Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Hampir setiap hari, ada saja email yang saya terima dari pembaca setia blog pakar ini.

Kebanyakan email yang dihantar adalah berkisar tentang masalah perhubungan. Atau senang cakap, masalah cinta.

Best ker bercinta?

Best ker bercinta?

Terus terang saya katakan, saya tak menang tangan untuk menjawab semua pertanyaan yang diajukan. Sebab saya ada banyak kerja lain lagi. Namun, setakat mana saya boleh jawab, mengikut batasan masa yang saya ada, saya akan cuba juga untuk jawab. Harap korang faham.

Baiklah, dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan korang 1 masalah yang diajukan kepada saya. Berikut adalah kandungan email yang dihantarkan kepada saya.

Hai,

Tak banyak yang i nak share. I belum berkahwin dan mempunyai teman lelaki. Saya baru sahaja berkawan dengan dia (kurang setahun).

Di awal perhubungan, kami tidak mempunyai sebarang masalah. Tapi perhubungn ini semakin hari semakin pudar. Dia semakin menjadi pendiam, Sudah puas saya cuba untuk memberi “hint” agar dia tahu apa yang terjadi. Usaha saya gagal untuk mencari apa masalah dia.

Sekarang saya ingin tahu, bagaimana untuk kita cuba untuk mencari atau mengupas masalah2 yang di hadapai, kerana mengikut pemahaman saya kepada lelaki, mereka jarang untuk mempamerkan masalah yang dihadapi.

Saya mohon untuk bantulah saya dalam menghadapi situasi ini agar perhubungan ini tidak lg hambar dan suram.

Sekian, terima kasih.

Dan ini jawapan ringkas saya yang sempat saya jawab kepada si penanya…

Hai (nama dirahsiakan)

Terima kasih atas email yang dikirimkan.
hmmm…macammana saya nak ulas masalah awak ni.

Pada saya, memang dah jadi asam garam dalam perhubungan…
Ada ketikanya hubungan tu hangat seperti ‘taik ayam’…
Opppsss tersalah perumpamaan…
Ada ketikanya hubungan tu memang hangat dan mesra gitu.
Tapi ada ketikanya hubungan tu hambar lesu
dan sejuk macam air batu.
Macam juga hari…
ada kalanya hari itu cerah…dan ada kalanya mendung kelabu.
So, pada saya, tu perkara biasalah….

Cuma, yang masalahnya ialah…
Kalau hubungan tu sentiasa mendung jer…tak cerah2…
Haaa kalu macam tu lah…
Memang kita kena usahakan sesuatu…

Pada saya yang paling penting…
Dua2 kena ada inisiatif untuk hangatkan kembali perhubungan…
Dua2 kena ada action untuk jadi mesra dan ceria semula.
Kalau sorang jer yang buat….maka susah la nak menjadi….

Namun, pada peringkat pertama ni…
Salah satu pihak kena la buat tindakan dulu.
Macam dalm kes awak ni…
Mungkin awak la yang kena berusaha dulu…
Buatlah kejutan2 istimewa untuk dia…
Contohnya bagi dia hadiah apa yang dia suka ker…
Ajak dia pi jalan2 melancong ke mana2 ker…
Pendek kata, buat apa saja yang boleh menyukakan dia.

Kalau awak dah puas berusaha macam2…
Tapi dia tetap hambar dan tak sedar diri…
Maka nak tunggu apa lagi….
Putuskan sajalah perhubungan..
Buat apa nak pening2 kan kepala dan tensen2 kan diri tu…
Cari jer orang lain yang lebih menghargai diri awak.
Kumbang bukan seekor tu jer…
Awak boleh cari lagi kumbang yang jauh lebih jantan dan macho gitu…

Mungkin apabila awak minta putus…
Barulah dia tersedar…dan barulah dia nak menghargai diri awak…
Siapa tahu…

Biasanya manusia ni memang macam tu ….
Dia tak berapa bersyukur dengan apa yang dia miliki..
Tapi apabila benda tu hilang,
Maka masa tulah dia akan merasai kepentingan sesuatu benda tu pada ia…

Sekian…
All the best…

So, kalau korang ada apa2 nak tambah…sila tuliskan dibahagian komen. Terima kasih…

Artikel lain yang best-best :