Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBPernah tak anda menerima SPAM email seperti di bawah ini? Apa tindakan anda jika anda menerima email sebegini? Adakah anda akan terpengaruh dengan iklan yang dibuat dalam email tersebut? Atau anda terus delete email itu tanpa membacanya?
Contoh-contoh ayat yang digunakan dalam SPAM email yang menipu…
“BARU LANCAR 20/1/2009
RM10 untuk Perniagaan Online Anda
100 % komisyen milik anda
Terus ke akaun bank anda
Modal RENDAH
Tiada multi level”“MODAL RM 50 JE,TAPI BOLEH DAPAT RM 51,900″

Contoh Kandungan Email Spam
Kalau saya terima email macam kat atas tu, senang jer, saya memang akan terus delete jer kalau dapat. Sebab email ini adalah email yang tidak diundang. Mereka menghantar email ini secara rambang semborono tanpa mendapat keizinan tuan empunya email yang dihantar. Itulah dinamakan SPAM email.
Bagi saya, siapa yang membuat promosi dengan cara menghantar SPAM email tu adalah SANGAT TIDAK BERETIKA. Malah kebanyakan SPAM email yang saya terima banyak mempromosikan web-web yang menipu orang dan skim-skim cepat kaya. Saya harap anda semua tidak tertipu dengan skim-skim yang dipromosikan dalam SPAM email.
Baiklah, dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang sangat baik daripada rakan Cyber saya iaitu Saudara Amirol Zolkifli mengenai kisah sepupu beliau yang tertipu dengan skim cepat kaya dan Tips Bagaimana Untuk Mengenalpasti Laman Web Yang Menipu.
Sebelum ini pun, saya ada menerima email daripada beberapa orang pembaca blog ini bertanya tentang panduan bagaimana untuk mengenalpasti laman web yang menipu. Haaa, kepada mereka yang pernah bertanya tu, harap dapat baca artikel dibawah ini dengan teliti.
Kisah Sepupu Amirol Yang Tertipu
Semalam, seharian sepupu saya telah berhubung dengan saya untuk bertanyakan maklumat tentang pembinaan laman web. Hal ini adalah kerana beliau baru saja ingin mencuba – cuba untuk memasarkan produk di internet. Nak cari duit tambahan katanya sebab bulan 11 ini, beliau akan melangsungkan perkahwinannya.Nak dijadikan cerita, beliau dan tunang beliau telah menjumpai satu laman web yang “menjanjikan” pulangan lumayan dengan hanya modal RM50.00 sahaja! Beliau dah pun menyertai laman web tersebut kerana berharap untuk mendapat apa yang dijanjikan…
Mendengar daripada apa yang beliau ceritakan, dalam hati saya terdetik “Ini mesti satu lagi web skim cepat kaya”… Sepupu saya kemudiannya meminta saya untuk “tengok – tengok” kan apakah
web tersebut benar (sayang, patutnya dia tanya pendapat saya dulu sebelum membuat pembayaran) dan bagaimana modus operasinya.Jadi, saya pun buka komputer saya, layari ke web yang beliau nyatakan…
….
loading…….
….“BAGAIMANA MENDAPATKAN WANG SEBANYAK RMXXXX -RMXXXXX SEBULAN HANYA DARI RUMAH SAHAJA?” “Mudah sahaja, cuma perlu menghantar email dan anda akan dibayar. “
Hah… Itu antara tajuk dan tag line utamanya…
Pendapatan sehari: 135 USD
Pendapatan Seminggu: 945 USDKomisyen menaja
bla bla bla…
Saya rasa andapun tahu macam mana ayat – ayat “janji kekayaan” yang menawarkan pelbagai bentuk pulangan lumayan…
Saya berkata sendirian… SAH… memang SAH sepupu aku ni dah terkena…
Saya klik satu persatu link, dan tiba – tiba saya tersenyum dan menggeleng kepala kerana pemilik web ini sedang menggunakan produk saya dari webjualan.com untuk mengoperasikan web beliau!
Ringkaskan cerita, saya telefon sepupu saya (Rein) tersebut dan…
Saya: “Rein, aku rasa baik ko lupakan saja hasrat ko nak buat duit dari web tu”
Rein: “Kenapa plak mirol?”
Saya: “Site ni tak ada apa value and nilai… Pendek kata, web tu hanya SKIM cepat kaya jer…ko masuk RM50, ko cari orang, baru ko dapat duit”
Rein: “Eh, ye ke.. tapi kenapa ada ebook – ebook dalam tu.. kita tak boleh letak produk dalam web tu ke?”
