Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKalau sebelum ini saya berkongsi dengan anda panduan, doa dan jampi untuk berhadapan dengan suami yang panas baran. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel mengenai Panduan berhadapan dengan suami yang panas baran.

Baca, fahamkan dan cuba amalkan selagi boleh. Pastu sebar-sebarkanlah info berguna ini kepada seberapa ramai orang yang boleh.
1. Wujudkan Empati dalam Diri
Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.
2. Alihkan Perhatian
Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.
3. Usah Simbah Minyak ke Api
Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.
4. Buatkan Dia Tersenyum
Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.
5. Bernafaslah dengan Relaks
Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan ‘cerebral cortex’ anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.
6. Kenal Pasti Punca
Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.
7. Berjumpa Orang Ketiga
Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.
8. Berdoa pada Allah
Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.
Sumber : Blog Sofira



















salam,
huhu ..memang susah berhadapan ngan individu yg panas baran nih..
buleh jadi mangsa dera emosional ..
tak boleh lari dari rasa cemas dan bimbang yg amat sangat..
huhu alhamdulillah ,skg perasaan tue dah dapat di atasi..
panas baran ayahku dah berkurang..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 29th, 2010 at 11:49 am
@ocean,
yelajh sb jika kita slap cakap maknanya ia makan diri sendir pula..huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
betul memang susah nak berhadapan dgn individu yg panas baran ni..& bile dibiarkan berterusan boleh menyebabkan masalah emosi..cth nya seperti kanak2yang membesar dalam situasi begini cth nya dalam keadaan family yg kucar kacir, berkemungkinan boleh menyebabkan trauma kerana masalah emosi yg sangat kritikal..eermm..kepada kanak2 yang dimaksudkan itu apakah cara yang paling sesuai untuk mengatasi masalah trauma tersebut? (tiba2 je rasa macam out of topic..hu3)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 29th, 2010 at 11:52 am
@ombak,
salam ombak..
ini adalah pandagan peribadi suri shja..harap ia dapat memnbantu anda.
ajaklah berbincang..slow talk..
sering ingatkan dia bhwa org yg sllu cpt mrh nik kawan yang seangkatan dgn nya adalah syaitan.sb ia dicipta dari api..yang panas..
belajarlah utk munasabah diri..
tika marah bersegeralah agkt wuduk..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
betul..saya ada bf yang panas baran..
tapi masalahnya dia cuma tunjuk barannya dengan yang dia rapat sahaja, termasuk saya & keluarganya..
kadang-kadang tak tahan juga, sebab saya banyak makan hati..
kena banyak bersabar kalau berhadapan dengan dia..
sigh~
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 29th, 2010 at 11:53 am
@ann,
huhu,,klau bloh anda kenalah berhati2 dgnnya.ingat salah ckp nnti boleh bina pd siri anda..
jika kedaan tidk terkawal seperti bergaduh lebam ke, maka perhubngan itu haruslah d lupakan..takut makan diri awak yg terluka d kmudian hari..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
eza Reply:
January 26th, 2012 at 1:17 pm
sy pun ada pkwe yang panas baran…
suka maki hamun, sumpah seranah sy kalau ape yang die nak sy xikut…
semua sy nk bt, ke mana semua sy kena bagitau n yang paling seksa…
asal sy minta kebenaran nak g mana2, mst xboleh…last2 jiwa sy terseksa…
bantu sy atasi masalah nie…sy akan kawen dengan die dalam masa terdekat…sy malu dengan kwn2…sebab sy mcm xbercampur dengan kwan2 dan skrg sebab sy sy xkan dibenarkan keluar dengan sesiapa….
jiwa sy terseksa….ati sy rasa mcm keliru dh sekarang..tiap2 ari sy menangis untuk ilangkan skt ati….bantu sy….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
lelaki selalunya memang ego..dia tidak selalu mengaku bahawa dia lh puncanye..kalu blh isteri lh yng buat salah dan mncetuskan kemarahan dia…kadng2 disbbkn sikapnye sndiri yng mnyebbkn isteri kurang hormat kpdnya..Suami sya kalu dia marah dan sya pula marah balik!! silap hr bulan kena penampang2…tpi kalu sya balas dia dngan sifat lemah lembut dan bersopan santun maka lembut dan cair lh si dia..!!!So sekarang samada kite salah atau dia yng salah maka kite lh yang harus selalu mengalah…( daah nasib badannn!)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mummymaiiii Reply:
July 14th, 2011 at 10:52 am
betul tu goldfinger, isteri nilah yg selalu kena mengalah dan buang ego ni.
