Tips bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang

Share

Pada 30 Oktober lepas, saya ada menerima email dari Saudari Nini, yang meminta supaya menulis tentang Tips Bagaimana Untuk Menjadi Remaja Cemerlang.

Berikut adalah kandungan email yang beliau hantar kepada saya.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia.
Jutaan terima kasih buat saudara yang tak putus-putus menghantar e-mail buat saya. Dengan besar hati saya amat menghargainya. Di sini saya nak tanya saudara kot2 ada tips menjadi remaja cemerlang (personaliti/ keterampilan, sahsiah, konsep kendiri) untuk dikongsi dengan adik remaja di luar sana. Semoga segalanya diberkati olehNYA yang Maha ESA. Terima kasih…
Dari : Nini M.Zain (das6166@yahoo.com.my)

Baiklah, bagi memenuhi permintaan beliau. Saya akan cuba untuk kongsikan beberapa tips yang dapat saya fikirkan (mengikut pandangan dan pendapat peribadi saya).

Pada pandangan saya, untuk menjadi cemerlang, seseorang remaja (bukan hanya remaja sebenarnya, tapi kita semua) mestilah ;

1. Faham betul-betul tentang maksud, tujuan dan matlamat hidup

Ini paling asas dan paling penting pada saya. Sebab kalau kita faham betul-betul apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita atas dunia ini, maka kita tahu apa hala tuju kita. Kita tahu apa yang kita kejar.
Maka takde la kita tersesat dan melencong kepada perkara-perkara yang sia-sia.

Apabila kita tahu maksud hidup kita, maka kita akan lebih fokus. Kita akan jadi lebih tabah, lebih tetap pendirian dan lebih matang. Kita tidak akan melakukan perkara yang sia-sia dan menghargai masa, tenaga, wang ringgit dan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Makanya, kita mesti benar-benar faham akan maksud dan matlamat hidup kita atas dunia ini.

Persoalannya sekarang, apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita? Adakah kita sudah benar-benar tahu dan faham?

2. Taat semua perintah Allah dan tinggal semua larangan dan jauhi benda-benda yang haram dan yang syubhah

Tips kedua ini sebenarnya saling berkaitan antara tips yang pertama tadi tu. Kalau anda orang Islam, maka saya rasa tak payahlah saya nak huraikan panjang-panjang perkara ini. Cukuplah saya katakan bahawa, kita orang Islam ni, kejayaan kita bukanlah diukur sejauh mana cemerlang dan berjaya nya kita atas dunia ini saja.

Apalah gunanya kejayaan dan kecemerlangan kita atas dunia ini, kalau kita seorang yang sering ingkar perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang Allah larang. Apalah gunanya diri kalau diri kita itu dimurkai oleh Allah, TUHAN sekalian alam ini?

Maka, tidak dapat tidak, untuk menjadi orang yang cemerlang, maka kita mestilah berusaha mendapatkan redha Allah dengan melakukan semua perintah yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarangNYA.

3. Taat dan buat baik dengan ibu bapa

Untuk dapat redha Allah, maka kita kena dapat redha ibu bapa dulu. Macammana nak dapat redha ibu bapa?

Buatlah apa yang menggembirakan mereka, dengar kata mereka, jangan bantah cakap mereka, bersopan santun dan sentiasa menghormati mereka, tidak sekali meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka, buat mereka bangga dan selalu mendoakan mereka. Pendek kata, kita mesti sentiasa jaga hati mereka. Senyum dan berlemah lembut lah dengan mereka. Buatkan mereka berasa besar hati dengan kita.

Sekiranya kita berjaya mendapatkan redha ibu bapa kita, insyaAllah hidup kita pasti akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH Ta’ala. Apabila hidup kita diberkati, maka apalagi yang kita mahukan?

Pada saya, ini adalah pra-syarat yang MESTI dipenuhi sebelum seseorang itu diiktiraf sebagai orang yang cemerlang.

4. Ada perancangan yang jelas

Untuk jadi cemerlang, kita mesti bijak merancang. Kita mesti ada target dan pelan tindakan untuk mencapai target. Apa target kita dalam pelajaran, dalam hidup? Apa yang ingin kita capai? Dan apakah pelan tindakan kita untuk mencapat target-target tersebut?

Buatlah target dan perancangan yang jelas dan praktikal. Kena ada pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang. Sentiasa periksa progress atau kemajuan yang kita lakukan hari-hari, apakah ianya semakin dekat mencapai target atau terpesong jauh?

5. Sentiasa muhasabah diri

Kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Muhasabah lah diri. Peruntukkan sedikit masa setiap hari untuk periksa dan muhasabah diri kita setiap hari.

Apakah yang kita lakukan hari ini? Apakah ada kesilapan yang telah kita lakukan? Ada tak kita melukai hati atau menyakiti orang lain? Ada tak kita mengumpat dan mengutuk orang? Adakah solat kita sempurna? Adakah masa kita terbuang dengan sia-sia?

Beristighfarlah dengan kesilapan dan kelemahan yang kita telah lakukan. Minta ampun dengan Allah atas semua kesalahan kita. Bertaubatlah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, samaada yang sengaja atau yang tidak sengaja. Berazamlah sungguh-sungguh untuk kita tidak mengulangi kesilapan kita. Mohonlah pada Allah supaya memberikan kekuatan dan hidayah kepada kita untuk melakukan perkara-pekara kebaikan.

Sekian, cukuplah 5 tips ini dulu yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Saya rasa, kalau kita dapat amal 5 tips ini pun, insyaAllah kita boleh menjadi orang yang cemerlang. Bukan cemerlang dunia saja, tapi lebih-lebih lagi cemerlang akhirat insyaAllah.

