Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAlhamdulillah saya telah kembali semula dari Baling selepas berhari raya di sana. Bertolak dari Baling semalam, pukul 8mlm. Berhenti rehat sekejap kat Tapah dan akhirnya sampai KL dalam pukul 12.30mlm. Memang penat, ditambah lagi dengan keadaan hujan yang turun sepanjang2 jalan, menyebabkan kereta terpaksa dipandu perlahan. Apa2pun, yang penting ialah selamat pergi dan selamat balik. Bak kata orang tua2, biar lambat asal selamat. Dak gitu?
Selepas saja sampai di rumah smalam. Saya terus buka PC untuk check email yang bertimbun2 masuk. Maklumla cuti 3 hari kan. Saya ada terima banyak sekali email dari pembaca blog PakarHowTo ini. Ada yang ucap selamat hari raya, ada yang bertanyakan soalan mengenai beberapa perkara, ada yang bagi pendapat tentang blog ini, dan ada juga yang meminta beberapa tips dari saya mengenai Internet Marketing.
Kepada mereka yang telah hantar email tu, saya ucapkan terima kasih banyak2. InsyaAllah saya akan cuba balas dengan secepat mungkin ya. Sabor….
Hmmm…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang TIPS CINTA SUAMI ISTERI saya terima dari salah seorang pembaca blog PakarHowTo ini iaitu “TF79“. Beliau telah hantar tips ini beberapa hari lepas untuk di’post’ kan di blog ini. Beliau berkata, tips ini ditujukan khusus kepada mereka yang baru saja mendirikan rumahtangga semasa cuti sekolah ini. Semoga ada manfaat!

“Amalkan tips dibawah bagi menjaga keharmonian rumahtangga“
- Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
- Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
- Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
- Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
- Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
- Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
- Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
- Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
- Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
- Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
- Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
- Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
- Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
- Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
- Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
- Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
- Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
- Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
- Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok yang tidak berbuah.
Yang menulis tak dapat apa2, yang membaca pun tak dapat apa2…melainkan kita amal apa yang kita tulis/baca.
Sekian.



















petua yang pasti saya amalkan bila dah menjadi suami..hehehe eden tak kawin lagi…tapi memang bagus tips ni utk yang bakal nak mendirikan rumahtangga
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Cabaran & dugaan hidup suami isteri adalah terlalu besar. Acap kali kita akan terlupa nilai & nikmat cinta apabila nafsu amarah menguasai diri. Ego anda & ego si dia harus diminimakan aatau dihapuskan tatkala ikatan perkahwinan dimeterai.
Sedar atau tidak, EGO yg merupakan antara punca utama keruntuhan sesebuah rumahtangga.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Shamxo…
timakasih atas komen yang diberikan.
memang amat baik sekali kalau kita dapat penuhkan dada dengan ilmu2 rumahtangga ni sebelum berkahwin.
banyak kebaikannya nanti…..percayalah.
teruskanlah usaha baik anda dalam memenuhkan dada dengan ilmu2 yang baik.
didoakan semoga cepat bertemu jodoh….amin.
Kepada Kak Lisa,
terima kasih banyak kerana sudi singgah dan
tinggalkan komen kat sini.
memang BENAR sekali apa yang akak nyatakan tu.
EGO memang merupakan salah satu punca utama konflik dalam rumahtangga.
justeru kepada para suami khususnyai…
marilah kita sama2 cuba kurangkan EGO kita.
tak jatuh pun maruah kita kalau kurangkan ego tu.
malah kita akan lebih dihormati dan disayangi oleh isteri jika tidak bersikap ego.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wah.. nice artikel..
bagus2.. teruskan ilmu rumahtangga yang memang mantap..
moga kita tergolong dalam golongan keluarga bahagia yang melahirkan bakal pemimpin dunia yang OSLEH DAN SOLEHAH. AMIN3X
moga tuan punya blog ceria n sihat sekeluarga.
“WANITA YANG MENJADI PERMATA SYURGA”
selamat HARI RAYA edulAdha
Teknik Rahsia Bagaimana Melipatgandakan ONLINE
dr.khalifahJUTAWAN EBAY
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Dato’ K…
terima kasih kerana singgah dan beri komen di sini.
insyaAllah kami akan cuba utk kongsi apa saja info
berguna dengan pembaca blog ini.
semoga apa yang dipaparkan di sini,
dapat menjadi panduan kita bersama.
yang penting…
kita mesti amal apa jua ilmu yang kita ada.
all the best
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam semua…. sy ni dah nak masuk 3 tahun dah kawin..tp belum ada zuriat lagi.. klu ada sape2 yg nak kongsi ngan aku leh gak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Memang kuat betol tarikan topik ni. Saya+wife ni siap dok tunjuk “petua tu saya dah buat, yang tu saya pun dah buat”.
Bagus betul la petua nih, lagi bagus kalu solat+ngaji sama-sama. Skali skala bawa la gi jalan-jalan cthnya cam admin kita ni bawa bini shopping sampai ke Indon. Tak gitu?
To Liza, jangan putus asa. Teruskan bersabar. Pergilah jumpa LPPKN minta khidmat nasihat. Kalu nak g private, cari pakar O&G minta nasihat.
Wife saya kata bole cuba makan Clomide (ada kat farmasi) 5mg, sehari sekali, selama 5hari. Then boleh #$%^& dengan suami. (18 sx sikit ni, admin make sure under age tak baca ni).
Fungsi ubat ni untuk merangsang pengeluaran ovum dari ovari. Dengan harapan ovum yang keluar tu banyak dapat bertemu dengan kawan baiknya.
Harap membantu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Liza…anak adalah kurniaan Ilahi.
teruskan berusaha, sabar, banyakkan berdoa pada Allah,
semoga Allah perkenankan permintaan puan.
Master Yus…
Tima kasih kerana selalu singgah dan beri komen di blog ini.
so amacam projek 20/21 Dec ni? Berjalan lancar?
aku kalau free takdak apa2 nak buat nanti, ingat nak gak
pi sua muka di sana.
indon…insyaAllah akan bertolak pi pada 25 dan balik
semula ke KL pada 29 Dec ni.
kalau ada apa2 nak pesan barang, habaq laaa…
adios & all d’ best!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
orait..baru sampai dari Kulim. Book cepat nak 20 or 21? Free jer. Ada baca paper Kosmo arini? page 33..hehe Dapatkan kay!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tuan Yus,
InsyaAllah saya akan pi yang 20hb punya.
Alamak, kosmo saya jarang baca laa..
macammana nak dapatkan kosmo yang lama2 aaa?
apa2pun, see you on 20th…insyaAllah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
xde apa yang saya nak komen..saya cuma nak minta panduan dan bantuan dari tuan untuk lelaki/suami yang tidak menitikberatkan hal agama terutamanya sembahyang..sebagai isteri, apa yang perlu saya lakukan?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Yaya…
berkenaan dengan perkara ini,
saya dah hantar email pada Yaya.
cubalah check email Yaya…
banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah yer, Yaya.
all da best!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
Saya pun hadapi masalh mcm yaya gak..suami x nak sembahyang..bukan dia x pandai..tp. dia mcm malas jer nak buat..kalau buat pun kejap jerr..pastu tinggal..tolong la hambami ini…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
untuk para isteri,
jika suami tidak mahu sembahyang atau malas sembahyang, berdoalah pada ALLAH tiap kali lepas sembahyang moga dibukakan hati suami untuk bertaubat. kata seoarang kawan saya antara doa yang didengar adalah ketika sujud. so, masa sujud yang last sebelum tahiyat tu, doalah dalam hati apa yang kita mahu. tiap kali sembahyang kita buat, mesti ada satu detik yang doa kita akan dimakbulkan..
dan satu lagi, tak perlulah digusarakn hati dengan peel suami sebab kita tidak akan ditanya atau dipertanggungjawabkan atas apa yang suami kita buat atau tak buat. berbeza dengan suami yang bertanggung jawab sepenuhnya atas segala yang isterinya buat atau tak buat.. sebagai isteri kita hanya boleh menegur dan tidak boleh memaksa bimbang nanti dikategorikan nusyuz la pulak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salaam…terima kasih atas tips yg diberikan. Saya sudah 15tahun berkahwin tetapi sedang dilanda masalah RT yg amat berat..tetapi ianya semua berpunca dari EGO…Suami saya jenis yang tidak boleh dinasihati. Kalau saya menasihati untuk kebaikan RT kami, saya dikatakan membebel…saya dah tak tahu macamana lagi nak buat…
Benar, EGO hanya merugikan kita..kalau ikutkan hati, saya nak aje forwardkan komen2 pasal EGO ni pada dia..tapi saya tahu, ia hanya akan membuatkan suami saya lagi marah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ALHAMDULILLAH SEMUGA TIPS YANG DIBERIKAN AKAN MENAMBAHKAN GEDUNG ILMU DI INGATAN saya..
terima kasih pakar atas tips tersebut
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sama2 la kita mencipta keserasian n kebahagiaan bersama pasangan.kebahagiaan milik setiap insan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
If you are willing to buy a car, you will have to receive the mortgage loans. Furthermore, my father all the time uses a college loan, which supposes to be the most fast.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]