Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh

Share

Isk apesal la aku tak kawin2 lagi ni…?
Isk siapalah yang hendakkan aku ni…?
Bilalah nak bertemu jodoh ni…?
Dah banyak kali bercinta
asyik2 gagal saja…
Aduhai aduhai…
Susahnya nak dapat jodoh!!

Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!

*Dapatkan ebook percuma terbaru di sini. Anda cuma perlu daftarkan email anda dan setelah itu bolehlah download ebook tersebut. Kalau anda perkenalkan pada kawan anda dan dia download ebook itu, anda boleh dapat USD 1.00 iaitu RM3.50. Jadi, apa tunggu lagi, download lah ebook tersebut sekarang. Ianya percuma. Download Sekarang

(2414)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

124 thoughts on “Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh

  1. bagus tips di atas. mudah2an dapatlah jodoh kali ini. umur pun dah lanjut. takut nanti terjebak dengan dosa. dah 5 kali melamar 7 kali jatuh hati semua sangkut dan ditolak dengan alasan pelik sampai dikata loser. redha dengan ape yang berlaku. aku percaya apa yang berlaku ada sebab baik di sebaliknya

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Aku xsepi Reply:

    Jodoh xde la 2,mgkin nk dpt y lbh bek..mgkn jdh kta bdua,haha,mn tau kn?

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    azilehs Reply:

    @teruna sepi,

    okla tu at least lelaki cam awk ade gk la calon..dr nie(sendri)..calon laki yg serius pun xde…huhuh

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    noor Reply:

    @teruna sepi,
    salam, may i know who are u?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    tulip_biru Reply:

    @teruna sepi,
    InsyaAllah….akan ade penghujungnya nnt….teruskan usaha! kita serupa…tak pasti bila jodoh akan menjelma….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    KELLY Reply:

    @teruna sepi,

    Assalam

    Dont give up ya frenz. My advise if you all are wkg now, kindly continue work more harder or if you are studying now go get the best result on you. Dont let your self down & continue doa to Allah swt. I have sad story when my buddy getting married on the final exam in UM. But all of us have strong factors, be strong & aim for the best for future ya.. may be all of us able to meet up & share of our problems & may be we can learn from each other & my advise to everybody keep on increase your satisfaction in life & get the maximum achievement ok. keep in touch

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Jee Reply:

    @teruna sepi, Salam, saya pun rasa kecewa juga, sebab usia dah 47 tahun, masih belum berkahwin lagi.. dulu ada roang meminang tapi saya tolak sebab saya nak study, saya bercinta dua kali, dua dua kena tipu dengan lelaki keparat… last last saya takut nak bercinta lagi…

    Tapi usia dah nak masuk warga emas ni, saya pula rasa sunyi…. walaupun saya punya segala-galanya, tapi ada kalanya, saya rasa macam boring sangat. Pun begitu, saya percaya semua yang berlaku adalah di atas keizinan Allah yang maha berkuasa… saya cuba pasrah, tapi kadang kadang frust lah juga….

    Untuk mu, tak pelah, kita usaha sama sama, mana tahu, insyallah kita akan bertemu jodoh juga, insyallah. Banyakkan berdoa ya…

    Wassalam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    wanitasepi Reply:

    @teruna sepi,

    sgt pelik.. dah 5 kali lamar jodoh ditolak.. awk ade terkena buatan org ke apa..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. “*NUMPANG LEWAT

    Ayo, cari jodohmu segera!! Kamu-kamu yang masih sendiri, ayo gabung di CARI JODOH dan jadilah pasangan yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.. Carannya mudah, kirim “REG JODOH#P” buat yg cowo, atau “REG JODOH#W” buat yg cewe ke 9789. Info lebih lanjut ke 021-52921351.”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  3. berjanji setia bercinta dah lama akhirnya penghujung kecundang jua..dia beralih arah..mungkin dia bukan yg terbaik buat ku…insyallah..aku yakin akan ada insan yg lebih baik dari dia..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. sempena tahun baru ni saya berharap untuk menempuh alam rumahtangga bersama lelaki yang saya sayangi. Saya harap dia juga berperasaan seperti saya, kerana sukar untuk saya menyukai seseorang dan sukar juga untuk saya melepaskannya. Saya berdoa siang dan malam, solat tahajud dan solat hajat agar doa saya dimakbulkan Allah s.w.t.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam