Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Baru-baru ni kecoh pasal seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah dijatuhkan hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Klik sini untuk baca berita Kartika Dihukum Sebat.

Kartika Sari

Kartika Sari

Lantaran hukuman yang dijatuhkan ini, ramai pihak telah memberikan pendapat. Tidak kurang juga yang mengecam mengatakan hukuman sebat tu tak patut dan zalim. Lebih malang, yang mengatakan begitu bukan orang lain, sebaliknya ia dikecam dan dikata macam-macam oleh orang Islam itu sendiri. Lebih teruk lagi, ia keluar dari kata-kata pemimpin masyarakat.

Betulkah hukuman sebat untuk peminum arak itu zalim dan tidak adil? Apakah hukuman yang sebenarnya dalam ajaran Islam bagi pesalah yang didapati bersalah minum arak? Sila baca huraian yang dibuat oleh Ustaz Zaharudin tentang perkara ini.

Mungkin ada di antara kita yang mengambil sikap endah tidak endah tentang isu Kartika ini. Dan mungkin ada diantara kita tak ambil kisah pun tentang isu minum arak dan hukuman sebat ini. Tetapi pada saya, kita sebagai orang Islam, kena lah sensitif tentang perkara ini. Kerana ia melibatkan pegangan dan ajaran Islam yang kita anuti. Maka sewajarnyalah setidak-tidaknya kita ambil tahu tentang perkara ini.

Jangan nanti apabila rakan bukan Islam kita bertanya pendapat kepada kita tentang Hukuman Islam kepada peminum arak, maka kita
baru nak terkebil-kebil memikirkan jawapannya.

Berikut ini saya kongsikan dengan anda semua tentang info mengenai hukuman yang ada dalam ajaran Islam bagi mereka yang didapati bersalah kerana meminum arak.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW….

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

** Klik sini untuk download artikel bergambar tentang Perbezaan sebat cara islam dengan sebat cara sivil.(MESTI BACA)

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.


Artikel lain yang best :