Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBBerikut adalah 3 kunci merancang masa :

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya
=================================================
Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak
masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari
sebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan
segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari.
Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan
hari.
Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk
merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam
menyelesaikan sesuatu pekerjaan.
Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh
kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hari
yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna
dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.
Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan
======================================
Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalah
menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan.
Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, C
dan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. Tandakan
A pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yang
kurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yang
kurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung.
Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan
ini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukan
terlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkah
daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkin
sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya seperti
menonton TV atau bermain computer game.
Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang
lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.
Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu
memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda
mengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya ada
masa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam
audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukan
perkara D!
Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yang
anda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!
![]()
Kunci #3. Prinsip 80-20
=======================
Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%
daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah
untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain,
produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam…
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
Kemudian, berhenti! Ya… berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti
teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankan
perniagaan ada!
Penulis,
-Irfan Khairi-
http://www.irfankhairi.com




















bagus betul tip2 yg saudare bg ni….
REGARDS,
-Muzri a.k.a Muyie -
Kamrie Corporation
+6012-6656874
* http://www.saudagarceramic.com/kamriecorp *
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
awal yang baik
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
dah pernah baca artikel ni dari blog irfan khairi sendiri.
patut lah macam pernah dengar prinsip 80-20 :p
nway. thanks for reminding.. hehe..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualikum
surah Al-Asr surah 103 Alquran
“Demi masa
Sungguh manusia berada dalam kerugian
kecuali orang2 yg beriman n mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran n saling menasihati untuk kesabaran”
membuang masa itu membuang Umur.Allah akan tanya apa kamu buat dengan umur mu-muda sebelum tua/masa mu lapang sebelum sebuk,.harta -kaya sebelum miskin,sehat sebelum sakit n hidup sebelum mati
Tips time management seperti di atas buat
checklist untuk next day./hilight dalam calendar tarikh2 yg ada activity eg event office./family/masjid etc .Bdays untuk mendekat silatul rohim friends family
checklist how to do eg perancangan sesuatu event setiap tugasan whos responsible n monitoring buat satu timetable n dateline sekali
lepas tu postmortem event evaluation strength n weakness tanya feedback staff eg send survey +/- n improvements for next event apa lagi boleh improve client/staff .Buka file simpan untuk improve n write SOP untuk every event ini cara kita train anak buah train the trainers.learn to SHARE Share n Share
untuk diri sendiri document in diary tulis muhasabah diri
beri masa untuk Allah
family -wife anak parents call ,check monitor health etc
ritual solat Quran gud with neighbours setakat asmkum apa khabar ,maybe wife buat kueh hantar sikit etc,gi masjid jemaah hadis soheh solat jemaah subuh dapat pahala qiam satu mlm n solat jemaah isyak pahala qiam setengah mlm cara smart ibadah n solat jemaah dapat pahala 27x,baca Quraan 1 abjad 10x pahala ,zikir ingat Allah .Puasa n Alquran dapat syafaat diakhirat nanti
semua orang ada hak nya Allah akan tuntut diakhirat hak isteri hak anak hak parents neighbour hak sesama manusia akhlak yg mulia habluminannas habluminaAllah .hutang jagan lupa bayar jangan jadi muflis dikhirart nanti.Hutang PTPN jangan buat dek je kerajaan bankrup kerana tabung PTPN rakyat takde tanggungjawab bayar hutang Allah akan tuntut diakhtrat nanti
Buat lah dengan Ehsan ie seperti Allah sentiasa melihat kita n menulis amalan kita .Buat cara berkualiti sebaik mungkin dengan sedikit sumber tapi highest produktiviti itu makna ehsan.Jangan kerja boleh buat sorang suruh 3 oranag buat tak produktif nama nya membazir
Last kali mentor ur staff yang mahir tag along a junior officer tunjuk ajar pahala ilmu u akan mengalir selagi ilmu munafaat tu dia ajar orang lain ilmu u tu akan dapat pahala amal jariah nya.Jangan lupa ilmu dari Allah sebarkan n lagi Allah akan limpahkan n murahkan rezeki if u learn how to share anugerah Allah yang beri.jangan lupa seluruh cara hidup itu ibadah buat lah dengan lillah n ikhlas.Jangan lupa solat tiang ugama orang mukmin solat dengan khusyuk refer surah Almukminun ayat 1-10 ciri2 orang mukminun.Inshaallah buat sikit2 tapi istiqomah-continuous .Orang muda yang hatinya dimasjid adalah dibawah naungan kaabah n diantara 70,000 orang yang Allah redho .InshaAllah amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]