Mungkin ada yang kata, alaaa semua tips ni saya dah tahu. Semua apa yang diterangkan ini saya dah tahu lama dah.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah kita praktikkan apa yang kita tahu? Bukankah ilmu yang tidak diamalkan itu diumpakan seperti pokok yang tidak berbuah?

Isunya sekarang, bukan banyak mana yang kita tahu, tetapi banyak manakah yang kita amal dan praktikkan. Tak gitu? Apa kata anda? (701)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

19 thoughts on “Tips bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang

  1. Allahu Akhbar, tips yang baik sekali. Ayuh kita tingkatkan amalan kita untuk kita cemerlang di sisi Allah swt.

    Kita harus ingat pesanan Nabi saw yang mana Baginda bersabda, “Aku tidak takut umatku nanti akan menderita kelaparan atau kembali menyembah berhala (musyrik), tapi aku takutkan adalah umatku akan jatuh cinta kepada dunia”. Kerana apa? Kerana Nabi saw bersabda lagi “Cinta dunia adalah sumber dari segala kesalahan”. (HR Baihaqi).

    Hayati kata-kata Abdullah bin Abbas r.a. ini, “Sesungguhnya Allah swt menjadikan dunia kepada 3 bahagian: Satu bahagian kepada orang beriman, sebahagian lagi kepada orang munafik dan sebahagian lagi kepada orang kafir. Orang mukmin menjadikan dunia sebagai tempat menyiapkan perbekalan ke akhirat, orang munafik menjadikannya sebagai perhiasan, dan orang kafir menjadikannya sebagai tempat untuk bersenang-senang”.

    Renung-renung dan tenung-tenungkanlah. Kita ini duduk di bahagian mana?

    Waalahua’lam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    najwa Reply:

    @Rosli, berusahalah kite selagi kite masih diberi peluang

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @najwa,
    insyaAllah sama2 kita bermujahadah buat pengorbanan dalam mengharungi hidup yang sementara ini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Rosli,
    aduh…betul2 membuatkan aku berfikir, merenung dan termenung…di manakah aku?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  2. salam,nak request sikit boleh? hehe
    bolehkah admin terang sikit tentang selawat?

    sebab ada orang cakap selawat syifa terpesong dengan akidah dan sbgainya.
    so ape komen admin?

    buat entry lagi bagus ^_^

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @blowie,
    salam…
    sebenarnya berkenaan dengan perkara ini,
    dah ada banyak ustaz menjelaskan perkara ini..
    antara penjelasan terbaik yang saya jumpa adalah di sini; (bacalah artikel di blog tersebut yer)

    http://jarumemas.blogspot.com/2009/09/saya-diajar-untuk-tidak-bertaqlid-buta.html

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Terima kasih atas tips yang baik. Sesungguhnya kita ini insan yang lemah dan sering melakukan kesalahan dan sering terleka dengan kehidupan dunia. Dengan adanya tips ini sekurang-kurangnya membantu mengingatkan kembali tujuan hidup kita ini. Semoga dapat terus menyumbang tips yang berguna untuk dikongsi bersama.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @tanpa nama,
    InsyaAllah sama2 lah kita ambil manfaat daripada apa yang dikongsikan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Assalamualaikum. Namanya pun pakar jadi tidak hairanlah tip-tipnya pun bernas dan dan power. Terima kasih singgah di blog Motivasi-Kerja. Semoga kita dapat bina persahabatan yang baik.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Motivasi Kerja, terima kasih wahai motivasi kerja kerana anda sudi singgah disini..
    ada masa jaganlah lupe kesini lagi yer.hehe ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. sebagai remaja perlunya minda yang positif dan jati diri yang kuat untuk menjadi insan yang cemerlang.. dengan keadaan cabaran dan godaan masa kini, remaja perlu berani untuk berkata TIDAK pada kawan2 yang mengajak melakukan sesuatu yang tak berfaedah atau boleh merosakkan diri.. jangan terlalu ikut kawan hingga diri sendiri tak keruan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ct maliha,
    Bagus sekali pandangan awak ni Siti.
    Tenkiu yer

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Panduan, Strategi Dan Teknik Belajar

    1. Buat rutin belajar
    Cari satu blok masa yang tertentu pada waktu siang setiap hari, dan masukkannya dalam pelan belajar anda. Realitinya, waktu yang akan anda gunakan untuk belajar akan ditentukan oleh beberapa faktor:

    2. Belajar semasa minda anda di tahap terbaik
    Bilakah waktu “puncak persembahan” anda – iaitu waktu dalam satu hari di mana anda lebih mudah belajar? Ini berbeza dari individu ke individu lain. Kebanyakan orang lebih mudah belajar pada waktu pagi, tetapi ramai juga pelajar yang suka berjaga malam untuk belajar.

    3. Belajar bila anda boleh
    Walaupun anda mahu belajar semasa minda sedang peka, faktor-faktor luaran juga memainkan peranan di dalam menentukan masa belajar anda. Tidak mungkin anda boleh berada di dalam kedaan terbaik setiap masa.

    4. Pertimbangkan tahap kesukaran subjek
    Memerah otak dalam Matematik apabila anda sudah mengantuk mungkin tidak mendatangkan banyak kesan. Minda anda mungkin lebih bersedia untuk menerima sogokan nombor-nombor pada waktu pagi. Matapelajaran sastera mungkin lebih sesuai semasa otak sedang letih. Manalah tahu, mungkin anda boleh mendapat jawapan yang original di dalam mimpi.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Pingback: Tips bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang | Blog PakarHowTo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam