Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Assalamualaikum semua. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog PakarHowTo. Didoakan semoga hari raya kali ini memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memohon kemaafan daripada anda semua sekiranya ada salah silap sepanjang saya dalam mengendalikan blog PakarHowTo ini.

Kepada mereka yang sudi menghantar email ucapan Selamat Hari Raya kepada saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. InsyaAllah saya akan cuba balas kesemua email yang dihantar dalam minggu ini. Harap bersabar. :)

Baiklah, bagi memulakan entri blog pakar di bulan raya ini, marilah kita sama-sama membaca dan mengambil pengajaran daripada artikel terbaru yang saya paparkan ini. Artikel kali ini adalah mengenai ‘Panduan Menangani Karenah Isteri Merajuk’. Semoga ada manfaat.

Assalamulaikum Ustaz,

Maaf kerana menganggu, saya sebenarya memepunyai masalah dengan isteri saya. Saya tak tahu apa punca nya yang membuatkan beliau enggan bercakap dengan saya (merajuk). Saya dah banyak kali mintak maaf tapi dia tidak hirau kan malah makin teruk jadi nya.

Keadaan ini dah berlanjutan selama satu bulan lebih, dan saya cukup tertekan dengan tingkah laku beliau. Apa yang membimbangkan saya ialah kadang2 beliau melepaskan kemarahannya pada anak sulung saya (anak kedua on d’ way).

Oleh sebab tak tahan dengan tekanan ini saya telah menceritakan hal ini kepada ibu nya dan beliau menyuruh saya banyak bersabar, tapi sebagai insan biasa kesabaran saya pun ada batasnya. Buat pengetahuan ustaz, ini bukanlah kali pertama isteri saya bersikap begini, tahun ini saja sudah 2, 3 kali tapi beliau akan kembali normal selepas seminggu.

Saya sudah cuba banyak kali untuk bertanya padanya apakah dosa saya pada dia sehingga saya diperlakukan sebegini rupa namun beliau hanya diam dan masam tanda marah. Saya hanya bersabar demi anak saya yang bakal lahir tak lama lagi.

Tolong lah Ustaz, apakah yang harus saya lakukan dalam situasi yang saya tak tahu salah saya dimana demi mengembalikan sinar ceria dlm rumah tangga kami.

menangani karenah isteri merajuk

menangani karenah isteri merajuk

Jawapan

Waalaikumusalam.

Saudara,

Saya dapat simpulkan kes yang sedang saudara hadapi ini kembali kepada isu komunikasi antara saudara dengan isteri. Antara sebab-sebab yang boleh saya rumuskan daripada kes saudara ini:

1. Kurang Memahami Sifat Antara Satu Sama Lain.

Antara personaliti wanita, kaum hawa atau isteri kadangkala tidak suka menyuarakan ketidak puasan hati mereka, tetapi pada masa yang sama mereka mengharapkan si suami memahami ketidakpuasan hati mereka.

Isteri akan merasa kecewa jika suami tidak faham apa yang mereka inginkan, sedangkan suami atau kaum lelaki perlukan penjelasan atau mengharapkan sifat terus terang dari isteri bagi mereka perbaiki kesilapan atau kekurangan mereka.

2. Keadaan pre natal depression

Sikap isteri diburukkan daripada kesan tekanan akibat kehamilan. Ini membuatkan emosi isteri terganggu dan merasa cepat marah.

Apa yang boleh saudara lakukan ialah:

1. Empati

Saudara cuba letakkan diri saudara dalam keadaan isteri yang mungkin sekarang ini dalam keadaan tertekan emosinya disebabkan kehamilan dan pada masa yang sama memendam perasaan akan kesilapan yang mungkin saudara ada lakukan sehingga membuatkan beliau benar-benar tersinggung.

Dengan ini, kemarahan saudara akan menjadi reda dan timbul rasa kasihan dan prihatin pada isteri.

2. Muhasabah

Cuba saudara lakukan muhasabah atau refleksi diri. Apakah kesilapan yang mungkin saudara lakukan jika ada. Contohnya, kurang masa bersama isteri, banyak masa dihabiskan di tempat kerja atau keluarga sebelah saudara. Atau mungkin juga terlupa hari-hari istimewa seperti Hari Lahir atau ulang tahun perkahwinan.

3. Berterus Terang

Anda terpaksa mengalah dan minta beliau berterus terang dan tanyakan apakah isu yang menjadi keprihatinan isteri. Jelaskan kepada beliau, jika beliau tidak berterus terang tiada apa yang boleh saudara lakukan untuk memperbaiki segala kesilapan yang mungkin ada.

Jelaskan juga kesilapan beliau dalam menghalakan kemarahan kepada anak yang tidak bersalahjuga tidak dapat menghuraikan isu yang dihadapi.

4. Bermusyawarah

Anda dan isteri perlu duduk berbincang dan bermusyawarat. Perkara ini perlu ditekankan pada isteri. Elakkan daripada mencari kesalahan masing-masing kerana ia tidak dapat menyelesaikan hubungan dingin saudara seuami isteri.

Dapatkan persetujuan bersama dalam perkara-perkara berikut sebelum bincangkan langkah-langkah yang boleh perbaiki hubungan anda suami isteri. Antara perkara yang perlu dipersetujui bersama seperti :

  • Komunikasi penting dalam rumahtangga.
  • Perselisihan boleh merosakkan hubungan dan anak yang menjadi mangsa keadaan.
  • Pendam perasaan tidak dapat huraikan kekeruhan.
  • Perlu duduk berbincang untuk jernihkan keadaan.

Saya rasa itu sahaja buat masa ini yang boleh saudara lakukan. Cuba dan maklumkan pada saya jika terdapat sebarang perkembangan.

Oleh : Al Faqeh (tokfakeh@gmail.com)

Artikel lain yang best-best :