Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Adakah korang bosan dengan kerja yang korang lakukan sekarang? Kurang motivasi? Rasa lemah dan lesu apabila bangun pagi untuk pergi kerja?
Adakah korang berasa masa dipejabat berjalan dengan begitu ‘slow’? Waktu pejabat dirasakan begitu lama sekali? Nak tunggu waktu kerja tamat, dirasakan seminit bagaikan 1 jam, 1 jam seperti 3,4 jam. Aduhai, lambatnya masa berlalu…huhu
Saya ada beberapa tips yang boleh korang cuba amalkan untuk rasa lebih seronok bekerja.
Tips utama : Cuba buat seolah2 pejabat tu rumah korang
Oppss jangan salah anggap. Saya tak suruh korang tidur kat pejabat tu seperti korang tidur kat rumah korang sendiri. Pejabat is pejabat. Pejabat ialah tempat kita kerja. Korang tak boleh suka2 buat macam rumah sendiri. Tapi apa yang saya cuba sampaikan ialah, korang mesti cuba untuk TUKAR SUASANA pejabat tu macam seolah2 korang sedang berada di rumah korang.
Macammana nak tukar suasana?
- 1- Hias tempat duduk
Korang boleh letak bunga dalam pasu kecil dan letakkan atas meja kerja korang. Boleh juga lekatkan gambar2 suami/isteri, anak2, ibu bapa atau gambar sesiapa saja yang korang suka. Ada kawan saya dia letak gambar ‘Siti Nurhaliza’ kat meja dia…huhu. Selain itu, boleh juga lekatkan kata2 motivasi yang boleh membakar semangat korang.

- 2- Jangan biarkan meja bersepah
Susunla dokumen dan kertas2 atas meja korang dengan rapi. Jangan biarkan ia berserabut, bersepah dan kusut masai. Sebab ia hanya akan memeningkan kepala korang.
Atas meja saya, saya letakkan 2 ‘tray’. Satu tray untuk kerja/dokumen yang belum settle dan 1 tray untuk kerja/dokumen yang dah settled. Jadi meja saya sangat kemas sehingga mendapat pujian dari kawan2 saya…
- 3- Sembur ‘air freshener’ kegemaran anda
Ini bagi pejabat yang kedekut la. Contohnya pejabat tempat saya kerja ni, tak ada disediakan penyembur ‘air freshener’. Budget tak cukup katanya. Takper, diorang tak sediakan, saya boleh beli sendiri. Jadi, saya ambil inisiatif untuk beli ‘air freshener’ kegemaran saya sendiri. Setiap sejam, saya akan semburkan ‘air freshener’ untuk memberikan kesegaran di tempat duduk saya. Sampai Amoi yang duduk depan saya tu pun turut sama meniru saya dengan membeli air freshener dia sendiri… haha

- 4- Tukar ‘style’ tempat duduk sekali sekala
Biasanya apabila saya rasa sedikit bosan dengan style meja saya, saya akan lakukan beberapa pertukaran ‘style’. Contohnya, saya akan tukar tempat letak tray dokumen, tukar gambar2 yang dilekatkan, tukar posisi meja, tukar bunga, tukar gambar desktop dan macam2 lagi la. Pendek kata, saya akan cuba ubah ‘style’ meja tempat duduk saya tu menjadi lebih ‘fresh’ dan ‘baru’. Dengan itu, saya dapat merasakan satu suasana yang berbeza dan ‘fresh’ jer gitu…
- 5- Pergi ‘kacau’ orang lain atau ‘merewang’ sekejap bila rasa bosan
Saya kalau rasa bosan jer, terus pergi ‘jalan2′ atau ‘merewang’ ke department lain untuk ‘tukar angin’ dan cari ‘mood’ baru. Ada orang kata perbuatan saya ni sebagai ‘mengulor’ atau ‘ponteng’ kerja. Tapi pada saya, kita kadangkala perlu juga buat begitu untuk memberikan ‘semangat baru’ atau tukar angin. Jangan lebih2 dah la. Biasanya kalau saya bosan,saya akan pi ke tempat kawan2 baik saya dan tegur/berbual2 sekejap dengan diorang. Biasanya masa yang saya ambil hanya sekitar 5 minit jer…pastu saya kembali semula ke meja saya dan sambung kerja… Dengan cara ini, rasa bosan saya dapat dikurangkan dan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan kerja…
Begitulah beberapa tips yang saya sendiri amalkan dalam usaha saya untuk menjadikan kerja yang saya lakukan lebih seronok dan tidak bosan.