Apa yg kita nasihatkan benda baik pun, x nak terima… ada sja dolak dalihnya..sabar ajelah.Nyatalah dunia akhir zaman skrg!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
jika kita selalu amalkan petua no 1 tu, insyaALLAH rumahtangga kita akan sentiasa aman samada suami itu panas baran atau pun tak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..mntak dijauhkan dapt suami kategori ni..huk3
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya tgh mengalami masalah suami yg terlalu ego. Dia mahukan saya menghormati dirinya ttp dia x pernah nak menjaga maruah saya sebagai isterinya…dia akan mengherik bila dtg barannya x kira dpn siapa. Sampai bila saya akan terus mengalah merayu padanya…sampai tahap saya rasa x mahu hidup dgn nya lg…tp saya x kuat utk berpisah dgn nya…apa perlu saya lakukan…terus mengalah pada nya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sama cam saya,bahkan baru balik umrah seminggu pun masih ego dan tak boleh dibawa berbincang.bila kita berterus terang mulalah mengamuk tak tentu fasal dan ugut saya bukan2.dah 18 tahun kahwin …..tak boleh terima kenyataan langsung akan kelemahan dirinya.anak2 pun naik meluat tengok.adakalanya saya tertanya dia p umrah cari keredhaan allah atau saja tengok orang p dia pun p.sekarang saya cuma berserah pada allah dan anggap dia cuma dugaan allah yang diturunkan kea atas saya buat sementara,bukan selamanya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam..sy pun ade bf yg panas baran.. tp klu ngan orng lain die mmg baik.. semua orrg suke ngan die.. tp ngan saya nie slalu kena maki hamun… klu nk ikut kan smpi naik tangan pun ade.. sy mmg sedih… boleh katakan setiap minggu akan tido ngan air mata… hubungan kami dah 4 tahun dah… sy pun buntu.. takut sgt.. same ade perlu teruskan lg atau x?? sy takut klu kawin tie mcm2 leh jd….. bile gaduh n putus.. rs sayang n rindu balik.. then kami kawan balik… x tau la ape yg nk jd lg.. mintak kawan2 tlng beri pendapat… tq…
semoga diri sy tenang sentiasa..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
KE Reply:
July 14th, 2011 at 11:48 am
@AwanMendung, Assalam…lelaki yang panas baran ni tidak akan berubah walau macamanapun dia berjanji utk berubah. Jadi, bila dah tahu b/f jenis panas baran, jauhilah dia dan jangan kawin dgnnya. Kalau anda terus juga dgnnya….anda akan jadi isteri yang makan hati, berendam air mata, sentiasa ketakutan dan terpaksa mengalah sampai bila-bila. Good Lucklah utk anda.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Secret Reply:
September 4th, 2011 at 4:09 pm
Btul,sy setuju.simply jgn kwin.mreka x kn berubh.dh smpi ke cucu cicit pun mkin teruk.pls love urself.mmg syg nk tingg,tp awk kna tgk msa dpn.snggup ke awk nk hdpi bnda tu smpi tua?mrka dh mmg diciptakn bersift begiti.jgn ssekali pk mrk boleh dilentur. Betul kta pepatah melentur buluh biar dr rebungnys
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
September 4th, 2011 at 5:10 pm
@Secret,
setuju sangat dengan awak
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
salam…sy nak minx pendapat…bagaimana ek kalau suami yg suke menasihati isteri ngn cara maki2 hamun….sy selalu dimaki hamun andai kate ade slh sy buat…sehingga ade kala die ckp”g jahanam” dan ko mati lg bgs”ape yg ptt sy lakukan???sy sgt sedih bile berhadapan mcmni..bila sy menangis…die hye ckp perempaun hye tau mnangis….sy sygkan suami sy….die pn sy tau syg kan sy…tp bile die mrh …sy xleh tahan ngn ape yg dikatakan….kdg2 sy rs hidup sy ngn die penuh ngn maki hamun….sy bkn nak aibkan suami sy…tp sy xtau ape nk buat….huhuhuhuh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam sume….
sy nk minx pendapat…
sy isteri seorang lelaki yg sgt baran..suami sy selalu tegur sy dgn care maki hamun…sy selalu dimaki hamun lau ade wat slh….adakala sy dimaki “g jahanam…”ko mati lg bgs…”sy sedih sgt..kerana sy sgt sygkan suami sy…dan sy tau die pn sygkan sy…tp sy xtahan bile die maki sy mcmtu….sy selalu menangis..tp tiap kali sy menangis,suami sy xpujuk ttp die akn ckp…’perempuan mmg suke menangis je….kdg2 sy rs hidup sy ngn die hanya dgn maki hamun….ape yg sy perlulakukan???sy hanya pendam je …..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mummymaiiii Reply:
July 14th, 2011 at 10:49 am
sy simpati dgn nasib puan.Mmg pedih hati ble dlemparkan kata2 sedemikian.
