga sedikit tips yang Suri kongsikan bersama anda disini diharap ia dapatlah membantu kita sebagai wanita terutamanya yang berusia 30an “me’maintain’kan” kesihatan dan keterampilan diri agar tetap yakin dalam setiap langkah sepanjang hari anda.
Kawallah pemakanan proses penuaan agar dapat dilambatkan, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jika boleh perbanyakkanlah makanan yang berserat tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan hindarilah juga dari makanan yang berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah yea..

Apabila umur anda telah menjangkau 30an ketahuilah bahawa anda digalakkan menggunakan pelembap yang sesuai dengan umur anda. Ini adalah untuk keanjalan dan kelembapan kulit anda yang semakin berkurangan. Disini Suri sarankan agar anda mencarilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda. Hati anda berhati-hatilah dalam memilih produk kecantukan diluar sana. Jangan mudah tertipu..
Cuba elakkan raut muka anda dari terus terkena pancaran matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana pendedahan kulit muka yang terdedah lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
Sentiasa bersenam setiap hari kerana ia mampu meningkatkan tahap keupayaan dan kesihatan anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun dari tidur. Dan jika anda berkesempatan, lakukanlah senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahukah anda dengan bersenam mengikut jadual yang tetap ia akan membuatkan badan dan minda anda lebih cerdas. Bahkan tidur anda juga lebih lena.
Digalakkan minum banyak air kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan kekeringan kulit pada wajah dan tubuh badan anda. Tahukah anda bahawa jika tubuh badan kita kekurangan air ia boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain dari itu, air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
Makanan tambahan seperti pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30an. Kebanyakan wanita kesibukan tugas ditempat kerja, rumah menyebabkan sebilagan wanita dimalaysia ini jarang mengambil atau mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jadi untuk menyelesaikan masalah anda Suri cadagankan pengambilan vitamin yang boleh membantu anda lebih cerdas dan sihat sentiasa.
Elakkan pemakaian mekap yang tebal kerana wanita yang berusia lingkungan 30an seelok-eloknya anda gunakanlah mekap yang tatariasnya tampak nipis dan sederhana sahaja. Di sini Suri sarankan agar anda cubalah mengelakkan diri dari memakai foundation yang agak terlalu tebal serta lipstik yang menyala kerana ia akan menampakkan wajah anda akan kelihatan lebih tua dan garang!

Janganlah lupa untuk menunaikan solat lima waktu juga kerana setiap gerak solat tersebut boleh membantu tahap kesihatan anda lebih optimum lagi. Bahkan dengan mendekatkan diri juga jiwa anda akan merasan tenang sekali gus akan menghilangkan stress pada diri…
Keterampilan yang positif dan ceria haruslah diamalkan selalu kerana ia akan mencerminkan aura dalam diri yang sentiasa tenang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Katahuilah bahawa dengan pemikaran yang sihat akan membantu anda membina keyakinan diri yang baik. Disamping penjagaan anda kepada yang tersayang juga akan terjamin. Ingatlah bawa sentuhan anda amat bernilai dalam sesebuah rumahtangga. Tanpa anda berkemungkinan perjalanan kehidupan akan terganggu..
SAYANGILAH DIRI DAN KELUARGA









November 5th, 2009 at 11:48 am
Thanks cik suri atas tip2 dan info yg diberikan…
mcm cik suri ckp pasal pengambilan vitamin tu… mmg seharusnya seorang wanita yg akan memasuki usia 30an kena memakannya… cthnya mcm sya nie.. dari dulu lagi bila dtg period tak ade masalah.. mcm sesetengah org tu ada yg senggugut la.. pening kepala la mcm2 lg la.. tp bila usia sya masuk 30an.. sya dah mulai merasainya… bila dtg period kepala sya pening,sakit pinggang la… nak habis period pun pening.. tnye member2 die ckp usia 30an mmg mcm tu.. kena ambik makanan tambahan mcm vitamin2 tu la…katanya hormon dalam badan tak kuat…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 6th, 2009 at 2:11 pm
@safra,
sama-sama safra.biasalah bila usia sudah meningkat,kita melalui proses kehamilan yang agak panjang semuanya itu adalah lumarah kehidupan kita sebagai manusia.
erm,
suri syorkan safra ambillah ubat vitamin c dalam bentuk tablet pun boleh juga sb ianya memberikan kesan untuk membaik pulih semua bahagian tisu badan manusia. Ia amat penting dalam membina kolagen iaitu protin penting untuk pembentukan kulit, membaiki parut, tendon, ligament dan pembuluh darah kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wani Reply:
July 19th, 2011 at 12:58 am
@safra, HANYA 1 APLIKASI SAHAJA, UNTUK 8 FUNGSI HEBAT!!!
