Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBTahukah anda KEMURUNGAN adalah satu reaksi yang normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kebimbangan mungkin menyebabkan gangguan. Gangguan ini boleh memberi kesan yang negatif kepada seseorang individu itu.
Berikut adalah tip yang akan Suri kongsikan bersama anda bagi memecahkan kitaran kemurangan anda
Pertam sekali anda haruslah menerima kenyataan bahawa kemurungan adalah satu penyakit yang amat serius dan ubat bagi anti kemurungan pula adalah komponen penting dalam rawatan.
Apakah yang harus anda lakukan adalah dengan berjumpa dengan doktor anda tentang perasaan dan kemajuan rawatan dan anda juga jaganlah berasa takut untuk bertanyakan sebarang masalah kepada yang pakar akan hal ini.
Fahamilah bahawa simptom kemurangan melalui rawatan. Berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan. Ketahuilah bahawa jika anda menerima rawatan tersebut ia sedikit sebanyak akan mengatasi sikap kemurungan anda itu.
Okey sekarang mari kita kenali pula sedikit informasi mengenai kemurungan dan rawatan dengan ubat anti kemurungan:-
Kemurungan adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak anda. Serotonin dan norepinepherine, dalam membantu mengawal emosi anda.
Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai gerak balas rawatan yang agak berbeza-beza. Sesetengah individu mula melihat keberkesanan selepas beberapa minggu dalam menerima rawatan sementara itu ada yang akan mengalaminya sebagai sebahagian kesan sampingan.
Kemurungan juga akan kembali sekiranya rawatan yang dijalankan tidak betul pada caranya. Anda hanya boleh pastikan kemurungan tidak akan kembali jika objektif untuk menghapuskan simptom kemurungan berjaya dicapai.
Komunikasi adalah kunci kejayaan. Ketahuilah bahawa komunikasi secara terbuka dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk anda bagi mencapai hasil yang maksimum daripada rawatan anda. Disamping itu juga komunikasi secara terbuka bersama dengan rakan-rakan dan ahli keluarga juga boleh menghapuskan bayangan kemurungan dan akan menguatkan sistem sokongan anda.
Ketahuilah juga bahawa jika anda mengambil ubat tanpa nasihat doktor anda sebenarnya memperdayakan diri sendiri. Melarikan diri dari kenyataan sama ada mengambil alkohol, atau ubat-ubatan tanpa nasihat dari doktor, apa-apa rawatan sendiri tidak mungkin dapat membantu anda.
Ubat anti kemurungan telah terbukti berkesan.
Anda boleh memecahkan kitaran kemurungan ini dan kembali seperti sedia kala. Berkerjasamalah dengan doktor anda dan kekalkanlah sikap positif anda akan membantu anda memberhentikan simptom kemurungan dan mengembalikan kehidupan anda.

Kendalikanlah Stres Anda Dengan Baik
Stress atau tekanan adalah respon tubuh dan pemikiran terhadap sesutau yang terjadi. Ia merupakan keadaan yang normal yang boleh terjadi bila sahaja dan dimana sahaja, termasuk di tempat kerja. Bagi sesetengah induvidu, stres dapat membantu mereka dari bergerak maju ke hadapan.
Namun ketahuilah bahawa stres yang berlebihan boleh mengganggu pemikiran yang realistik dan keadaan berkerja yang efisien. Oleh itu cegalah stres dengan berani dengan mengatakan ‘tidak’ menghindari orang atau situasi yang boleh stres, membuat jadual yang rapi untuk aktiviti dan banyakkan ketawa untuk mengurangkan stres.
Selain itu, anda juga boleh sediakan waktu-waktu tertentu untuk beristirihat dan relak seperti pergi ke spa, membeli-belah, berjumpa dan berkumpul dangan sahabat lama, menulis diari, meluangkan masa untuk berhobi dan sebagainya. Walaubagaimanapun kita sebagai orang islam juga janganlah lupa untuk melakukan ibadat sunat kepadanya. Seperti melakukan solat sunat syukur, berpusa dan lain-lain.



















juz take a deep breath..everything will be orait..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sesiapa sahaja patut baca tips sebegini supaya tahu cara mengendalikan diri sekiranya menghadapi kemurungan kelak. Bukannya terus berada di dalam kemurungan dan memeningkan org sekelilingnya. Betullah pepatah mengatakan membaca itu jambatan ilmu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 11th, 2010 at 4:57 pm
@Leyna, hehe..stuju juga dengan pandagan kamu tu Leyna..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huhuu..pernah berlaku ke atas dirikuuu..
ku hadapi dengan.tengan…rawat dengan senyuman..
perlukan masa tuk rawat kemurungan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 11th, 2010 at 4:59 pm
@ocean,
ocean…ia benar..setiap ujian yang menimpa, kita haruslah bijak mengawalnya agar kita bisa menjadi orang yang waras dalam setiap langkah kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
penyakit ni pernah berlaku kepada ct, apa yang ct buat adalah mengadu pada yang maha ESA luahkan segala apa yang menekan perasaan dan banyak membaca yassin untuk tenagkan hati.. bila dah ada kekuatan sikit, berdepan dengan orang yang menjadi punca kita tertekan tu dan luahkan segalanya pada dia.. percayalah bila kita luahkan pada orang yang punca masalah tersebut secara automatik perasaan kita rasa lega.. masalah pun selesai dan hati pun rasa happy.. jangan luahkan pada orang lain, nanti timbul masalah lain plak lagi tambah serabut.. lainlah halnya jika orang yang kita nak cerita tu memang seorang yang boleh dipercayai.. asasnya kita perlu luahkan perasaan yang menekan itu, dengan berbincang bersama seseorang yang mungkin berbeza pendapat dengan kita, adakalanya dia boleh memberikan jalan keluar yang kita tak nampak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ya…semua orang pernah hadapi kemurungan…hadapi saja dan mohon pada Allah semoga adanya jalan keluar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
tip yg bagus
tq for info.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hai.. saya suka artikel ini dan akan published di blog saya… jika tidak di benarkan.. email saya dan saya akan remove dari blog. Saya akan membuat full reference dari mana saya dpt artikel ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]