Aug 10
Kongsi artikel ni di FB

Bagi menunaikan permintaan Saudara Junaidi yang bertanyakan tentang panduan memberi nama anak, maka saya kongsikan artikel ini. Semoga artikel ini menjadi rujukan kita bersama. :)

Panduan Memberi Nama Anak.

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

  • 1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang.

Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

  • 2) Waktu memilih nama.

Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

  • 3) Siapakah yang berhak memberi nama?

Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

  • 4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya.

Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

  • 5) Pilihan nama yang baik.

Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

  • 6) Contoh nama-nama yang digemari syarak.

Sepeti berikut ;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’,
seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

  • 7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram.

Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah,
kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama:
Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain,
dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang,
seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas
(Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

  • 8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh.

Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi,
seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib),
Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu,
contohnya: Fatin !!! (maksudnya Penggoda). * Nama Fatin ni
orang-orang Melayu kita cukup suka…kenapa yer?
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat,
contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan
yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama)
dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan
seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini
(Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf
dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada
zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti:
Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

  • 9) Menukar kepada nama yang baik.

Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak.
Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud.
(http://abuumair1.wordpress.com/)

Korang bagaimana? Ada apa-apa nama best yang korang fikirkan untuk diberikan pada anak-anak korang nanti?

Artikel lain yang best-best :

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , ,


25 Responses to “Panduan Memberi Nama Anak”

  1. 1. SPB Bersama STM. Says:

    Salam Isnin.

    Indeed.

    Pepatah Melayu sering menyebut:
    Gajah mati meninggalkan Tulang.
    Manusia mati meninggalkan Nama.

    Nama juga merupakan suatu trade-mark yang terbaik bagi setiap individu itu agar mudah diingati/di’recognize’.

    Sebagai tambahan, maka adalah lebih Afdal, apabila kita ingin memberikan Nama pada keturunan-keturunan kita, kita lakukan Amalan Solat Sunat Istikharah, untuk memperolehi hasil jawapan & keputusan yang Muktamad lagi Terbaik, Insya’ALLAH.

    Dan juga sebaiknya, kita letakkan, yakni masukkan sekali di awal/depan Nama waris-waris kita ini, dengan Nama “Muhammad” terlebih dahulu, kemudian barulah Nama betul/sendiri/yang kita ingin berikan pada anak-anak kita ini.

    Cth: Kita ingin namakan anak kita Abu Bakar, Umar, Usman, Ali (Pergh, Nama Khalifah2 Ar-Rasyidin tu), maka kita dahulukan/letakkan/masukkan Nama-Nama itu dengan Nama Muhammad Abu Bakar, Muhammad Umar, Muhammad Usman, Muhammad Ali.

    Terkandung dlm sebuah Hadis (yang hamba ada pernah terbaca), Menyatakan Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda, “Apabila kamu ingin memberikan nama-nama untuk anak-anakmu, maka berikanlah pada mereka akan nama-nama yang baik-baik & dahulukanlah setiap dari nama-nama anakmu itu dengan namaku (Muhammad).”

    Kita (orang ISLAM) ini adalah Umat Muhammad SAW, maka amat wajarlah & sangat bertepatan sekali untuk kita dahulukan nama-nama anak kita ini dengan nama Chief/Penghulu kepada Umat kita, yakni Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

    Salam Zahir+Batin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ina Reply:

    kita patut namakan anak kita nama yang pelik nanti anak kita akan dengar kata..sapa saya tak perlu tahu,ina tu bukan nama sebenar..macam herys

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. 2. man Says:

    Alhamdulillah…..
    Ibu-bapa den beri nama den yg senang diingat, senang disebut dan ringkas ja pon….xyah la nk tegeliat lidah nak sebut….

    Dan sdikit info….
    Dlam famili, klau ada anak lelaki, mesti salah sorang ank lelaki tersebut bermula dengan nama Muhammad…cth : Muhammad Mustaffa

    Klau anak pompuan lak, mesti salah sorang kena bermula dengan Nur…cth : Nur Suhaila…..

    Ini semua utk keberkatan….amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ina Reply:

    Nama akak sapa?nak kenal saya doktor bayi

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. 3. surihati_ku Says:

    ASKUM..

    SALAM MANIS UTK SMUA..

    EH, SAYA SOKONGLAH KATA2 MAN TU.
    CKP MAN SEBIJIK MACM CKP MAK SAYA TAU..
    KATENYE POMPUAN ELOK, MANIS LETAK NUR..BG LELAKI PLK LETAK DEPANNYA NAMA MUHAMMAD..

    SETIAP PESAN, KATA2 ORG TUA RUPANYA ADA MAKSUD YG TERSEMBUNYI DALAM AGAM ISLAM..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. 4. SPB Bersama STM. Says:

    Salam Selasa.

