Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Setiap pasangan suami isteri pasti menyimpan impian untuk menimang cahaya mata bagi menceriakan bahtera perkahwinan.
Namun tidak semua pasangan beruntung berjaya memperoleh anak sebagaimana yang diimpikan.
Suatu masa dahulu bila perkara seperti ini terjadi wanitalah yang sering dipersalahkan.
Namun kini telah wujud kesedaran bahawa kegagalan mendapatkan anak boleh juga disebabkan oleh masalah yang disebabkan oleh kaum lelaki dan bukan wanita semata mata.
Faktor gaya hidup dikatakan sebagai antara penyebab yang mempengaruhi kesuburan lelaki.
![]()
Tahukah anda ada beberapa perkara yang harus lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai anak. Berikut ini disenaraikan 7 perkara yang harus dihindari oleh kaum lelaki agar masalah sukar mendapat anak tidak terjadi :
- 1. Jangan selalu mandi air panas atau sauna
Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh. Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma. Keadaan panas pada bahagian testis menyebabkan tahap kecergasan/keaktifan sperma menurun, lantas menyukarkan proses persenyawaan.
- 2. Jangan Terlalu Kerap Berbasikal
Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.
- 3. Elakkan Stress atau Tekanan
Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.
- 4. Elakkan daripada terdedah kepada bahan radiasi/bahan kimia
Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada.
- 5. Jangan ambil ubat sembarangan
Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada fungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.
- 6. Jangan Merokok / Kurangkan Merokok
Penelitian – penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Lebih baik hentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.
- 7. Elakkan Makanan Ringan
Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.




















Tambah satu lagi;
Banyak doa kepada Allah supaya dikurnia zuriat yang soleh.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Tuan Azhar…terima kasih atas komen…
tips di atas adalah 7 perkara “JANGAN” atau perkara yang patut dihindari….justeru mungkin tips yang tuan berikan diubah menjadi begini ;
Tips No8 : Elakkan daripada berbuat dosa kerana dosa mengundang kemurkaan ALLAH seterusnya menghalang doa daripada termakbul.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aira Reply:
June 1st, 2011 at 11:14 pm
@PakarHowTo,
lelaki bole hamil ke??? kenapa tajuknya kehamilan untuk lelaki???
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 6th, 2011 at 10:34 am
@aira,
Cik adik, lelaki tak boleh hamil.
Tapi boleh meng’hamil’kan….hehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]