Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKewangan Dan Cara Mengawal Perbelanjaan.
- Tips kewangan dan Tips Berbelanja.
Mari ubah minda anda dengan konsep lama menggunakan buku 555 sebagai salah satu cara mengawal perbelanjaan harian anda. Biasanya buku 555 digunakan untuk mencatat segala hutang/hutang berbayar (cara orang lama la), tetapi hari ini kita ubah sikit paradigma dengan menggunakan buku 555 sebagai ‘tool’ perbelanjaan harian kita. Catit segala perbelanjaan harian kita di dalam buku 555 tersebut dengan penuh displin dan konsisten. Bermakna, setiap sen yang keluar dari poket perlu dicatat. Dengan cara ini kita dapat mengawal aliran keluar kewangan dan perbelanjaan kita secara berkesan dan terperinci. Cara ini juga, kita dapat mengesan segala kebocoran kewangan kita seharian. Bahkan kita juga dapat mengelakan dari kesilapan dalam membuat perbelanjaan. Oleh itu, anda akan sentiasa tahu status kewangan anda.
- Rancang dengan teliti.
Jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya TV LCD 42” berharga RM4,500.00. Apa yang patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM450.00 hingga cukup jumlahnya RM4,500.00 baru anda beli. Tidaklah lama sangat, cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika anda berhutang anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan dicampurkan pula dengan jumlah interest, di sini anda akan rugi banyak wang. Di samping itu, ia akan menambah urusan atau menyibukkan diri anda setiap bulan untuk pergi ke bank atau “kot maut” (pinjaman tanpa cengkeram).

- Tips penggunaan kredit kad
Sebenarnya anda hanya perlu ada satu Kad kredit sahaja sebagai kemudahan “tool” dalam kewangan kita. Jika anda mempunyai dua atau tiga Kredit Kad, sebenarnya anda telah buat silap untuk menjerat diri anda sendiri. Oleh itu tutup dua Kad kredit yang selebihnya itu, sebelum masalah hutang anda menjadi beban kepada diri anda. Kesilapan menggunakan kad kredit boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, ini disebabkan kadar faedah bagi hutang tersebut sentiasa naik. Dan jika anda bayar sedikit (lebih dikenali sebagai minimum payment) sahaja, kemungkinan besar anda hanya membayar jumlah kadar faedah-nya sahaja, tidak termasuk hutang sebenar (hutang pokok).
Cara yang selamat menggunakan kad kredit ialah dengan menggunakan satu kad kredit sahaja, bila anda berhutang dengan mengunakan kad kredit, anda perlu cepat-cepat bayar penuh semula jumlah hutang tersebut. Adalah lebih baik bayaran penuh dilakukan semula dalam masa 20 hari (anda perlu mahir dalam tarikh seperti “Statement Date”, “Due Date” Dan “Cooling Period”) untuk mengelakkan anda dikenakan interest ke atas jumlah hutang yang dilakukan. Jika nilai had kredit RM5,000, pastikan jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja RM4,000 sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh sebulan. Jika tidak mampu, lebih baik jangan cuba-cuba mengunakan kad kredit sebagi alat untuk anda berhutang.
Anggaplah kad kredit itu hanya sebagai kemudahan, nilai yang ada bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika silap langkah anda akan menanggung masalah yang berpanjangan di masa hadapan.

- Elakkan dari berhutang.
Elakkan diri dari menambah hutang yang sedia ada, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri. Untuk makluman anda, adalah merbahaya sekiranya 40% dan lebih daripada pendapatan kita terpaksa diagihkan untuk membayar hutang.
Sebagai contoh, jika gaji anda RM3,000,00 tetapi setiap bulan dan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, di mana gaji bersih selepas tolak hutang hanya tinggal RM900.00 sahaja. Ini bermakna anda telah menggunakan lebih 70% duit gaji anda hanya untuk membayar hutang sahaja. Bagaimana dengan duit makan anda? Keperluan harian anda? Bagaimana pula dengan bil-bil bulanan anda? Bagaimana pula sekiranya berlaku kecemasan? Inilah sebabnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Alangkah bahagianya sekiranya gaji anda RM3,000.00 itu tidak diagihkan untuk membayar hutang. Maka, Tepuk dahi tanyalah hati…
Ada juga individu yang sekadar suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon adalah RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran dicampur kadar Interest 5.85% selama 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Di sini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu, lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5,000.00 anda boleh berbelanja RM1,000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4,000.00 lagi. Kan bagus bagitu…. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5,000.00 kembali dan buat penambahan simpanan untuk kegunaan seterusnya.
Masa depan anda, anda yang pilih.
Maka, pilihlah jalan terbaik untuk diri anda demi masa depan yang sempurna.
Artikel diterima dari email yang diforward oleh Hazradji (hazradji@gmail.com)




