    Sekadar Perkongsian Maklumat. Mudah-mudahan bermanfaat.

    http://namanamaislam.com/

    Salam Sentosa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. 5. surihati_ku Says:

    nice

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. 6. ct maliha Says:

    kadang orang kita ni pelik jugak, letak nama anak cantik2 sedap didengar baik maknanya.. tapi dipanggil nama anak tu dengan singkatan je. contoh ‘nurhidayah’ yang membawa makna cahaya pentujuk tapi dipanggil ‘dayah’ je.. kalau sebut penuh pun bukannya payah sangat. nurhidayah ni nama anak saya, saya memang sebut penuh nama dia supaya dia tahu itu adalah namanya dan tak keliru bila dia mula sekolah nanti. dan juga kerana ada seseorang pernah sebut, panggil la nama anak dengan nama penuhnya kerana disetiap nama itu ada rezekinya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ct maliha,
    saya setuju sangat2 dengan awak.
    nama kita biasanya mempunyai makna yang baik,
    ia sebenarnya 1 doa kepada diri kita.
    kalau sebut short form jer…maksud dah lari…
    atau lebih teruk…takde maksud apa2…

    sebab tu lah saya suka orang panggil saya
    dengan panggilan Syukri.
    dan bukannya Keri, Syuk atau Ri jer…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. 7. Cindy Says:

    Hiye, blogwalking from imcurtain.com

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Cindy,
    Thanks for dropping by to this blog. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 8. azlina k Says:

    Awal2 lagi saya dan suami sependapat mengenai nama anak. Kalau anak lelaki saya ingin letak nama Abdul di hadapan nama supaya anak2 bila besar akan ada rasa rendah diri dan merasa diri mereka Hamba Allah.

    Suami pula ingin nama2 yg mengikut nama2 para nabi & sahabat.

    So bila dikurniakan anak kembar saya namakan Abdul Rahman & Abdul Rahim- Hamba yg pengasih & Hamba yg penyayang.

    Karektor anak2 saya seperti nama yg diberikan ..Abdul Rahman -pengasih,pemurah ..kalau minta cepat dia bagi.Tak lokek.
    Abdul Rahim-cukup penyayang. Selalu belai, bela adik kalau saya marah, selalu dtg peluk ibu bapanya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ina Reply:

    ayah saya nama dia Abdul Rahim,dia seorang ayah yang bagus…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. 9. hani Says:

    macam mane la ko tau fatin tu maksud die penggoda..aku tengok kawan aku selamba je..tak penggoda pun..cun ade la..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ina Reply:

    hai nama saya jehan nak berkenalan boleh?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. 10. hafizira Says:

    betul jugak yer.. menamakan anak anak dengan nama yang suci, cthnye Islam, dll.. tp hasilnya bila besar anak tersebut perangainya teruk juga, tak mencerminkan langsung nama tu… bagaimana boleh jadi mcm ni yer… cth paling jelas di mata saya yg mmg buat rase menyampah ialah artis yg ada nama Islam ni.. (sape kenal okla)… tensen je tgk dier…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ina Reply:

    kak hafizah,apa yang kak hafizah ckp tu betul.Kawan saya nama sia mazkuallah tapi perangai macam setan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. 11. Asma' Says:

    mm…bagus panduan ni…
    mmg ngah cari calon nama anak….
    anak sedara….^^

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ina Reply:

    anak sedara nama apa?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @Asma’,
    mm…lum jumpe name y sesuai lagi….ehehe..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. 12. mohd yusri Says:

    salam…
    minta tlong leh x…
    kwn tgh nk cri nme ank…
    skrg ni de bbrp nme yg nk bgi kat anak yg akn lahir…insyaallah bln 7…
    tp x tau sesuai @ x dgn makna dlm islam…

    nama yg nk di beri…
    1) Iqbal Qayyum
    2) Allif Qayyum

    leh tlong trgkan x mksud name ni

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. 13. Hidayah Says:

    Salam:) pe maksud name arisa ye ? Arianna pulak pe ? Huhu nme kwn sy shezri ashraf , pe mksd shezri ue ? Da cari tp xjmpe mksd. .

    Name ag besh lau ad nur @ muhammad kt dpn nye :)

    pe maksud fatinah ? Kwn2 sy ckp mksd dye fitnah,urm tol ke ?

    My 1st baby nt nk ltk name kaseh nur hana , tp lau boy nk ltk muhammad iman muiz . .Boleh bg tau mksud nme kaseh?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Hidayah, salam.apa yng penting nama tu mudah disebut dan tidak sukar utk mengingatinya..

    yang penting maksud nama anda itu biarlah dari nama yang indah dalm pilihan islam dan bukan pada nama2 yang kosong..atau sedap didengar shja..

    nama juga merupakn satu doa buat sipenama tsbut..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. 14. Azlan Says:

    betul ke maksud nama fatin tu penggoda? bukan cantik ke?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. 15. Starts with F Says:

    salam tuan empunya blog.. saya tertarik dgn blog ini and i appreciate ur effort very2 much. however, ada sedikit kemusykilan dari saya berkaitan nama ‘fatin’..
    mengikut ilmu yang teramat terhad dianugerahkan Allah kepada saya, perkataan fatin itu berasal dari kata dasar Arab iaitu fa-tha-na — yg bermakna CERDIK/BIJAK dsb.. maka seandainya tuan lebih arif dan benar fatin itu bermakna penggoda, do enlighten us please.. jika tidak.. elok dipadamkan saja bahagian tersebut kerana bimbang boleh ‘misleading’ org lain..
    Wallaahu ‘alam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Why ask?

i3Theme sponsored by Top 10 Web Hosting and Hosting in Colombia

Switch to our mobile site

העלאת תמונות