Korang pulak, apa korang buat kalau rasa bosan kerja? Ada apa2 tips atau petua yang korang amalkan untuk rasa lebih seronok bekerja?



















salam wak ei…
Tips tu simple dan memang berkesan….sedikit perubahan..membawa kelainan….
Tapi sekarang nih….kilang electronic dah kurang order…sehingga 50%….nk dapat motivasi aper eh….semua layu…
Bukan pejabat tapi kilang dah nak kosong……
Ujian Allah…
Kantil erg~
Salam to you …tuan Kantil…
ooo awak pun keje kat kilang elektronik gak ker?
sama la kiter…
tapi kilang tempat saya kerja ni masih OK lagi…
order pun masih still maintain…alhamdulillah..
bonus dan kenaikan gaji pun lebih kurang cam tahun lepas gak…
kira ok lagi laaa…
tapi taktau la lepas2 ni…apa nak jadi….
risau gak memikirkannya.
apa2pun…rezeki adalah dari ALLAH…
nak risau sangat pun tak guna…
yang penting….selagi mane kilang beroperasi…kita kerja sehabis baik…enjoy kerja..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….
klu kat pempat saya langsung xde gambar anak n suami cuma bila boring ke, kami turun ke prod. nyembang ngan bebudak. pastu satu keuntungan adalah kami dapat boss yang humor. so hari2 kerja kami kira ok
xde la nak kira jam balik je….
Tenku Nooraini…
waaa bagus kalau dapat boss yang ade ‘sense of humor’ ni…
keje takde la tensen sangat…
saya plak….boss saya memang OK…baik…
tapi saya punye GM…punye la garang…
sampai main baling2 barang kalau dia mengamuk…huhu
semua orang takut sama dia…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
kalu saya bosan saya p merewang n borak2 kat tmpat member lain..huhu
Aar Fida…
memang itu cara paling berkesan kalu bosan2…
pi kacau orang lain buat kerja…haha
kadang2 ada gak terlajak….ingat nak borak2 dalam 5 minit..
tengok2 jam….dah sejam berborak…huhu
tapi…takper…yang penting, kerje semua settle…kan?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
btul2….sy pn buat mcm 2 gak..
kirnye kje x la boring sangt…
mamboo…
betul tu…
yang penting…kita kena enjoy buat kerja kita.
barulah produktiviti meningkat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nampak meja kemas cam tu seronok sikit nak buat kerja. ..tak boring…perasaan pun tenang je kan.
Tapi meja saya tak sempat nak kemas…kerja tak pernah putus
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tmpat saya kerja ni lak dudk jer kerjanya…x berapa bnyak kerja..lg lah bosan..x tau nk wat per..jd klu saya kerjanya duduk..jd pekerjanya saya sorang jer lah..mcmana nk g merewang tmpat lain??dah duk sorang ajer..ada x tips untuk org yg pekerjanya hanya sorang jer…bosan jugak hari2
ANNA…
kalau pejabat dah takde orang lain…
pi la surau ker…ronda2 kat kantin/pantry ker…
yang penting…jgn terperuk kat meja depan pc jer…
cuba jalan2 dan regangkan badan skit…
lagi satu fevret saya bila bosan2 ialah…
pi bancuh dan menikmati secawan kopi kegemaran saya di pantry…
dulu saya suka nescaffe…tapi skang dah boikot…
so, tukar nescaffe kepada ‘haddad cafe’
perghhhh memang nikmat….huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wahh..tips die..mmg bkesan pun sbb pnah wat spt mne tips tu..kalo bab p kcu org tu plg utama..8-)
ATIE…
lame tak dengar kabar berita?
