Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB** Makluman : Kepada mereka yang menghantar komen, saya dah balas komen2 tersebut pada komen yang anda tuliskan…sila semak balasan saya pada bahagian bawah kandungan komen yang anda hantarkan …terima kasih atas komen anda dan kami memang sangat menghargai setiap komen yang diberikan . TQ **
————————-
Baru-baru ini, saya ada menerima email dari adik no 9 saya iaitu Cikgu Masri (salah seorang krew Blog PakarHowTo.Com ini) , mengatakan dia ditimpa ujian…oleh kerana ada sedikit pengajaran/ilmu(jampi hilang barang) yang dikongsikan dalam email tersebut, maka saya kongsikan dengan anda di blog ini…
Cikgu Masri
Untuk mengekalkan keaslian ceritanya, maka saya ‘copy & paste’ kan beberapa perenggan kandungan email yang dihantarkan oleh Cikgu Masri tu kepada saya. Semoga kita sama2 ambil iktibar atau pengajaran daripadanya…
Berikut ini adalah kandungan email Cikgu Masri kepada saya…
—————————————————————————————-
td sebelum jumaat, koi tido jap. tengah lena tidur tu, rupanya ada org masuk rumah koi…member2 koi yg lain ada kat atas.. koi kat bwh. koi bangun je dari tidur, koi tengok handset, laptop and duit koi dah lesap…
adusss tersengeh kerang je la koi masa tuh.. bak kata lagu TooPhat tu la “ku pasrah ku akur 786 alhamdulillah syukur”
tak sangka ada org berani masuk rmh org siang2 buta n masa ada org dlm rumah plak tu…berani betul pencuri zaman skrg ni yek..

apa2pun…moga2 ia menjadi asbab ALLAH ampun dosa koi… dosa koi banyok weihhh…pencuri tu, kalo dia betul2 perlu duit xpe la.. kira sedekah jer laa…
tp kalo dia saje2 je, atau mmg dia kuat mencuri koi doa dia cepat2 tobat la…pastu pandai2 la dia menjawab di akhirat nnt ye dak.. hehe
pengajarannya yang koi dapat:
- mudoh je kalo Allah nak tarik nikmat
- baru tahu rupanya xde apa2 dlm dunia ni yg kita punya hatta diri kita sekalipun
- dunia ni kan mainan dan senda gurau
- bila jd gini, ada aktiviti muhasabah sikit.. kalu tak hanyut je la..
ye dak?
Oleh kerana koi hilang barang ni, koi dpt Doa Apabila Kehilangan Sesuatu…
“ALLAHUMMAKHLUFNI MINHA..” (ni syeikh Jai dpt dari maulana razak)
doa ni pendek je tp insyaAllah berkesan..
lepas baca doa tu…mintak kat Allah;
“Ya Allah kalo yg hilang tu bermanfaat buat aku, kembalikanlah. kalau x, kira sebagai sedekah je atau gantikan dengan yang lebih baik…”
gitu….
dek kerana koi ilang barang ni….sekurang2nya….dapat koi tambah ilmu (doa hilang barng ni)….dak gitu?….hahaha
————————————————————————————-
* Nota : ‘koi‘ tu maksudnya ‘saya‘ dalam loghat pahang (jerantut/temerloh)

Sekian, semoga kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah benar adik saya ni. Dan bolehlah amalkan doa/jampi yang diajarkan itu.



















