Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSaper nak ebook PERCUMA yang sangat bagus? Klik Banner di bawah ini ;
Setiap perkara, kalau kita perhatikan dengan pandangan yang mendalam, pandang sesuatu dengan mata hati, pasti kita akan dapat belajar sesuatu daripadanya.
Ada orang melihat ke langit, rasa tiada apa yang istimewa dan biasa saja.
Tapi ada orang, apabila melihat ke langit, akan rasa begitu teruja dan kagum. Rasa diri begitu kerdil, rasa kehebatan dan keagungan Tuhan.
Mengapa seorang rasa biasa, seorang lagi rasa teruja. Apa yang membezakannya? Tuan2 fikir dan jawablah sendiri…
Dalam post saya kali ini, saya ingin mengajak tuan2 berfikir sejenak mengenai satu rutin harian yang kita alami hari-hari. Yang mana, kalau kita beri perhatian pada perkara itu, kita akan dapat membaca perangai dan tingkah laku seseorang.
Apakah rutin harian tersebut?
Tidak lain dan tidak bukan, iaitu perihal mengenai cara mengenali perangai seseorang melalui pemerhatian terhadap cara makan orang tersebut.
Apa ada disebalik cara makan? Sebenarnya, bagaimana cara seseorang itu makan, maka begitulah juga rentak dan gaya cintanya….
Baiklah, mari kita baca dan nilai sama2 perkara ini.

” Ish! Pelahapnya dia makan! Gelojoh! Kalau macam ni, ‘cancel’ la nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan kat tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii….gelinya…pengotornya…”
Mulai hari ini, cuba anda perhatikan gaya pasangan dan buah hati anda makan! Masing-masing pasti ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan dengan penuh kesopanan. Ada yang makan sambil bercakap sampai merecik-recik air liur. huhu
Haaa…anda jangan tak tahu yer. Gaya makan seseorang itu sebenarnya boleh memberikan gambaran sikap sebenar seseorang itu.
Baiklah, apa kata kita selidik tentang perkara ini. Perhatikan lah bagaimana gaya makan pasangan/buah hati anda dengan teliti. Tapi nak perhati pun, janganlah lebih2 pulak. Jangan la sampai dia terperasan pula nanti.
Berikut ini dicatatkan 6 gaya makan yang paling biasa dan apa yang boleh kita tafsirkan disebalik gaya makan tersebut ;
- Makan dengan tenang dan sopan
Wah! Skema habis cara makan yang sebegini. Suapannya penuh hati-hati. Cara makan begini boleh membuatkan anda bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, si dia seolah-olah lebih ‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri anda. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu, ia menggambarkan juga bahawa dia sebenarnya seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Maka usah diragui lagi tentang kesetiaannya. Anda tetap satu di hatinya! Chewah!
- Asyik belek2 makanan
Ada juga yang gaya makan, yang seseorang itu lebih banyak pandang makanan daripada memandang anda! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan betul2 cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Teratur jer!
Tapi anda tak perlu risau sebenarnya, perbuatannya itu menandakan dia amat prihatin dalam setiap apa jua perkara yang dilakukan. Orang yang sebegini juga adalah sangat serius dalam perhubungannya. So, anda tak usahlah meragui cintanya!
- Serius ketika makan
Kalau gaya makan dia okey saja, tak terlalu cepat atau terlalu lambat. Dan sesekali dia akan berbual dengan anda walaupun taklah kerap sangat. Bermakna anda masih lagi ‘wujud’ di depannya. Kadangkala ketika dia mengunyah makanan, matanya asyik perhatikananda saja, hingga kadangkala anda nak makan pun segan. Maka kalau begitulah keadaannya, alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap anda dan tak mahu anda ‘hilang’ sesaat pun dari pandangannya. huhu… Gaya makan sebegini menunjukkan sikap pelindung yang amat jelas yang ada padanya terhadap diri anda. Berbahagialah yek!
- Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan anda sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu mungkin adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. ‘Angin satu badan’lah pulak nanti!
- Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu jer nak cepat, sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’ pun. Oppss jangan salah faham, bukan dia ada ‘date’ dengan
gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. So fahamilah dia. Dia seorang yang tak suka seseorang yang lembap.
- Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati anda dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan anda. Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri anda. Cuma awas, orang begini kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas anda nanti!

Setelah anda baca semua yang dicatatkan atas, dapatkah anda fahami mesej saya?? Mesej saya sebenarnya cuma 1 jer. Apa jua perkara yang anda perhatikan, ANDA MESTI CUBA MELIHATNYA DALAM SUDUT YANG POSITIF! Janganlah suka fikir negatif dan bersangka buruk dengan pasangan anda. Sikap suka fikir negatif dan sangka buruk ini hanya akan memberikan tekanan dan ketidaktenteraman pada anda. Justeru, bersikap positiflah selalu yer. Nescaya sejahtera hubungan…
Sekian.




