8 IN 1
TAK PERLU :
PELEMBAP
PELINDUNG MATAHARI
UBAT JERAWAT
BEDAK ASAS
KRIM PEMUTIH
KRIM ANTI PENUAAN
8 KELEBIHAN ORI STEM CELL :
* PELEMBAP
* ANTI OXIDANT
* PELINDUNG UV
* ANTI JERAWAT
* MENCERAH
* ANTI PENUAAN
* ANTI PIGMENTASI
* MERAWAT LAPISAN DASAR KULIT
SESUAI UNTUK YANG MENGALAMI :
KULIT TIDAK SEKATA
KULIT KENDUR
KEDUTAN
PIGMENTASI
KULIT KERING
MENCERAH KULIT
MENCEGAH PENUAAN KULIT
MEMPERBAIKI SEL-SEL KULIT
MENGHILANGKAN BEBAYANG MATA
MENGURANGKAN GARIS – GARIS HALUS
MELEMBUTKAN KULIT
MENYERIKAN WAJAH
MERAWAT KULIT KASAR DAN SENSITIF
*Untuk kegunaan disiang hari sahaja.
PRODUK TERHANGAT DIPASARAN
KAYLA Ori Stem Cell Day Cream Rm160.00
TRIAL Pack rm 45
Postage : Rm 6.00 ( Semenanjung M’sia)
Postage : Rm 8.00 (Sabah & S’wak)
Hubungi saya WANI:
email: mohdsafuanshah@yahoo.com @ call/sms di 0193774547
http://applestemcells.blogspot.com/
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 5th, 2009 at 2:57 pm
cik suri, ade tak petua untuk tambat hati mak mertua.
hihi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 6th, 2009 at 2:04 pm
@as, hai as.
waduh..duh..nanti saya akan usahakan yer.hehe..;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 5th, 2009 at 3:01 pm
Terima kasih dengan segala tips yang suri berikan…saya amat hargai dan sangat setuju dengan apa yg suri kongsikan terutama soal solat 5 waktu…kerana pada saya ia memang benar-benar memberikan ketenangan dan kecerian pada diri terutama dalam usia mula menganjak 30an. Jika kita bersolat bermakna secara langsung kita akan menjaga kebersihan diri, fikiran yg tenang buat diri boleh berfikir secara waras dan secara langsung memelihara jantung dan diri dengan lebih baik lagi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 6th, 2009 at 2:16 pm
@siti zuwaina,
Salam Jumaat siti zuwaina..
sama-sama, suri setuju tentang solat tu. sb tika kita melakukannya pasti hati kita akan tenteram dan damai selalu..sekiranya kita meninggalkannya hukumya berdosa dan sudah pasti apa perkara yang kita buat dalam setiap hari terasa tidak LENGKAP tanpa bersolat 5 waktu sehari semalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 5th, 2009 at 5:29 pm
ohayoo,
artikel yg menarik..
terima kasih atas ilmu yg dicurahkan..iuseh…
erm..cik suri buleh tak bg tips cara nak pilih krim muka yg sesuai tuk kulit kita…
(ehemmm….kite tak pakai krim muka nih..:)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 6th, 2009 at 2:24 pm
@ocean,
Cak!
Hai Ocean?
alahai camna nak bagi tips pasal krim muka tu ek? erm sb suri pun tak pernah pakai benda alah tu.hehe..takat pencuci muka biasa adalah..huhu..
walaubagaimanapun jika suri ada terbaca artikel berkenaan dengan info tersebut nanti suri akan bentangkan dlm blog nie yer. buat masa ini suri belum ketemu lagi..Insyaalah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 11:17 pm
@ocean,
eh ni cik puteri ocean ker…hehe
lamer tak dengar khabar berita?
ape cerita laa ni?
sibuk mengajar adik2 lagi ker?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ocean Reply:
November 12th, 2009 at 5:35 pm
ola…
yelah nak isi masa lapang waktu malam..baik ajar adik2 kan..kan..
…tips tuk lingkaran gelap bawah mata…nak cegah melalui pemakanan ..ade sesapa boleh bg tips ..?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 11:47 am
@ocean,
bagus sekali gitu.
anda memang akak yang solehah.
