Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Ada beberapa orang pembaca setia blog pakar menghantar email pada saya meminta supaya memberikan panduan bagaimana untuk ‘daftar keluar’ atau ‘unsubscribe’ daripada mailing list blog-blog yang mereka daftar.

Ada juga beberapa orang yang meminta saya mengeluarkan email mereka dari senarai mailing list atau newsletter pakarhowto. Mereka meminta saya melakukannya bagi pihak mereka, sedangkan saya sangat sibuk. Maaf, saya tak dapat nak tunaikan permintaan anda.

Namun, sebenarnya anda boleh mendaftar keluar atau ‘unsubscribe’ dari mailing list saya dengan sangat mudah (jika anda mahu). Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa saja dan hanya dengan 1 klik saja anda dah boleh stop daripada menerima email / newsletter saya.

Jadi, tak usahlah menghantar email pada saya meminta supaya email anda dikeluarkan dari mailing list. Sebab anda boleh buat sendiri dengan sangat mudah.

Baiklah, saya akan ajarkan cara bagaimana untuk ‘unsubscribe’ daripada mailing list saya atau ‘unsubscribe’ dari mana-mana blog yang anda pernah daftar. Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa saja yang anda mahu.

Caranya cukup mudah.

  1. Anda buka inbox email anda dan cari mana-mana email newsletter yang anda terima.
  2. Buka email tersebut.
  3. Scroll down di bahagian paling bawah email dan cari 1 link yang menyatakan link tersebut adalah untuk ‘unsubscribe’ atau ‘stop’ daripada menerima email.
  4. Klik link tersebut.
  5. Anda kini telah mendaftar keluar atau ‘unsubscribe’ dari email list mereka.

unsubscribe newsletter pakar

unsubscribe newsletter 2

Sebagai info tambahan, sila baca artikel yang ditulis oleh Bro Rohaizad mengenai keburukan kita subscribe newsletter orang lain tanpa perancangan.

Klik sini untuk membaca artikel mengenai keburukan subscribe newsletter oleh Rohaizad.

** Anda suka blog ini? Rekemen la blog PakarHowTo ini kepada kawan-kawan yang lain di sini! **


Artikel lain yang best-best :