Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBOrang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:
- Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
- Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.
- Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
- Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekelugaan di kalangan anak-anak.
- Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.
- Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.
- Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
- Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
- Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
- Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.
- Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.
- Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
- Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.
- Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
- Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
- Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.
- Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.
Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.
Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.
*p/s- Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan ebook, tutorial, games dan pelbagai artikel menarik, boleh pergi ke ruangan ‘Free Download‘. Saya sudah mengemaskini ruangan tersebut. Terima Kasih.



















Wah best blog nie…
Ada banyak petua2…
Tang tido lepas makan tu selalu buat…
tu yang perut ada sedikit ke depan dan mengurangkan lagi tahap kemachoaan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
ocean Reply:
December 10th, 2009 at 1:52 pm
@zool, huhuhu, tw tk pe…mang ta machO puwn law perut da kDepAn.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
Satu lagi,
Makan tak kawal.. banyak la penyakit singgah. Sekarang ni kat malaysia banyak orang mati sebab makan.
Tak dengar pulak ada orang mati sebab tak makan.
Love
MrsLingerie
http://www.mrslingerieonline.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
yana Reply:
July 2nd, 2011 at 1:40 pm
selalu mkn nasi lepas pkl 10. mlm
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
kita makan untuk hidup…
bukannya hidup untuk makan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
petua-petua ni memang berguna Orang-orang muda sekarang ni jarang mengamalkannya. Sebab tu la macam-macam penyakit datang. Mulanya dari perut le….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
hey bes gak pada petua ni…… thanks for blog ni kerna saya dapat banyak info……….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 7:11 pm
@nani,
you are most welcomed.
selalu2 la singgah ke blog ni yer.
dan tinggalkanlah komen awak,
baru la meriah skit blog…dak gitu?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
lapaaa r bilee citerw bab2 mamam neyyh…huhhuuuu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 10th, 2009 at 4:47 pm
@ae_dyk, lapar…huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
macam mama malam pertama
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
ocean Reply:
December 10th, 2009 at 1:58 pm
@MUHAMMAD SYAZANI BIN MOHD NOR, apasal plk???
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 10th, 2009 at 4:49 pm
@ocean,
alahai ocean, mungkin muhammad syazani ni bcter diluar topik ni..
apalagi salah parkinglah tu..hehe..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
yana Reply:
July 2nd, 2011 at 1:43 pm
nie ape pulak ni citer psl mlm pertama,wrong place ~^^
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
Tak sangka pulak banya pantang larang melayu yer. Aku ingat, orang cina jer banyak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
Banyak nyer petua. Best
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Oarg tua2 Melayu mmg byk petua…setiap pantang larang sebagai kiasan n panduan agar kita dpt memelihara kesopanan dan budi pekerti bkn sahaja utk diri sendiri malah ketika berdepan dgn org ramai..tahniah n terimakasih atas kiriman info yg bermanafaat ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum.
info dan petua yg sgt berguna…….
terimakasih…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
satu tatacara hidup yg baik untuk diamalkan….! terima kasih atas info ni,,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Yer..semestinya org melayu mmg byk pantang larang..bkn shj semasa mghadap mknn..ttp amalan seharian pn ade jgk pantang larang…
Sy x tergolong dlm gol yg myokong penuh n mematuhi pantang larang..krn sy x mpercayai pantang larang ni keseluruhannya..tp x bermakna cara hidup saya x bertatasusila..cuma, pendapat + pendirian + kepercayaan sy menolak semua ini. Mmg sy org Melayu..tp kita semua x sama..ideologi kita berbeza.
Blog nih “terbaik”. Sy suka semua artikel yg disiarkn. Syabas utk crew pakar n sidang komentar yg sntiasa membuahkan idea. Keep going on!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
btol2..sy pun x berpantang makan pun..bedal je..yg baik diteruskan, yg buruk dijauhi// ~ klik2 http://kedaifazonline.blogspot.com/ ..tqvm
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
makan hati dibuatnya…..he….he…he
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kok gak bisa di copyyyyy:(
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
September 27th, 2011 at 12:21 pm
@rista,
sila gunakan fungsi forward article ke email anda. bisa di copy melalui email.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tapi ada juga pantang org dulu2 yg nampak mcm mengarut sikit… yang jernih kita ambil, yang keruh kita buang. sekian… Terima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
September 27th, 2011 at 12:20 pm
@Fattah,
setuju
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]