Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAda seorang sahabat lama saya datang mengadu kepada saya. Dia kata dia berhadapan dengan satu masalah rumahtangga yang serius. Dia tanya pendapat saya mengenai masalahnya itu.

Saya katakan saya bukanlah pakar motivasi atau kaunselor yang layak untuk memberikan pandangan. Namun dia bertegas agar saya memberikan kata-kata peransangan dan tips agar jiwanya tetap tabah dan sabar dalam menghadapi mehnah kehidupan yang sementara ini.
Berikut saya kongsikan 5 tips yang mungkin dapat memberikan sedikit sebanyak input positif agar jiwa kita tetap kukuh tegar menghadapi ujian yang mendatang.
1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.
Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita.
Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ala.
Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita.
Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.
2. REDHA
Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani.
Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.
Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.
3. INGAT JANJI ALLAH
Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya.
Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar.
Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.
Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah.
Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.
Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri.
4. PASTI ADA HIKMAH
Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.
Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha.
Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.
Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan.
Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.
5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA
Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala.
Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.
Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. (Sila baca mengenai FALSAFAH KUCING di sini)
Ingatlah firman Allah Ta’ala yang bermaksud ;
“Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.” (QS [65] : 2-3)
Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best!
Kepada semua pembaca PakarHowTo, saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu. Amin.



















nice..tips yang betul2 berguna..ingat Allah, nescaya Allah akn ingat pada hambaNya..tp kdg,jiwa manusia cukup lemah hingga mempertikaikan ujian n dugaan yang menimpa diri..sentiasa berdoa mg Allah titipkan kesabaran yang tinggi dlm setiap jiwa hambaNya untuk menghadapi kehidupan yang penuh liku..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalaamu’alaikum
Alhamdulillah, bicara ilmu yang sungguh mengesankan. Mudahan kita memahami mengapa kita diuji oleh Allah dengan urusan kejiwaan. Hal ini mengingatkan saya kepada ujaran kasih sayang Allah melalui surah al-Fajr : ayat 27 hingga 30 dari kalam-Nya yang mulia lagi indah :
“Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang; tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu); Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia. Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu.”
Makanya, di bawa naungan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, jiwa dapat beristirehat dengan tenang dan tenteram walau apa jua rintangan yang menatang, pasti dapat diatasi dengan mudah dan redha serta penuh qanaah.
Menurut saya, dalam jiwa yang besar, segala sesuatu turut menjadi besar. Dengan jiwa yang lemah, selalu membesarkan hal-hal yang kecil. Alhamdulillah, terima kasih dan insya Allah, saya akan berusaha untuk berkongsi ilmu di sini. Salam mesra selalu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Salam
Mmg benar kata2 Pakar…tiap yg terjadi ada hikmahnya..asam garam kehidupan rumahtangga tak dpt lari drpd ujian dan dugaan. Beruntunglah buat mereka yg dpt menempuhnya dgn sabar dan tenang. Berserah kepada Allah s.w.t. pada perkara yg di luar kemampuan kita.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Alhamdulillah memang benar apa yang disampaikan oleh pakar….kita telah banyak melalui hidup yang kadang kala amat getir tapi perlu ingat itulah ketentuan Tuhan yang menandakan DIA amat menyayangi hambaNya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
betul betul betul
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
segala-galanya berbalik kpd Allah S.W.T jua…
kita datang dan kembali tetap bertemu dengannya jua…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
alhamdulillah..semoga Allah merahmati kehidupan di dunia dan akhirat serta meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita.. memang benar apa yang dikatakan..tenangkanlah hati dalam menghadapi dugaan yang ditimpakan kepada kita..banyakkan berzikir, membaca al-quran serta sembahyang sunat.Insyaallah jiwa kita akan menjadi lebih tenang.. Ingatlah, kemenangan akan ada untuk orang yang benar2 sabar..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
erm……mcm mner plak ble dlm keadaan tekanan dimana kte x leh kuar dr masalah tuh…mmg tips diatas sgt berguna..tp hendk atau x..kte still kne hadapi masalh kte …bkn lari….n….nk mnagani stress tym wktu kritikal n perlukan tndakan yg cpt….mmg pening ngn kpala
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,syukur kehadrat illahi atas pertemuan saya dalam ruangan ini,dapatlah saya memberi pendapat dan pengalaman saya dalam kehidupan yang terlalu pahit untuk ditelan,tapi untuk mukaddimah saya tidaklah bercerita…cuma ingin mengucapkan syabas,kerna adanya ruangan2 sebegini..dapatlah saudara2 dan saudari2 meluahkan apa saja yang terbuku dihati dan masalah yang tak dapat dibendung…ialah bukan semua orang boleh mendengar atau menerima kita secara positif..tetapi kebanyakkanya hanya negatif…baik orang itu setinggi mana ilmu agamanya..apa apepun kita kena berbalik pada 2 perkara…alquran dan sunnah..selamat dunia akhirat…insyallah…salam..
.-= haslinda´s last blog ..12 Sikap yang perlu ada pada seorang mukmin (MESTI Baca!) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,syukur kehadrat illahi atas pertemuan saya dalam ruangan ini,dapatlah saya memberi pendapat dan pengalaman saya dalam kehidupan yang terlalu pahit untuk ditelan,tapi untuk mukaddimah saya tidaklah bercerita…cuma ingin mengucapkan syabas,kerna adanya ruangan2 sebegini..dapatlah saudara2 dan saudari2 meluahkan apa saja yang terbuku dihati dan masalah yang tak dapat dibendung…ialah bukan semua orang boleh mendengar atau menerima kita secara positif..tetapi kebanyakkanya hanya negatif…baik orang itu setinggi mana ilmu agamanya..apa apepun kita kena berbalik pada 2 perkara…alquran dan sunnah..selamat dunia akhirat…insyallah…salam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
.-= haslinda´s last blog ..12 Sikap yang perlu ada pada seorang mukmin (MESTI Baca!) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum….
Alhamdulillah…dan terima kasih kepada penulis blog yang menitipkan ilmu, maklumat untuk manfaat bersama. Memang benar apa yang dituliskan, Allah s.w.t sahaja tempat yang sebenar-benarnya untuk kita membuat pengaduan dan dapat meleraikan masalah/kekusutan yang dialami. Kembalilah kukuhkan hubunga dengan Allah. Banyakkan besyukur dan perbanyakkan amalan..jauhi segala larangan. Jangan lupa bermunajat dan berdoa selalu kepadanya agar kita menjadi manusia yang redha dan tidak lalai.
Saya juga pernah satu ketika …hampir putus asa dengan diri sendiri … hampir terfikir membuat perkara yang bukan2…akibat tekanan ,kelemahan diri dan mengalami kerugian besar dalam perniagaan ..syukur Allah masih menyayangi saya.. dan apabila saya kembali mengadu dan memohon hanya pada ..Allah… Saya telah diberi kekuatan luar biasa, perubahan diri dan minda serta tindakan selaras dengan apa yang disyariatkan Islam sedikit demi sedikit dapat saya laksanakan. dan hubungan dengan manusia juga dapat saya kukuhkan kembali biarpun mungkin saya pernah bermasalah dengan mereka satu masa dulu…
Ingatlah… apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah…PASTI Allah akan jaga hubungan kita dengan sesama manusia…. lantas apa jua masalah yang kita hadapi PASTI akan ada jalan penyelesaiannya…..
Wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]