Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAnda selalu bersedih? Tertekan? Tidak gembira? Tidak ceria? Baca dan hayatilah kisah ‘Seorang guru sufi dan anak muridnya‘ di bawah ini. Semoga kisah ini memberikan motivasi dan semangat kepada anda dalam mengharungi segala permasalahan yang menimpa dalam hidup anda.

Seorang guru sufi berbicara dengan anak muridnya yang sedang dirundum kegelisahan. Anak muridnya itu selalu nampak kusut dan tidak ceria. Lantas guru sufi itu bertanya kepada muridnya ;
“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah2 dan menggembirakan di dunia ini? Ke mana perginya wajahmu yang ceria? Tidahkah kamu seorang yang bersyukur?” sang guru bertanya.
“Syeikh, kebelakangan ini hidup saya penuh rintangan dan masalah. Amat sukar bagi saya untuk tersenyum seperti selalu. Masalah yang menimpa saya bertindan-tindan, lepas satu, satu masalah yang timbul.” jawab sang murid.
Sang guru tersenyum. “Nak, ambilkan segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kepadaku. Biar aku cuba tolong kamu menyelesaikan kekusutan hatimu.”
Si murid pun pergi mendapatkan segelas air dan 2 genggam garam seperti yang dikehendaki gurunya, lalu kembali semula kepada gurunya dengan membawa segelas air dan garam sebagaimana yang diminta.
“Sekarang, ambil lah segenggam garam itu, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang guru, “setelah kamu masukkan garam itu, kacau dan kamu minum airnya.”
Si murid tadi lantas mengikut segala apa yang dikatakan oleh gurunya dengan harapan masalahnya akan selesai. Wajahnya menjadi berkerut sekali menahan kemasinan air garam yang diminumnya.
“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.
“Sangat masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih berkerut.
Sang Guru tersenyum lagi melihat wajah muridnya yang mengerut kemasinan.
“Sekarang kamu ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke sebuah denai sungai yang berdekatan dengan tempat mereka berbual. “Ambil lah segenggam lagi garam yang kamu ambil tadi, kemudian cuba kamu lemparkan ke dalam denai sungai ini.

Si murid mengikut arahan gurunya dengan patuh, lantas menaburkan baki segenggam garam yang ada masuk ke dalam denai sungai. Rasa masin yang terlekat di mulutnya lantaran minum air garam tadi masih belum hilang. Dia rasa ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya itu, tapi tak dapat dilakukannya lantaran rasanya rasa hormatnya pada gurunya. Ia adalah amat tidak sopan meludah di hadapan guru dan mursyid, begitulah fikirannya.
“Baik sekarang, cuba kamu minum air denai sungai ini.” kata Sang Guru sambil mengarahkan muridnya agar mencari batu yang rata di tepi denai untuk menceduk air dari dalamnya.
Si murid menangkupkan kedua belah tapak tangannya, lantas menceduk air denai sungai itu menggunakan kedua belah tangannya itu. Murid itu kemudian meneguk air yang diceduknya dari denai tersebut. Tatkala air denai yang sejuk dan segar mengalir masuk ke kerongkongnya, Sang Guru pun bertanya kepadanya, “Bagaimanakah rasanya?”
“Amat sejuk dan segar sekali, yaa syeikh” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya.
Memanglah sejuk dan segar, denai sungai ini berasal dari aliran sumber air dari atas kawasan gunung. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Maka sudah pasti, air denai itu begitu segar dan dapat menghilangkan rasa masin yang melekat di mulut murid itu.
“Adakah kamu dapat rasa masin garam yang kamu taburkan tadi?”
“Eh ha’ah la, tidak rasa masin langsung,” kata si murid sambil mengambil air dan cuba merasinya sekali lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikan gelagat anak muridnya itu.
“Nak,” kata Sang Guru setelah beberapa ketika. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang dan tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kamu alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadarkan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini sudah ditetapkan ujian dan dugaan yang sedemikian. Tidak ada seorang pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari ujian penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, termanggu mendengar kata-kata gurunya.
“Tapi wahai anakku, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu adalah sangat tergantung dari besar mana hati atau qolbu yang menampungnya. Jadi anakku, untuk tidak merasa derita dan bermurung durja, janganlah kecilkan hati dan jiwamu jadi seperti segelas air itu. Sebaliknya besarkan hati dan jiwamu menjadi seperti denai sungai yang mengalir.”
Tamat cerita.
Pengajaran : Tidak guna kita terlalu bimbang dan khuatir tentang masa depan yang belum kita ketahui. Sebaliknya adalah lebih baik kita menumpukan perhatian kita kepada apa yang berlaku ketika ini. Hadapilah segala dugaan dan rintangan dengan tabah dan tenang. Dunia ini dunia ujian. Allah hanya mahu melihat sejauh mana hambaNya dapat taat segala perintahNya dalam apa jua keadaan dan situasi.
REDHA & SABAR lah dalam menghadapi sebarang rintangan! Selamat berjuang!



