tentang tips tu,
maaflah saya tak jumpa lagi…
tapi kalu ada sesiapa yang tahu, kongsikanlah di sini yer…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 6th, 2009 at 9:10 am
dan jangan lupa, selalu senyum… bila muka sentiasa manis tentu le nampak muda..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 6th, 2009 at 2:19 pm
@ct maliha,
hai ct maliha,
PLEASE SAY CHEEES…
barulah menawan senyumanmu itu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 6th, 2009 at 10:58 am
SALAM..artikel ni sedikit sbnyk dapat memberi saya informasi untuk menjadi lebih bertenaga n mengekal kan awet muda..thanks suri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 6th, 2009 at 2:18 pm
@ima,
sama-sama ima.kalu boleh kehidupan ini jaganlah disia-siakan.laluilah ia dengan penuh keceriaan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 6th, 2009 at 2:16 pm
Sesiapa tau tak Vitamin ape yang baik untuk dimakan ek bila umor dah masuk 30 an ni…..utk wanita la..cam saya ni…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 11:16 pm
@rosy,
isteri saya dan ramai kawan2 pompuan saya,
diorang makan produk AMWAY…”DOUBLE X”
dengar cerita, produk tu memang bagus sekali.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
anna Reply:
November 2nd, 2010 at 8:38 pm
saya amalkan mkn vit C drp Shaklee..bagus sgt produk ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 6th, 2009 at 3:10 pm
hai suri…
timakasih sudi kasi tips yang berguna ni utk sume. kalau ade byk2 lagi tips kasi la. kdg2 info yg diberi mampu mengubah dan memperingati orang lain.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 9th, 2009 at 10:52 am
@za, Hai za,
sama-sama, semua ilmu ada manfaat yang tersendiri yang baik jadikanlah ikutan yang kurang molek eloklah ditinggalkan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 10:33 pm
@surihati_ku,
setuju sekali…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 7th, 2009 at 9:25 pm
Salam , tq …lepas baca artikel ni lega sikit stress i, hari ini hari yang paling sibuk…tapi itu menandakan yang kita masih hidup dan harus meneruskan kehidupan seadanya…tarik nafas…Alhamdulillah…Terima kasih Ya Allah , aku serahkan segala permasalahan ku walau sekecil zarah sekalipun agar Engkau memberi ilham padaku untuk mengatasinya…amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 9th, 2009 at 10:57 am
@emma,
Salam Manis.. emma,
Syukur Alhamdulillah semoga kekuatan & kesabaran akan menambahkan lagi iman didada..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 10:33 pm
@surihati_ku,
amin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 10:59 pm
@emma,
Amin….bagus sikap positif yang ada dalam diri awak ni emma….keep it up!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 7th, 2009 at 10:35 pm
salam…..
rajin-rajin la mandi wap(sauna)lakukan 3 kali seminggu.makan collagen.(spt kapsul,bkn pra campur minuman).juga amalkan rajin2 la mkn ulam.terutama pucuk pegaga..
dlm menginjak usia 30an,kena jg pi jogging..sambil dpt tenang fikiran. byk minum air putih(air suling).amalkanlah…ingat rajin usaha,pasti awet muda,w/pun dh masuk 40.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 9th, 2009 at 10:58 am
@ema,
As-salam ema,
ya, terima kasih atas perkongsian petua anda itu. kami disini amat menghargainya bersama
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 10:32 pm
@surihati_ku,
yes…kami betul2 menghargainya.
semoga apa yang dikongsikan dapat kita manfaatkan bersama.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 19th, 2010 at 2:00 pm
assalamualaikum, pakar…
dua hari lepas sy disahkan darah berkuman, sy tak tahu puncanya. adakah penyakit ini akan berterusan?? adakah penyakit ini akan mempunyai kesan buruk y lain..sy hanya di bekalkan antibiotik sahaja…
umi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
March 24th, 2010 at 2:22 pm
Thanks for the good & Benefiet info.I setuju.Untuk sentiasa kekal canti dan anggun, sebagai wanita kita kena sentiasa berfikiran positif, melakukan kebaikan, tak buruk sangka dan sebagainya.Petua saya, bermula dr bangun tido, minum air suam dan selawat 3x, bangun awal pagi dan terus mandi.solat dan lakukan rutin harian dengan gembira dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yg diberi.Yang penting senyum lah selalu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
April 16th, 2010 at 6:07 pm
good info. sama macam sue, sy pun memang amalkan bangun aje dari tidur tiap2 pagi, terus minum air suam. lepas tu baru la pergi mandi. bile dah lama amalkan, terasa jugak perbezaannye kalau tak minum dulu sebelum mandi..masa nak membuang pagi tu tak se’best’ kalau minum air dulu..
.-= ann“s last blog ..AHLI AVAIL BEAUTY =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
May 4th, 2010 at 9:36 pm
salam.
suri..terima kasih atas tip kecantikkan tu yer.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
May 9th, 2010 at 9:39 pm
thanks for the info….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 2nd, 2010 at 2:48 pm
nice info.. saya baru berumur 25 tahun cocok juga diterapkan sblum menjelang 30 tahun biar tampak cantik dan awet muda
.-= klinikcantik“s last blog ..Teh untuk Kesehatan & Kecantikan 2 =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
April 5th, 2011 at 4:02 pm
hi all,
good info indeed…saya pun amalkan makan vitamin n juga utk pengekalan shape badan dan kesihatan dalaman..saya amalkan pakai corset premium beautiful…alhamdulillah lepas bersalin shape kembali normal n alignment tak lari jauh..hehehe..maklumla suami hari2 pandang..kalau berubah teruk sangat nanti dia berkata2 pulak kan..better jaga dari awal.
by the way..boleh layari blog saya kalau nak tau corset tu macam mana..:)..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
April 18th, 2011 at 9:04 am
salam..
saya ada pertanyaan..
skrg saya sdg mengandung 6 bulan..
sesuaikah saya makan double x?…
klau sesuai apakah kebaikan double x untuk ibu mengandung..
tolong beri jawapannya e….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 14th, 2011 at 6:07 pm
ape itu darah berkuman dan ape punce nye……dan ie bolah membawe maut ke???????
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]