Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Panduan Mudah Buat Blog!

Sejak akhir-akhir ni, saya memang busy giler. Kerja bertimbun-timbun atas meja. Ini nak kena buat, itu nak kena siapkan. Boss pulak asyik ‘push’ jer, kata yang ni nak cepat, yang tu nak ‘urgent’. Semuanya nak segera.Sampai naik pening kepala aku dibuatnya…huhu.

“Oit boss!! aku ni bukan robot! Bukan komputer. Kepala aku ni ada 1 jer, tangan aku ni ada 2 jer …bukan 4 bukan 10….mana boleh setel semua kerja sekaligus. Satu2 laaa…Aku tengah berusaha keras nak siapkan ni…isskkk…tak menyabor betul…rileks laaa boss…”

Haaa begitulah luahan hati aku ketika ini….huhu

Namun begitu, mental dan fizikal aku masih sedar dan waras. Aku rasa aku masih boleh kontrol perasaan dan emosi aku. Sungguhpun banyak benda nak kena buat dan agak berserabut, namun ‘still under control’. Aku masih positif dan fokus pada tindakan aku. Yang penting, kerja tak perlu tensen2 kan? Buat satu persatu. Buat ikut ‘priority’. Sikit2 lama2 jadi bukit. Kan kan kan?

Berikut ini saya kongsikan dengan anda satu susunan doa dalam Bahasa Melayu, yang boleh kita amalkan sama2, sebelum memulakan kerja atau tugasan harian kita.

‘Print out’ lah doa ini, dan tampal kat meja kerja anda. Sebelum memulakan tugas, bacalah doa ini dengan penuh perasaan dan hati yang tulus, mengharapkan pertolongan daripada ALLAH, semoga semua kerja yang kita rancang berjalan lancar.

Doa ialah Senjata Mukmin!

Berikut adalah petikan doa tersebut ;

“Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan
daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari
kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni
kami.”

“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak
langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari
insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang
kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik
kepada yang lebih baik.”

“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan
kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua.
Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan
untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu.
Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh
keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”

“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa
yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai,
berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam
menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami
tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga
pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan
usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke
dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu
jua Ya Allah!”

“Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan
peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan
dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-
sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh.
Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan ,
kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat-
sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan
membuang masa.”

“Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang
menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami
yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di
mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami
sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”

Klik Sini Untuk Download Doa Ini Dan ‘Print Out’

Aku suka berdoa!

Seelok2nya, doa lebih afdal dibaca dalam bahasa Arab. Tapi bagi orang ‘ajam (bukan arab) macam kita ni, tiada salahnya untuk baca doa dalam bahasa apa2 sekalipun. As long as, kita berdoa dengan penuh pengharapan dan tulus semata2 mengharapkan bantuan daripada Allah SWT. InsyaAllah pasti ALLAH akan kabulkan.

Masalahnya sekarang, ramai diantara kita ni yang tak baca apa2 doa pun sebelum memulakan kerja atau tugas kita. Maka rugilah kita. Sedangkan DOA ITU ADALAH SENJATA BAGI ORANG2 MUKMIN.

Adakah anda ada baca apa2 doa sebelum memulakan tugas? Anda ada doa khusus yang boleh diamalkan sebelum buat kerja? Anda anda apa2 pengalaman baik/buruk berkenaan dengan kesan daripada doa yang anda amalkan? Kongsikanlah dengan semua pembaca blog ini dengan meninggalkan komen di bawah ini yer…. toche toche :)

Artikel lain yang best :