Hai salam kenalan..
–> yaaa cik Emah Timah….salam perkenalan to you too….rajin2lah datang ke blog ini dan tinggalkan komen ya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terdapat 2 cara makan saya seperti yg dinyatakan….memang tepat kena batang idung……………..adussssssssss
–> kalau kena batang idung tu…sendiri mau ingat laa…kalau negatif, cuba perbaiki…kalau positif, tingkatkan menjadi lebih baik yer…anyway, thanks so much kerana selalu tinggalkan komen awak ye cik IDA…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalaamu…
Kalau jenis orang yang makan sampai licin, apa pulak maknanya tu? kehkehkeh, eeehh bukan lawak ni, hamba serius ni. Biasanya kalau kita makan makanan sampai licin, cth kalau kita makan nasi sampai satu biji nasi pun tak tinggal kat atas pinggan tu, lazimnya pendapat orang ramai & pandangan umum beranggapan bahawa si orang tu tentu lapo bebeno atau kebuloq.
Hamba eager nak tahu ni, sebab hamba ni memang jenis kalau makan&minum memang sampai licin, baik yang sedap, biasa mahupun yang kureng sket. Kalau makan nasi tu, Insya Allah, konpom sebiji nasik pun tak tinggal, begitu juga ngan others F&B.
Kalau makanan berkuah, ngan kuah2 tu sekali hamba licinkan, takda biaq bertakung dalam mangkuk tu.
Orang ramai tentu kata orang jenis cam saya ni orang yang kuat makan@kebulur dll. Tapi yang SEBENARNYA, hamba memang dah terlatih oleh diri hamba sendiri, agar kalau makan&minum biar sampai licin. Bukan apa, rezeki tu, x sampai ati kalau tengok makanan dijamah x habis sepenuhnye. Selalu jugak hamba perati, kalau P makan kat luar@restoran dll, & especially the ladies, kalau makan, masih banyak lagi belen makanan yang ada tu, kekadang more than half dari kuantiti asalnye tu, dibiarkan aje. Sedih@Sayu hati hamba melihatnya.
Kalau Ya nak jaga badan sekali pun, berpada-pada lah. Agak2 kalau terasa makan lebih atau terlebih tu, pandai2la aktifkan diri tu, sekurang-kurangnye lepas 2 jam dari waktu makan tadi. Pergi eksesais ka, buat kerja umah ka, gardening ka, dan ape2 jela aktiviti yang banyak guna kederat badan tu. Insya Allah, kalori tu burn balik punyelah, tak ya risau.
Wassalaamu…
–> AMIN…orang yang makan sampai licin tu tandanya ORANG YANG BERSYUKUR dengan NIKMAT TUHAN…dia adalah MUSUH SYAITAN sebab syaitan jer yang makan tak habis dan suka membazir ni….so syaitan cukup anti kepada orang selalu licinkan makanan dia….haha….so, TAHNIAH kepada AMIN sebab anda memang seorang yang SENTIASA BERSYUKUR dengan nikmat kurniaan ALLAH…orang yang bersyukur ini, insyaALLAH rezeki dia pasti akan murah….ALLAH akan lipatgandakan lagi dan lagi….so, tabiat melicinkan makan tu sangat bagus kerana ia terhindar dari pembaziran…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya bersetuju dgn saudara AMINold FADZLANegger
saya salah sorang yg mcm saudara ketika makan
sebab memang dah terlatih supaya tidak membazir
tidak kira sedap ataupun kurang sedap makanan tersebut
tak ada salahnya jika ada yang lain sebegini cara makannya
sy sendiri sebagai perempuan kekadang terlintas malu jika digelar kuat makan namun semua tu hanya datang dari mulut manusia
yang penting niat kita sendiri
Aithrez…
saudara mempunyai tabiat pemakanan yang bagus iaitu, TIDAK MEMBAZIR!
saya rasa sikap tidak suka membazir ini adalah sangat bagus untuk dipraktikkan.
kerana hanya orang yang tahu bersyukur saja yang tidak sangggup untuk membazir.
justeru, sikap tidak membazir makanan yang saudari miliki itu harusnya dipuji
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam & hi.
Yer la…mmg btl ttg cara mkn tu…sama pd diri sendiri…heheh
Salam Mila…
mila punya cara makan macam mana?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…bgusnye dpt info br. Panduan yg berasas. Lps ni dpt tilik cr org mkn pulak…:-)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]