Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAnda mudah berasa BOSAN? Tak tahu macammana nak kurangkan rasa bosan? Cuba baca 5 tips yang saya kongsikan di bawah tu. Mungkin dengan melakukan tips tersebut mampu mengurangkan rasa bosan anda. Siapa tahu kan? Tak cuba tak tahu…

- Tips 1 : Mulakan hari anda dengan positif
Bagaimana untuk jadi positif? Untuk jadi positif, minda anda dulu mesti dipositifkan. Maksudnya, anda tak boleh berfikiran negatif. Tanamkan betul-betul dalam hati dan minda anda bahawa anda adalah seorang yang sentiasa berfikiran positif. Lawan semua perasaan bosan dan moody anda. Usah terlalu ikutkan perasaan. Jika anda berasa bosan, cuba senaraikan apakah yang menyebabkan anda bosan. Apabila anda senaraikan, anda akan dapati bahawa, sebenarnya TIADA SEBAB untuk anda berasa bosan. Jadi kenapa nak membosankan diri??
- Tips 2 : Buka mata, buka minda dan buka hati
Jangan kecilkan ruang lingkup pemandangan dan pemikiran anda. Cuba ajar diri untuk lebih menghargai masa dan persekitaran anda. Buka mata seluas-luasnya, lihat persekitaran dengan penuh rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Lihatlah lagak manusia yang pelbagai, lihat haiwan-haiwan yang bermacam jenis, lihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan menyegarkan, lihat bangunan-bangunan yang hebat dan mencakar langit, lihatlah alam ciptaan Tuhan yang maha hebat itu. Bukankah semua itu sangat unik dan menghiburkan? Rasailah kemeriahan alam, syukuri apa yang ada dan nikmatilah hidup ini.
- Tips 3 : Tulis sasaran atau target anda setiap hari
Menulis target atau membuat perancangan apa yang anda ingin buat, mampu memberikan motivasi dan membuatkan anda lebih fokus. Apabila anda fokus kepada kerja atau tugasan anda, maka susah untuk anda berasa bosan. Jadi, tuliskan target atau apa yang anda ingin lakukan pada sekeping kertas setiap hari, dan bawa kertas itu ke mana-mana. Apabila anda terasa bosan, cuba lihat matlamat dan sasaran anda. Katakan pada diri bahawa anda mesti capai target anda hari itu!! Kalau perlu, PAKSA DIRI anda. Cuba cabar diri anda untuk lawan perasaan bosan tu.
- Tips 4 : Telefon orang tersayang
Salah satu cara yang praktikal yang boleh dibuat dalam mengurangkan rasa bosan ialah dengan menelefon dan berbual dengan orang yang anda suka atau sayang. Siapa yang anda sayang? Ibu, ayah, abang, kakak, pakwe, makwe, kawan baik atau boss?? Telefon sajalah sesiapa saja yang anda rasa selesa untuk anda berbual dan yang boleh membuatkan anda tersenyum. Berbual dan berbicaralah dengan mereka yang dapat membuatkan anda jadi bersemangat dan bermotivasi.
- Tips 5 : Pergi ke tempat atau kedai yang anda suka
Kalau anda berasa bosan, jangan biarkan diri anda duduk terperuk saja di satu-satu tempat. Kalau anda berasa bosan di rumah, jangan terperuk saja dalam rumah. Keluar la berjalan-jalan ke tempat yang anda suka. Sebab pertukaran tempat mampu menyegarkan minda dan perasaan anda. Kalau saya, saya suka pergi ke kedai buku seperti MPH atau POPULAR. Kalau terasa bosan-bosan saja, pasti saya akan segera ke kedai buku terdekat. Hati dan perasaan saya akan jadi berbunga-bunga dan seronok sekali apabila berada di kedai buku. Saya pun tak tahu mengapa, tapi yang pasti, kedai buku memang sangat berkesan mengurangkan rasa bosan saya. Anda bagaimana?

OK lah, saya rasa cukuplah dulu 5 tips bagaimana untuk kurangkan rasa bosan tu. Kalau saya tulis panjang-panjang karang, anda pula yang terasa bosan untuk membacanya kan. Jadi, lebih baik lah saya berhenti di sini.
Kalau anda ada tips lain yang anda amalkan untuk mengurangkan rasa bosan dengan berkesan, kongsikanlah dengan pembaca-pembaca lain di ruangan komen tu yer. Terima kasih ![]()
.



















Assalamualaikum w.b.t
Perasaan bosan adalah lumrah dlm kehidupan..ianya berpunca drpd beberapa sbb..salah satu drpdnya disbbkan kerja yg sama dilakukan setiap hari…Terima kasih PHT atas perkongsian tips ni
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
sentiasa mengingati Allah,kita tidak akan rasa bosan@boring.
kita akan berfikiran positif,tenteram.tidak stress.damai,ceria,jika kita sentiasa bersama Allah.Anyway tq for good tip.di atas.semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd sume.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
satu lagi petua….selalulah buat sembahyang sunat dhuha..mmg susah masa tu…tp cuba cari peluang utk buat isyaallah..lps solat kita akan rasa lebih yakin,semangat dan fokus dlm ape2 kerja yg dibuat pd hari itu krn kita tahu ALLAH swt sentiasa bersama kita……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
khaza Reply:
May 17th, 2010 at 12:10 pm
@norazilena,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
berzikir juga bolih mengelakkan kita berasa bosan/boring.untuk menambah
kan nikmat berzikir,kita olah kan alunan irama seenak telinga mendengar.
sentiasa bersemangat,berfikiran ingin tahu untuk kebaikan.explore…
anggaplah diri kita ini perlu menambah ilmu,tak kira ilmu duniawi atau sebaliknya..Insyaallah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya selalu buat tips ke 4 tu tapi video call la..guna celcom 1+5..free je untuk 20 jam bagi setiap talian. Bayar sewa talian cuma RM5 sbln. Hilang bosan dapat bersembang sambil lihat wajah org2 yg jauh di mata terutamanya adik2 yg belajar di luar negeri.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
perkongsian tips yang berguna
http://koleksimawar.blogspot.com/
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
perkongsian tips yang berguna…
.-= demimasa´s last blog .. =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
selalu panjatkan kesyukuran pada Allah..
kalau bosan, try fikir keje2 yg kita boleh buat..
tengok sekeliling kita..manatau ada juga sesuatu yang bakal terlintas di minda..nak update laman rumah ke..nak cuci tingkap umah yg dah lama tak usik ke..
=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagi yang dah berkahwin, boleh le peluk dan bisikan kata cinta pada pasangan seawal pagi.. bila rasa disayangi, perasaan pun rasa berbunga2 tak sempat le perasaan bosan nak menjelma..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
think a positif
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
x bezt r tips ni .. aku masihh ttp bosann ..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
lagi bosan bace artikel pjg berjele uh!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tips no 4 tu aku nk wt cmne? Awek xde r..lau de sape2 nk knal ngn aku tpun tau msj r..0129150719 tp bgtau mne dpat no ni..ti bru aku leh tpun org trsyg cm tip tu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]