Saya: “Mana ada boleh letak produk, tu produk owner site jer.. ebook – ebook tu pun dia dapat dari web orang lain juga…”
Saya: Di kata ko kena email untuk nak buat duit…Apa benda yang ko nak email? Email promosi web dia? Tak payah ler. Walaupun dia bagi sumber untuk email, tapi kalau ko email sebarangan, tu dah jadi SPAM.. .SPAM tu maksudnya ko email pada orang tanpa kebenaran mereka..”
Saya: “Lagi satu Rein, web tu guna produk aku untuk manage dia punya site, so itu yang aku heran macam mana dia boleh nak tawarkan keuntungan berlipat kali ganda… Sedangkan sistem yang dia pakai tu patutnya untuk pelanggan yang nak jadi agen promosi secara
percuma jer…”Saya: “Kalau betul owner site tu jujur, kenapa dia tak letak maklumat diri dia kat web, kenapa tak dapat nak contact pun. Pendek kata kenapa nak sembunyikan diri ditambah lagi dengan keadaan web
yang memang tak professional… “Rein: “La… ye ker… abistu apa aku nak buat?”
Saya: “Nak buat duit kat internet ni, ko kena ada produk/servis yang nak dijual atau jadi AGEN kepada produk/servis orang lain.. Kalau nak cerita ni, sehari pun tak abis… Senang cita, nanti ko datang jumpa aku, aku terangkan macam mana…”
Perbualan terhenti selepas beliau bersetuju nak berjumpa saya minggu ini di rumah nenek kami.
Kesimpulannya, apa yang telah saya kongsikan disini adalah, Anda perlu sentiasa berhati – hati dalam memilih “tawaran” yang ada di
internet terutama sekali yang menjanjikan SKIM-SKIM KEKAYAAN…Saya sering kali menegaskan kepada pelanggan yang menghantar email kepada saya bertanyakan macam mana nak buat duit online, aspek utama yang perlu dikuasai adalah strategi melakukan pemasaran yang berkesan iaitu dari segi memiliki dan mendapatkan pasaran yang betul, mendapatkan trafik yang berkualiti dan secukup ke promosi anda serta memiliki sejumlah senarai pelanggan yang boleh dihubungi pada bila – bila masa.
Jika Anda mampu menguasai “macam mana” pemasaran internet ni, tidak kesah apa jua produk atau servis, Anda mampu memasarkannya
tanpa masalah.
Baiklah, sebagai penutupnya,saya ingin memberikan TIPS ringkas yang boleh Anda gunakan sebagai langkah berjaga – jaga untuk mengelakkan
diri daripada terpengaruh dan terpedaya dengan janji – janji sesetengah laman web.
- TIPS 1
Tenangkan MINDA dan lupakan konsep pemikiran “AKU NAK BUAT BANYAK DUIT DARI INTERNET DENGAN CEPAT”
Tak ada jalan nak buat banyak duit dengan cepat di internet. Jika ada, semua orang boleh berhenti kerja dan jadi Jutawan.
Minda yang salah dari awal iaitu minda yang inginkan duit semata-mata dari internet boleh menyebabkan Anda terpengaruh dengan pelbagai tawaran dan janji – janji kekayaan mudah.
Jika diikutkan hati dan nafsu, sememangnya kita akan terpengaruh dengan “ayat jualan” pada web – web tertentu.
Jadi, betulkan minda anda terlebih dahulu.
- TIPS 2
Lupakan dan abaikan laman web – laman web yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda dengan modal rendah atau tinggi serta yang menjanjikan kerja – kerja seperti baca email, tengok iklan, hantar email, klik iklan dan yang sewaktu dengannya.
Web – web yang menjanjikan PULUHAN RIBU juga harus anda jauhi. Jangan mudah terpengaruh dengan screen shot pendapatan BERIBU-RIBU setiap hari. Nampak memang “WOW… kagumnyerrr…!” tetapi hakikatnya bukanlah mudah untuk anda dapat seperti itu.
Terdapat banyak proses dan “learning curve” yang perlu anda tempuhi.
- TIPS 3
Jauhi laman web atau tinggalkan laman web jualan yang agak sukar untuk melihat siapakah tuan punya badan, maklumat nak hubungi, menggunakan nama nickname seperti (abang Z, uncle P etc), serta testimonial yang tidak sahih.
Fikirkan, kenapa Anda ingin berurusan dengan seseorang yang mahu menyembunyikan identiti diri? Adakah kerana mereka takut untuk mendedahkan siapa mereka kerana mereka melakukan kesalahan atau produk mereka tu tidak benar?
Perhatikan juga testimonial – testimonial yang berada di dalam laman web mereka. Kebiasaannya testimonial tersebut terlalu memuji si pemilik produk dan kewujudan pemberi testimoni tak dapat dikesan.