panduan yang bagus. boleh apply nih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Yaa…apabila diri ditimpa musibah dan ujian,
terasa sedih dan kecewa tertekan.
ingatlah kisah ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
baik utk motivasi diri
—> semoga ianya sikit sebanyak memberikan manfaat kepada kita semua..amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kisah ini sgt menarik dan ia dpt mberi motivasi pd sy memandangkan sy sekarang dlm kesedihan..
FAIRUZ…
dalam kesedihan? kenapa? putus cinta?
sabarlah…dunia ini dunia ujian…
ada masa kita gembira…ada kalanya juga kita berduka…
langit tidak selalunya cerah.
kadang2 mendung datang jua.
tapi yang pasti…mendung bukan berpanjangan.
selepas mendung, pasti cerah kembali.
jadi, tak usah gundah, tak usah gulana…
semuanya akan menjadi seperti sediakala…
tabahkan hati, kuatkan jiwa,
teruskan hidup dengan ceria.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sy pun byk masalah..rasanya dah terlalu byk sy terima..tp bila kita tabahkan hati..org tu tgk sy x membalas lg di buat perangainya…makin hari makin teruk..smp xtau tahap mana sy leh terima n sabar lg..maksud sy pngai rakan seperjabat..ada saper2 leh bg nasihat?
Bloodryne…
kita tak mampu untuk kontrol orang punye perangai.
apalagi nak ubah perangai diorang.
tapi kita boleh kawal perasaan kita.
jadi belajarlah untuk kawal emosi dan perasaan kita sebaiknya.
jangan sekali2 terkesan dengan perangai orang lain.
biaq pi la diorang nak buat apa pun.
tapi kita tetap maintain cool dan rileks jer..
makin diorang ejek/kutuk kita…kita makin cool dan rileks.
seolah2 apa yang dioragn buat, langsung tak mendatangkan apa2 kesan pada kita…
seolah2 diorang tu tak wujud pun…
haaa kalau kita berjaya kawal perasaan kita macam tu…
maknanya kita dah menang…
tapi kalau kita terkesan atau ada respon walaupun skit pada perbuatan diorang.
maka diorang akan lebih menjadi2 lagi…
kita yang akan tertekan lama kelamaan…
jadi, kesimpulannya ialah…
ABAIKAN SAJA PERBUATAN DIORANG TU!!!
kita buat cara kita jer…sentiasa cool & rileks gitu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih kisah teladan n tip yang sangat berguna dalam menghadapi masalah…salam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SAlam…senyum sokmo …
arigato gozaimasu pakar..
bila hati sedih..kecewa..mesti rasa tertekan..
..rasa nak nangis jak….
ntahlah “cengeng”..barangkali hihiiihihi..
tapi pas nangis..baru rasa lega…huhuuu
yg penting kesedihan jangan simpan di dada..tak da sudah nya…
luahkan segala yg terbuku..
hargai apa yg ada.. itulah tanda kita bersyukur..
nikmati hidup..semanis senyuman..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]