kemana menghilang?
sibuk kerja ker?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
betul3x
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmg berkesan tp mslhnya saya ni mengantuk sgt la..mcm mne yer
ACF…
‘ubat’ paling mujarab bagi ‘mengantuk’ ni ialah…TIDUR!!!
yaaa, kalau dah mengantuk sangat…tidur sajalah.
saya kalau dah mengantuk sangat…akan pi tidur kat surau masa lunch..
tidur dalam setengah jam camtu…
lepas lunch, pasti mata akan jadi segar hingga ke petang…
tidur tengahari ni memang bagus untuk meningkatkan produktiviti.
hingga di jepun, ada juga syarikat2 yang mempraktikkan sistem ‘hirune’
iaitu ‘tidur sekejap masa tengahari’ untuk meningkatkan produktiviti…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…saya kalo bosan atau tensen ngan keje ape lagik layan internet la..nak2 bukak room trivia..kadang2 leka jawab soalan..hihihi…sib baik belom terkantoi…
Kikuri…
saya juga selalu layan internet ni…
90% masa kerja saya adalah depan PC…
so, memang sentiasa layan internet ni…
room trivia tu aper yek..?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tp klu keje byk sgt….lama2 nyampah jgk…
manusia memang camtu ZAURA…
ada keje banyak pun menyampah…
keje sikit pun menyampah…bosan…
takde keje pun bosan…
itulah manusia biasa…
apapun yang penting…
menyampah2 pun…kita kena cuba enjoy gak..
carila apa2 yang boleh membuatkan kita seronok…walaupun sibuk..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aiseh…..tak sempat la bosan kat opis…keje banyak sgt…hihihihihi
YATI…
lame tak dengar khabar…sehat ker?
macammana ngan anak2 semua? ok ka?
keje banyak?
aik…saya ingat keje lecturer ni banyak ‘masa free’…
apa2pun…good luck…all the best yaaa…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku kalau bosan kat opis aku akan kuar isap rokok.
Khalid…
haaa yang ni memang ramai yang praktik…
kat kilang saya ni…majoriti pekerja lelaki memang merokok…
cuma saya dan beberapa orang jer yang spesel skit…..ANTI ROKOK…haha
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tips yg simple tapi berguna dan praktikal.so, minggu ni kena susun meja supaya nampak kemas..semangat nak kerja bertambah, maka bertambah lah produktiviti..
JIAM…
kemas meja ni memang banyak kebaikannya…
sebab tu lah…semua syarikat jepun mempraktikkan sistem 5S…
kemas meja tu pun temasuk la dalam ’5S’ tu…
tujuannya ialah supaya produktiviti meningkat…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cayalah wak..meja punya kemas kalah meja saya..hehehe.. memang tips tu sgt menarik..hah kenalah tu coz tempat kja saya tgh buat amalan 5S..hehehe…
tp klu sy eemm..jujur xleh nak buat kja klu x dgr radio..hehehehe..so sy mintalah kat boz radio..eemmm mgkin dia ada budget lebih time tu trus dia bg fulus p beli radio..hehehe..coz my boz pun kat bilik dia dgr muzik jg so xda problem lah kat kitorang..hehehehe..bez kan…bye..
LIA…
actually takde la kemas mana meja saya tu…biasa2 aja…
tu yang nampak kemas lebih skit tu sebab nak tangkap gambar…
sebelum tangkap gambar tu…saya dah siap2 ‘touch up’ skit…hehe
waaa keje boleh dengar radio???
bagus giler company tempat awak keje tu yerk..
tempat kami kat sini…jangan haraplah…
yang boleh dengar cuma bunyi mesin je laa…huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
memang tul, meja yang kemas dapat wat jiwa tenang…
tapi yang x bestnye, bos kacau ari2 yang wat jiwa x tenang…kuikuikui
YAYA…
salam to you too.
benar tu…
kalau meja kemas, hati/jiwa pun turut jadi kemas.
