Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Petang semalam (12 Ogos 2009), saya ada menerima 1 email dari Saudara “Z” yang mengadu tentang masalahnya. Beliau meminta pendapat dan pandangan saya mengenai masalah yang dihadapinya.

Berikut ini saya kongsikan kandungan email yang dikirimkan kepada saya.

Saya merupakan seorang bakal guru di salah sebuah institut perguruan di tanah air. Sebenarnya menjadi guru bukanlah cita-cita dan impian saya tetapi terpaksa apabila tidak dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang lain. Saya ingin berkongsi masalah dengan pakarhowto..

Masalahnya di sini ialah saya yang mempunyai perasaan rendah diri. Saya tidak percaya dengan kemampuan diri saya. Akibatnya saya tidak mempunyai ramai kawan. Saya lebih suka menyendiri dan tidak suka berhadapan dengan khalayak ramai.


Saya mempunyai rakan yang agak peramah dan saya cuba untuk menjadi peramah seperti mereka tetapi saya menjadi segan dan mudah tersinggung apabila diejek saya faham sebenarnya mereka ingin bergurau. Ada masa saya boleh bergurau tetapi ada masa tidak boleh. Mood saya sering berubah-ubah mengikut situasi dan tanpa ada sebab yang kukuh saya menjadi murung.

Ada kala saya terfikir juga adakah saya mempunyai sebarang penyakit jiwa. Saya tidak suka berkonfrontasi dengan orang lain. Apabila mempunyai sebarang pendapat saya cuba untuk suarakan pendapat saya tersebut tetapi apabila dibantah oleh orang lain saya akan terus menukar haluan dan pegangan saya tersebut.

Saya risau jika saya akan menjadi guru yang akan dipandang rendah oleh murid apabila keluar dari institut perguruan ini nanti. Saya cuba untuk berfikiran positif tetapi tidak boleh sebenarnya. Saya segan untuk menulis email ini tetapi saya tertekan apabila memikirkan masalah saya ini.

Saya sebenarnya dalam kebuntuan sekarang. Oleh itu saya ingin bertanya pendapat pakarhowto apa sebenarnya masalah saya dan bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah saya ini….

Gambar adalah sekadar hiasan

Gambar adalah sekadar hiasan

Ini pula jawapan ringkas yang sempat saya balas kepada saudara “Z”. Saya tak sempat nak menulis panjang. Sorry yer.

Terima kasih atas email yang dikirimkan. Saya patut beri pujian kepada awak atas keberanian awak berterus terang tentang masalah yang dihadapi. Bukan semua orang boleh cerita masalah sendiri dengan hati yang terbuka. Jadi, awak ada kelebihan di situ sebenarnya. Kelebihan dalam erti kata berani berkata jujur dan ikhlas pada diri sendiri. Kelebihan kerana mempunyai fikiran yang positif dan mahu memperbaiki diri. Ini adalah satu sifat atau sikap baik yang positif yang ada dalam diri awak.

Pada saya, setiap orang ada kelemahan dan kekuatan/keunikan masing-masing. Yang penting, awak mesti kenalpasti kelemahan diri tu, dan mesti tahu serta faham benar tentang kekuatan/kelebihan yang ada dalam diri.

Orang peramah tak semestinya bagus dan baik. Kadang-kadang,orang yang pendiam dan tidak banyak berkata-kata itu adalah lebih baik.

Kita sebenarnya tak perlu tiru cara orang lain. Awak ada cara awak, gaya serta personaliti awak sendiri. Orang lain pula dengan personaliti dan gaya mereka sendiri. Masing-masing ada kelebihan. Masing-masing ada keunikan masing-masing.

Jadi, awak tak sepatutnya berasa rendah diri. Sebab awak sebenarnya sama saja dengan orang lain. Kalau orang lain ada kelebihan, awak pun ada kelebihan dan kekuatan awak sendiri. Kalau awak ada kelemahan awak, orang lain pun ada kelemahan mereka. So, tak usah rendah diri sangat, tak usah tertekan, tak usah kecewa. Just be yourself. Jadilah diri anda sendiri.

Biarkan orang lain dengan cara mereka. Tapi awak, dengan cara dan personaliti unik awak.

Ingat, Semua orang ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Cumanya, yang mungkin berbeza bagi setiap orang ialah, mungkin personaliti, cara dan gaya masing-masing saja yang berbeza.

So, toksahla difikirkan sangat dengan kelemahan awak tu. Yang penting, awak kena tahu dan kenalpasti lah dulu apa sebenarnya kelemahan awak. Kemudian, cubala berusaha memperbaiki kelemahan itu.

Dan penting juga untuk awak kenalpasti kelebihan diri sendiri. Apabila dah kenalpasti kekuatan diri, maka tonjolkan dan serlahkanlah kelebihan dan keistimewaan awak tu.

Apa2pun, pada saya yang paling penting dan asas ialah, Awak kena jadi diri anda sendiri. JUST BE YOURSELF!

InsyaAllah, semoga awak dapat menjadi guru yang baik nanti.

All the best! Dan ceria-ceria sokmo.

Gambar adalah sekadar hiasan

Gambar adalah sekadar hiasan

So, apa korang ada apa-apa komen tentang permasalahan yang dibangkitkan oleh Saudara “Z” tu? Harap korang sudi berkongsi idea, pendapat, pandangan, pengalaman dan komen korang. Moga-moga komen-komen itu nanti akan menjadi sikit sebanyak panduan kepada si pengadu dan mereka yang mengalami masalah yang seumpanya tu.

Sekian, jasamu dikenang. :)

Artikel lain yang best-best :