Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB“Dulukan aku dah buat itu…aku dah buat ini…”
“Aku kan pernah tolong….”
Manusia akan sentiasa ingat jasa yang dibuat.
Mereka boleh ingat dari A sampai Z.
Sebaliknya, mereka mudah sekali lupa jasa orang kepada mereka.
Banyak punca pergaduhan suami isteri, laki bini mahupun pakwe makwe hari ini,
adalah disebabkan oleh ketidakpuas hatian yang timbul daripada ‘jasa diberi tidak dihargai’ dan ‘jasa diterima sudah dilupai’.
Sesiapa jua, pasti merasa jasa yang diberi wajar dihargai dan dibalasi.
Tetapi mengapa jasa yang diterima dipandang enteng seoalah-olah tiada apa erti?
Kenapa jasa orang selalu dilupai?
“Saya nak itu…saya nak ini….boleh tak beri saya itu…beri saya ini…” “Saya nak awak buat begitu dan begini….” “Saya suka kalau awak jadi macam ini…”
Ketahuilah…
permintaan sebegini tiada penghujung henti.
Minta itu dan ini mencari kepuasan diri…
rupanya kepuasan yang dicari pasti tidak akan ditemui.
Sebaliknya…
“Terima kasih banyak kerana buat begini…” “Saya sangat hargai jasa budi yang diberi…” “Saya terharu dan terhutang budi atas pertolongan yang dikau beri…”
Ketahuilah…
Apabila jasa dan budi dihargai, kegembiraan dan cinta pasti dirasai.
Apabila usaha pengorbanan jasa diingati tidak dilupai, kasih sayang pasti mekar berseri.
Oleh itu…
Sentiasalah ingati dan kenangi jasa pasangan sendiri.
Dan lupakanlah saja jasa sendiri yang pernah diberi.
(( Nasihat No1 ))
Wahai pemburu cinta sejati …
Lupakanlah saja jasamu yang pernah diberi. Sebaliknya, sentiasalah ingati dan hargai jasa yang dikau kecapi.




















“Manusia biasanya akan bercakap mengenai HAK yang patut diterimanya, tetapi mereka lupa akan TANGGUNGJAWABnya kepada orang lain.”
Inilah masalah yg serng berlaku, masing2 memetingkan hak, bukan tanggungjawab. Jika kita tidak memikirkan hak kita dan sentiasa ingin memenuhi tanggungjawab kita terhadap insan lain, Hak kita akan dibalas oleh Allah yang maha esa. So, tak perlulah kita memikirkan tentang ‘hak’ kita.
Post yang bernas!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
rumahtangga adalah gedung pahala.. seharus nya suami isteri perlu bantu membantu, saling memahami serta maafkan dan lupakan.. bukannya saling ungkit mengungkit.. syaitan memang suka meruntuhkan rumahtangga kita, kerana didalamnya banyak pahala yang boleh dikutip..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagus artikel nie….mmg kdg2 kta sering t’lupa apa yg kta dpt…yg kta tau apa yg kta bg kt org je…artikel nie mmg bagus utk d’kongsi bersama
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]