Puan amalkanlah doa2 pelembut hati, yg biasanya ditiupkan pada mknan / air. Amalkan juga “Iyya kana’ budu waiyya kanasta’in (Surah Fatihah)” 7X
tiup kat ubun2 suami.Mmg sia2 je klu kita mengadu pd manusia yg x memahami, adalah lbih baik bykan munajat dan doa kpd ALLAH YANG MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI, kita xkan dikecewakan, dari mengadu kat suami respon negatif yg biasa kita dpt.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Secret Reply:
September 4th, 2011 at 4:15 pm
Terima ksih tips tu.sy setuju mengadu pd manusia sia2,especially mak ayah sndiri.mrka akn ketuhkn lg keadaan sja.percya bhwa Allah shja yg boleh bntu kita.perangai baran tu atas izin allah.allah sja yg bethak menatiknya balik atau setidak2nya mudahkan dn beri puan ketabahan meneruskn hidup sbg hmbaNya yv solehah.percya bhwa mnusia ni smntra saja dn ini cuma sedikit ujian dr allah untuk memberikn yg lebih pd kita baik di dunia mahupun diakhirat kelak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
September 4th, 2011 at 5:10 pm
@Secret,
terima kasih atas pendapat yang bernas
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Lara Reply:
November 4th, 2011 at 7:26 pm
rasa bersalah plak nk crita masalah suami sendiri kat org….tp, makin d’simpan dlm hati, semakin bertambah rasa sedih, kecewa dan marah dalam hati….masa bercinta, kami byk hadapi masalah dan dugaan tp, dialah kekuatan sy dan slalu menglah dgn sy…..tp, bl dh kawen nie, sy tgk dia susah sgt nk trima teguran atau nasihat sy wlu pun kdg2…mmg terang-terangan dia yg salah……..sejak akhir2 nie, dh pandai hempas pintu……..campak brg……tunjuk teladan tk bek dpn ank sy……sy sedih sgt…..klu sbelom kawen dulu, sy slalu pertahankan pendapat sy…tp, bl dh jd isteri nie, sy slalu beralah…..sy malu dgn jiran2…….ikut ati, nk ja sy lari jauh2 bawa ank tinggal’k dia……tp, bl pike balik status sy sbg isteri, sy buang jauh2 niat tu……tp, bl sy berdiam diri, sy tgk baran dia makin menjadi2……..nk crita kat family, sy tkt diorg benci suami sy….nk crita kat rakan2 sekerja, sy malu sgt2……..tk tau nk luahkan perasaan sy kat sape….:((
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ema Reply:
January 19th, 2012 at 10:13 am
@Lara,
to lara,
kisah lara mmg sy faham..sbb ema pn hadapi masalh yg sama…ema n husband kwin atas dsar suka sama suka. utk pngetahuan klu ikut faktor pnddidikan n kerjaya, mmg ema lebih tggi dr husband. malah gaji ema hmpir 3 kali ganda gaji husband. spnjang kwin nie ema x pernah nak mnta nafkah dr dia. cukuplah klu dia sggup byw sewa umah yg cuma . tu pun sbb ema yg pujuk dia bayar dgn syarat ema x kan mntak duit nafkah lain. ema mampu bayar tp ema x nak biasakan ema bayar semua sbb kesannya ema tau akn husband x kan tau tanggungjawab dia. tp sjak bbrpa bulan kawin husband jd pemarah n baran n ema tgk dia mmg liat nak tunaikan kewajipan agama. solat pun kdg2 tinggal n slalu liat nak tunaikan. ema risau sbb makin lame ema makin benci pada dia n hilang rse hormat pada dia. ema sedang pregnant n mengalami alahan teruk. penah skali sbb ema muntah2 ble naik kete dia, dia hampir nak baling objek pada ema. Ema x pn x tau nak cerita pada siapa. x mungkin ema akan cerita pada family sbb ema x nak family benci husband sbb 2 akn buat ema lebih sedih..ema tertekan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0