Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAssalamualaikum untuk semua pembaca blog setia disini..
Hari ini suri ingin kongsikan beberapa tips kepada anda bagaimana mengendalikan situasi anak anda meragam di rumah terbuka..

Biasalah apabila menjelangnya musim perayaan sama ada Hari Raya atau Deepavali, tidak sempurna rasanya jika kita tidak menghadiri rumah terbuka yang banyak menghidangkan pelbagai makanan, kek, kuih, biskut yang menyelerakan ditambah lagi apabila kita akan meresa teruja jika kita dapat berjumpa dengan saudara mara serta sahabat andai yang lama. Sudah pasti banyak cerita yang akan diselongkarkan kelak..
Walaubagaimanapun terkadang kita sabagai ibu bapa ada waktunya juga kita sering dibayangkan dengan suara tangisan anak-anak kecil yang sudah pastinya membuatkan kita sendiri hilang mood untuk menghadiri masjlis sebegini…
Apa kata kali ini…
- Anda jangan panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa sikecil atau anak anda ini jauh daripada orang ramai. Contohnya membawa si kecil ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Ini berkemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada disekelilingnya. Dengan cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.
- Bukan itu sahaja malahan si kecil menangis juga mungkin disebabkan kelaparan. Adalah wajar sekiranya, sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah terbuka tersebut pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Lazimnya hidangan yang disediakan di rumah terbuka tidak sesai dengan usia anak anda.
- Disamping itu juga tidur yang mencukupi turut mempengaruhi tingkah laku anak anda sewaktu majlis tersebut berlangsung. Pada amnya jika pola tidur anak anak tidak tetap seperti biasa ini akan membuatkan dia sentiasa meragam. Adalah sebaiknya anda pergi ke rumah terbuka tersebut selepas anak anda bangun dari tidurnya. Dan waktu yang paling sesuai adalah waktu pagi, ini kerana cuaca pada ketika itu tidak panas serta ia juga akan memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.
- Selain dari sudut persekitaran, pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Ini kerana dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga boleh mencetuskan keadaan persekitaran menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Seeloknya pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa didalam majlis tersebut.
- Sekiranya keadaan semakin sesak, anda mintalah kebenaran kepada Tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Selamatkanlah diri anda dan anak-anak. Dalam keadaan sebegini anda sebagai ibu bapa juga haruslah mempunyai persediaan mental yang cukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam.
- INGATLAH janganlah terlalu lama berada di rumah terbuka. Selepas menjamu selera dan berjumpa sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
Selamat mencuba! selamat menyambut hari raya yang bakal menjelma nanti..



















bagus tu, si kecik saya suka betul meragam.. lebih2 lagi bila allergic dia menjadi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 18th, 2009 at 1:56 pm
@ct maliha, alahai, kasihannya dia ct maliha..harap-harap dia cepat sembuh..
sudah pastilah hati ibu seperti kita ini cepat melahirkan perasaan sedih tika melihat keadaan anak sebegitu..
segalanya mungkin serba tak kena kan..huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mahamid Reply:
September 20th, 2009 at 11:43 pm
Bagi saya kelakuan budak2 kecik semasa berkunjung ke rumah sahabat handai, saudara mara dan lain-lain, memang udah lumrah dan biasa saja, tak usah panik memang naluri budak2 kecik mcm tu, nak buat apa……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 25th, 2009 at 1:54 pm
@mahamid, begitulah ragam anak -anak kecil..dulu kia pin macam tu juga..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Memang betui semasa kita kecik2 dahulu, samalah mcm tu, tapi bolehlah kontrol sikit, kerana pada ketika itu kita amat menghormati orang tua, pada masa ini bukan apa, kerana pengaruh bermacam-macam makanan, minuman dan alat-alat modan yangmana banyak mempengaruhi kehidupan anak2 kecik, walaubagaimanan pun, ibu bapa kena peka terhadap keolahan dan kelakuan mereka, jangan sampai terbawa-bawa sehingga dewasa, itu lah sebabnya kita selaku pengasuh yang mutlak, wajib memberikan didikan yang amat berguna tidak kira dunia dan keakhiratan.
wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tambahan lagi kita hanya manusia biasa, kemampuan kita hanya merancang, akan tetapi Allah swt jua yang akan menentukan, tapi jangan lupa usaha hendaklah gigih disamping menerapkan inti2 keagamaan.
InshaAllah akan diberikan pertunjuk, amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 28th, 2009 at 8:48 am
@mahamid,saya bersetuju dengan pandangan awak tu mahamid..sebenarnya memang banyak faktor yang boleh mempengaruhi persekitaran anak-anak sekarang ni.tapi yang penting kesabaran dalam mendidik mereka perlulah di lenturkan dengan disiplin kendiri yang baik sejak dari kecil lagi..
sok kalu dah besar panjang tika kita nak merubahnya dah tentu agak SUKAR…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]