Assalaamu’alaikum w.b.t.
Alhamdulillaah. Terima Kasih hamba ucapkan kpd abg Cikgu Masri & Tuan Empunya Web. Dapat tambah lagi satu Ilmu yang bermanfaat.
Maaf, hamba ada pertanyaan Urgent! Adakah maulana Razak itu adalah merupakan salah seorang dari Waris Pendekar Pahang, Allahyarham Mat Kilau???
Dan kpd Tuan Empunya Web, adakah sama Maulana Razak yang dimaksudkan oleh abg Cikgu Masri tu dengan abg Razak yang hamba mentioned dalam Email Peribadi yang hamba sent recently???
Dan berkenaan Artikel Rahsia & Amalan Mat Kilau tu, kalau x silap ada 4 amalan Ilmu kesemuanya iaitu amalan untuk Kebal (Bismillah Lam Zat Kam…), Limunan@Ghaib (Wa Atbaaka Palaka…), Untuk Kuat & Gagah (Hai Besi Putih…) & Pendinding Diri & Meringankan Badan (Khursani Menggantikan Diriku…), adakah Tuan Empunya Web atau abg Cikgu Masri perolehi dari Maulana Razak@Abg Razak juga???
Dan adakah beliau (Maulana Razak@Abg Razak), memberikan pengijazahan umum kpd kita, yakni adakah beliau memberi keizinan untuk kita beramal dengan keempat-empat Ilmu tersebut???
Dan kalau benar diizinkan oleh beliau, berkenaan Ilmu Limunan tu, kalau kita beramal & jadi (Ghaib), bagaimana pula caranya untuk kita muncul@nyata kembali??? Kena tahu juga, karang naya ja terus ghaib seumur hidup, kehkehkeh.
Maafkan hamba atas pertanyaan panjang lebar ni. Maklumlah, apabila kita tidak tahu@pasti tentang sesuatu perkara tu, maka kita kenalah bertanya seboleh mungkin agar kita benar2 tahu, faham & yakin dengan sesuatu perkara tu.
Dan lagi, cerita ni agak tergantung. Bagaimana caranya abg Cikgu Masri tu dpt kembali barang2 kehilangannya tu??? Adakah dengan cara Pencuri tu dtg kembali memulangkannya, atau barang2 tersebut dgn secara tiba-tiba terus muncul@wujud kembali di rumah abg Cikgu Masri tu???
Sekian sahaja.
Wassalaamu’alaikum w.b.t.
waalaikumussalam….AMIN…terima kasih atas komen dan pertanyaan yang panjang lebar ini…adapun, tak dapatlah hamba pastikan samaada Maulana Razak dan Abang Razak yang tuan katakan itu adalah orang yang sama atau tidak….sebab hamba hanya dapat cerita tu daripada adik hamba….apa2pun, nanti hamba cuba pastikan dengan adik hamba tentang perkara ini yer…
atau kalau tuan nak jawapan yang lebih cepat….mungkin tuan boleh kirimkan email tuan terus kepada adik hamba (Cikgu Masri) di hazradji@gmail.com dan tanyakan terus kepadanya yer…
pasal ilmu mat kilau tu pun,….saya tidak pasti adakah ada ‘ijazah’ atau ‘keizinan’ untuk mengamalkannya…tugas hamba hanya untuk berkongsi dan mewar2kan ilmu ini kepada seberapa ramai orang agar semua orang dapat manfaat kalau mengamalkannya… adapun, kalau ada sebarang risiko dalam mengamalkannya…kami tidak dapat bertanggungjawab…
kalau inginkan lebih kepastian tentan ilmu mat kilau ni, AMIN boleh juga pergi sendiri ke PULAU TAWAR JERANTUT dan bertanyakan kepada waris2 MAT KILAU di sana….masih ada ramai waris MAT KILAU di sana….
sekian…harap maklum…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun berpendapat mcm 2…….kalau nak mengamal sesuatu ilmu 2 kena ada seorang gurunya…
yaa Isham…
apa2pun, kita ni memang perlukan guru.
apatah lagi perkara itu melibatkan hal2 amalan agama…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih Cikgu Masri kerana sudi berkongsi ilmu tentang doa jika hilang barang. Tapi bolehkan adik bagi doa dalam bahasa arab tu yang penuhnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sangat bagus..trima kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Askum..
Saya pun hendak mencuba juga.moga-moga kad pengenalan suami saya dapat ditemui kembali. selalu kalu bernazar Insyallah pasti ketemu jua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Baru-baru ni motor kwn sy hilang waktu maghrib..then sy bg doa panduan ni suruh dia dan mak dia buat. Alhamdulillah..pukul 8.30 pg keesokannya mase nk buat statement kt balai polis, motor tu dh ditemui. Polis ckp motor tu ditinggalkan dlm keadaan enjin xmatikan dihadapan sebuah kedai 10km dr tmpat moto tu hilang. Syukur la..jarang org dpt blk motor yg hilang ni.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum.pada tuan punya blog dan pada semua muslimin dan muslimat,sebut perihal ilmu mat kilau ni saya dapat belajar lebih kurang 80% amalan yang di amalkan olih tok mat,ketika itu usia saya sekitar 12-13 tahun sekarang dah berusia 52 th.apa pun ilmu dan siapa pun guru kita ilmu yang kita belajar tergantung pada pengamal nya sendiri,yang penting bagi saya ilmu tidak ada apa2 kuasa menghukum org yang mempelajari ilmu tersebut,kalau terdapat yang sebegini itu bukan ilmu allah atau di panggil juga ilmu putih.dari apa pengamatan kita pada ilmu yang kita belajar atau yang di ajar guru ia nya seperti product multi level marketing yang di panggil killer product,walau pun pada murid2 yang belajar pada satu guru.saya akui bahawa ilmu mat kilau memang ampuh.terutama.pengasih.pelaris,pendinding.ilmu perang.dan juga yang paling killer adalah yang di panggil ilmu KUNCI ALAM ia nya tidak ada doa di dalam mengamal nya sungguh simple tapi tak kenal maka tak cinta paling ampuh.cukup lah baut kali ni saya org baru dlm blog ni nanti ada pulan=k yang kecil hati.PAK DIN (Kuala Lumpur)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yaziz Reply:
July 6th, 2010 at 6:58 pm
@nordin abdul ghani, saya nak belajar blh ke x..sebagai amalan pendinding diri
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]