Jika produk – produk yang berasaskan “Buat Duit Di Internet”, boleh dikatakan 99% pemberi testimoni akan turut membekalkan alamat web mereka sekali.
Jadi mengapa harus kita berurusan dengan penjual yang menyembunyikan diri dan menggunakan testimonial palsu? Adakah semuanya palsu?
Tidak dinafikan juga ada laman web yang mendedahkan kesemuanya tetapi produk tidak juga berkualiti. Namun, sekurang-kurangnya kita kenal siapa orang itu berbanding berurusan dengan seseorang yang langsung tak dikenali dan tak dapat diketahui latar belakangnya.
- TIPS 4
Lupakan web yang menggunakan perkataan “JOIN”.
Anda mungkin pernah mendapat email SPAM yang sentiasa mengirimkan maklumat menyuruh kita “JOIN PROGRAM” A, B, C dan sebagainya.
Biasanya email – email ini akan mengatakan, dengan hanya modal RMXX, anda bakal meraih RMXX,XXX… Taja 2 – 3 orang, untung 10 level, dan sebagainya.
Saranan saya, lupakan saja. Hal ini adalah kerana program-program tersebut tidak sahih dan besar kemungkinan adalah berbentuk SKIM cepat KAYA saja.
Daripada Anda masuk skim sedemikian, lebih baik Anda sertai program affiliate dan promosikan produk-produk usahawan internet yang pelbagai. Bukan sahaja tak perlukan modal, malah komisyen yang diraih juga adalah tinggi.
Atau cara lain, sertai syarikat Direct Selling yang telah terbukti kesahihannya seperti DCL, Amway, Zhulian etc dan buat marketing secara online.
Jangan mudah terpengaruh dengan “program – program baru” ataupun program – program berunsurkan “pelaburan”. Sekali lagi, MINDA haruslah diperbetulkan.
- Penutup
Saya berharap penerangan dan tips-tips yang saya berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu Anda untuk mengharungi perjalanan dunia pemasaran internet.
Perkara yang akan menjadi Anda kaya di internet adalah apabila Anda menguasai CARA BAGAIMANA untuk melakukan PEMASARAN menerusi internet.
Kalau Anda ada produk terbaik di dunia sekalipun, tetapi tak tahu cara nak memasarkannya, maka tiada gunanya.
Akhir kata, belajarlah dan kuasailah aspek pemasaran internet (internet marketing) dengan segera dan lupakan segala macam bentuk janji-janji buat duit.
![]()
** Klik Sini Untuk Download Panduan Mengenalpasti Skim Cepat Kaya **
Salam Ramadhan & Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.
Penulis : Amirol Zolkifli (www.peluanginternet.com)



















salam…sy nak bg respon sket la ttg info yg pakarhowto publish nih..sy setuju sgt ape yg pakarhowto katakan.Mana taknye sy dah terkena n tertipu…geram sungguh.Ini baru sy terbaca ttg info ebook buat duit raya oleh mr ammar…menarik!tapi ble terkenang peristiwa dah penah tertipu…takut nak mencuba even harganya rm10 je..hehe…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 28th, 2009 at 1:19 pm
@zaty, erm, saya jusa sependapat degan zaty…huhu..
kalu saya dapat plak terus saya buang je..buat semak inbox saya jer..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Dulu aku pun terkena dgn e-mail2 cam tu. Skg dh tau, semua e-mail2 cam tu aku cop SPAM je. Mmg aku x buka dh, buang masa je.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
selalu jugak termasuk laman web camtu.. tengok dia punya ayat, mak oii memang tertarik.. tapi bila fikir balik, betul ke produk mamat ni? terus klik keluar.. tak mau kena tipu membazir duit je..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
dah banyak pengalaman dengan website menipu ni.
tips dari saya :- sebelum join 1 program. sila analisis dari manakah program tersebut dapat duit yang akan diberi kepada anda nanti.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 9th, 2009 at 1:14 pm
@mr.eims, hai. mr.eims thanks atas tips itu.memang benar pun kita sebagai pengguna ini perlu bijak meneliti setiap program sebelum kita join. yelah bukan apa sebab TAKUT di tipulah oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab dialam maya tu..huhuhu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…. saya mohon kerja baik tuan untuk mengenal pasti laman web ini benar-benar wujud atau sekadar mengaburi mata yang melayari laman web berkenaan untuk makluman saya.
http://www.safetyexpressservices.page.tl/
Terima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ah, kat email sayapun berlambak orang hantar skim macam2 nih…satupun saya tak layan……mengarut aje semua tuh..yang paling aku menyampah kat Berita Harian tuh tengok dia punya website kiri kanan penuh dengan skim menipu….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]