kalau meja berserabut, semua akan turut berserabut…otak serabut, hati serabut, jiwa serabut…
jadi, kerja pun turut kelam kabut…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ye lah kuri tp kalau aku boring kat tempat keje,x yah bangun kacau orang,ader jer orang yang datang mengacau tu pasal lah x yah gi tempat org..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hmmm..bab rewang2 tu mmg dr sekolah lagi dah amalkan, haha, tp masa kat hostel la, kalo bosan je lepak bilik mbe, sama gakla ngan tmpt keje, saya pn sependapat, kdg2 kene jln2 tuk hilangkan bosan and rehatkan bdn, means x de la duduk je dpn pc, skang ni pn praktiskan mcm tu, kalo agak2 bosan, g la borak ngan mbe, tp x lama la, time wat keje wat keje
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sebenarnya tips untuk seronok waktu bekerja adalah petama-sebelum memulakan tugasan mulakan dengan kerana ALLAH S.W.T,kedua-bersikap tenang dan mengawasi dari berfikir yang negatif,membuat kerja mulakan dengan pencapaian matlamat yang ingin kita capai,ketiga- walaupun meja,kerusi,fail semua kemas tetapi tiada kesihatan rohani dan lahiriah masalah akan berlaku.keempat-perlu minum banyak air kosong,dan elakkan dari berfikir dari perkara yang negatif.keenam- mempunyai semangat yang kuat dan mampu menerima cabaran yang datang.ketujuh-jauhi dari bercakap yang bukan2.kelapan-kalau bosan main game kat komputer yang disukai,atau mendengar muzik kegemaran.kesembilan-kalau rasa bosan dan penat,buatlah senaman yang ringan seperti menggerak ibu jari,megerakkan kepala.dan terakhir sekali,sentiasa senyum walau dugaan yang datang,kerana senyum adalah penawar hati.selamat berjaya kepada pembaca yang setia membaca komen saya.jika ada masalah boleh email kepada saya mazni.samsudin@gmail.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wow..memang kemas, mcm dh x de kje nk buat, duk kemas meje je, aku keje ngan orang jepun d kilang kt KB, dieorang dtng dr jepun selalu menyebuk kt meje aku, dh mcm tempat buang kertas jer meje aku…bersepah sepah kertas dieorang….sekali aku 5s, esokkan nye dh bersepah2 balik..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Masalahnyer sy nie cepat bosan lah. Tip2 yg diberi suma dh buat, tp sy masih rasa bosan. Kenapa yer???!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:16 pm
@Serena,
Hmmm…kalau saya,
kalau dah tahan bosan sangat…
saya cari keje lain jer…habis cerita.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hai..alahai pakar bab 5 tu saya tak boleh nak kataM lagi daaa..tapi suri amik inisiatif dengar radion la. suke hati..senang hati..
tapi SEPI JE bla dok sorg2..
klu tak de keja habis satu pjbt suri kemas, sapu..hias..wawa…..;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ehehehe….tenkiu2…
moga2 lepas ni rajin la sy tuk siapkan kerja…
y num 5 tu selalu jer buat…ehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Nak cari keja lain memang boleh..tapi adakah tempat baru tu lebih baik atau akan menjadi lebih buruk. Sebelum berpindah keja cubalah dulu tip2 yang diberikan. Jangan nyesal kemudian dah ler. Buat istikharah terlebih dahulu bagi yang islam.
.-= sadun´s last blog ..THE TIMELESS BLUEPRINT TO SUCCESS – STEP-BY STEP =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
tip yg bagus….
apa pun suasana sekelilng memainkan peranan penting utk menjadikan kita tidak bosan dgn kerja kita.suasana tempat kerja mesti bersih,ceria,positif dan sewaktu dgnnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
same la kite…
kalau dah boring tu, pegi kat tempat kawan2.. sembang lebih kurang.
pastu sambng keje semula.
.-= nuwa´s last blog ..Tempat Letak Handphone =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tak canggih langsung idea..tambah boring ader..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]