Assalaamu…
Wahai sekalian para pembaca setia PHT & pasukan serta empunya web PHT yang SeKalimah dengan hamba lagi Budiman-Budiwati serta dihormati juga disegani.
BERJIMAT-CERMAT NESCAYA SELAMAT.
Ada seorang hamba ALLAH tu berpesan kpd hamba berkenaan bab2 saving duit ni. Katanya seelok-elok peruntukan saving kita (personal/family saving) ialah separuh (50%) dari clean income kita. Kalau tak mampu, maka jadikannya 1 per 3. Kalau tak mampu juga, sekurang-kurangnya 1 per 4 (suku/25%) dari clean income kita.
Maksud beliau itu ialah, jika kita bergaji sebulan RM4k & pasangan kita bergaji RM2k, maka kita hendaklah & biasakan hidup dgn gaji RM2k & partner kita RM1k. Jadi, kita perlu menganggap bahawa kita hanya ada income bersih sebulan RM2k & partner RM1k, jumlah income serumah RM3k. Bakinya tu terus straight direct go to saving.
*Dan antara salah satu Saving yang terbaik & paling berisiko rendah ialah ASB.
*Kalau nak ambil loan rumah, ambil & request loan dgn calculation rate income RM2k atau RM3k (combine), BUKAN dgn calculation rate income RM4k atau RM6k!!!
*Jika nak ambil loan kereta, sama spt di atas juga.
*Dan seterusnya loan2 lain juga spt personal loan, house renovation loan dsb.
Ini adalah kerna, pesannya bahawa hidup kita ini umpama putaran roda. Ada masa kita berada di puncak teratas (era kemewahan/kegemilangan) kita. Ada masa berada di pertengahan (era sederhana) kita. *Dan ada masa kita berada di posisi paling terkebawah (era gawat/jatuh merudum lagi tersungkur) kita.
Masa kita berada di on top, memang ramai kawan-kawan kita. Bahkan orang yang kita tak kenal pun, mereka dakwa mereka adalah kawan kita & kenal kita.
Masa di pertengahan, hat ramai kawan tu dah tinggal separuh je.
*Masa jatuh terjunam tu, kawan2 yg still dgn kita boleh kira dgn jari je!
Apa yang cuba hamba utarakan di sini ialah biasakan hidup bersederhana atau juga bersusah-susah sedikit. Supaya bila ketibaan detik jatuh merudum kita, maka sekurang-kurangnya takla rasa berat sgt impact dia tu. Boleh lagila bernafas. Kalau yg jenis terlalu biasa dgn posisi on top tu, bila sekali terjunam, maka tentunya impak yg dirasainya begitu berat sekali, silap2 hingga menghadapi depression/kemurungan, perlu jalani sesi kaunseling terapi skizofrenia, bahkan boleh terus juga masyuk Tg. Rambutan, Tampoi dll.
Dan lagi, supaya apabila kehadiran era gawat/kecemasan/darurat kita, kita boleh survive juga buat satu jangka masa tertentu, dan tidaklah perlu memohon bantuan dari orang2 lain & meminta/meminjam wang dari ahli keluarga, sanak-saudara, rakan2 & paling penting loan2 bank & loan2 ALONG!
Prinsip & Falsafah yang dipegang dgn sangat kukuh ialah “Biar Diri Sendiri dan/atau Keluarga Sendiri yang Susah, asal Susah kita itu tidak meyusahkan pihak third party & menjadi beban kpd mereka, hatta walau ahli keluarga, sanak saudara & darah daging sendiri.”
Sekian sahaja mafhum yang ingin hamba sebarkan. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua.
Wassalaamu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]