Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Sejak saya menyiarkan satu masalah rumahtangga yang dihadapi oleh salah seorang ‘kawan cyber’ saya tempohari , inbox email saya telah dihujani dengan berpuluh2 email dari pembaca blog ini yang meminta pendapat dan pandangan tentang masalah mereka.
Ingin saya katakan bahawa, saya tidak mampu untuk menjawab semua permasalahan dan persoalan yang anda semua kemukakan. Saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen lain. Saya minta maaf.
Namun, untuk tidak mengecewakan mereka yang telah bertanya, saya bercadang untuk kemukakan masalah yang mereka hadapi itu di blog ini. Kalau saya tak boleh atau tak sempat nak jawab, mungkin sahabat2 pembaca blog ini dapat berkongsi pendapat dan pengalaman kepada permasalahan yang dikemukakan. Bolehkan?
Saya perhatikan, komen2, pandangan2 dan idea2 yang diberikan oleh para pembaca blog ini adalah bernas-bernas dan baik-baik belaka. Semua komen itu memang boleh dijadikan rujukan dan panduan bersama dalam menangani masalah yang dihadapi.
Justeru, saya mengambil kesempatan ini ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada anda semua yang begitu prihatin dan baik hati dalam berkongsi pengalaman dan pandangan.
Semoga jasa baik yang anda semua buat ini, akan dinilai oleh ALLAH SWT sebagai amal soleh dan menjadi bekal pahala untuk kehidupan selepas mati nanti, insyaAllah. amin.
OK, sekian dulu coretan saya untuk bahagian ‘intro’ dalam post pada kali ini. Sekarang saya akan masuk bahagian ‘content’ nya pula.
Baik, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu artikel yang menyentuh berkenaan dengan PANDUAN BERCINTA.
Artikel ini sangat sesuai dibaca terutamanya bagi mereka yang mencari2 cinta, yang sedang dilamun cinta, ataupun yang sedang mengalami masalah cinta. Bacalah artikel ini agar ianya menjadi panduan dan rujukan berguna kepada anda dalam mengejar CINTA SEJATI!!
![]()
Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh “How sure are we that he or she is the right person for us?”
Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati.
Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.
Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Benarkah begitu? Entahlah… saya sendiri kurang pasti.
Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi.Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti.
Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.
- 1. Pegangan Agama
Pegangan agama merupakan perkara utama yg harus diambil berat.Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?
- 2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?
- 3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.
- 4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?
- 5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing 50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga.Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenai wang kocek ataupun elaun.Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai
perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.
- 6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan
yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
- 7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda?Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala “opposite attracts” tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik diantara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.
- 8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!
- 9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja “berkahwin” dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.
- 10. Keperluan Seksual
“Absolutely no testing here!!”. Maksud sebagai keperluan seksual adalah…bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!
Jadi, bagaimana dengan anda? Masih tercari-cari cinta sejati? Atau sudah fed-up dengan cinta? Sudah tak percaya pada cinta? Atau apa…? Ada apa2 komen pasal cinta??





















Assalamualaikum w.b.t.
Ape yg diperkatakan oleh PakarHowTo benar belaka.Cuma Nani nak tambah sikit, Kejujuran, Persefahaman, Bertolak ansur serta saling hormat menghormati perlu ada dalam diri pasangan samada yg sedang bercinta atau akan bercinta..kerana ianya merupakan asas kepada cinta sejati sanggup berkorban apa saja demi org yg dicintai.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
susah nak paham cinta nie bg saya terlalu rumit..
kadang2 org pandai pun blh hilang pertimbangan..
bercinta memang perlukan pengorbanan dan kita tidak boleh terlalu berharap atau bergantung pada pasangan masing2 kerana ia boleh memakan diri sendiri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang betul..bagaiman pulak jika semua yang dikatakan pakarhow to kita x dapat rasa pada pasangan kita sekarang??adakah itu tandanya kita x mencintai pasangan dan x bahagia dengannya??
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya setuju dgn aishah…..andai ini terjadi dan ada insan lain pula yg ”mula mengetuk” pintu hati…..apakah yg perlu dilakukan…tnggalkn pasangan skrg atau disebabkn tanggungjawab, kita terpaksa pendam keinginanan dihati..sesungguhnya hidup ini amat rumit…cumaberdoa dan bertawakal pdNYA sahaja yg mententeramkan jiwa…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
apa khabar pakarhowto, bagi saya masa bercinta sumer indah. semua sanggup nak hadapi bersama. bila dah lalui nya bru tau susah mcmana. hari2 bergaduh jak
pasal hal remeh temeh.
kadang2 pasal susu anak pun boleh gaduh. tapi yang penting bagi saya adalah pegangan agama yang no satu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..terima ksh untuk perkongsian artikel..bg saya saat bercinta ada manis dan pahitnye..bagi kaum hawa jgn mudah terpedaya dgn janji2 manis si adam…kenal dulu latar belakang, sejauh mana ilmu ttg agama dan kemurnian hati nurani seseorang sebelum kita serius untuk menjalani kehidupan bersamanya…ingat rupa paras yang zahir kadang2 boleh mengkaburi mata kita…jgn pilih seseorang kerana zahirnya,tapi pilihlah berdasarkan agama dan akhlaknya..insyaallah hidup kite x kan sia-sia..wallahua’lam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam
Bagus bincangkan hal cinta ini
bukan saja untuk yg belum kahwin tapi yg dah lama pun perlu perbaharui ikatan, kemesraan dan cinta.. Tentu ini lebih sukar. Namun tidak mustahil jika kita lhat yg positifnya. Kalau nak tarik cinta pasangan terutama yg dah lama kahwin perhatikan apa minat pasangan dan ambil berat, bukan semuanya di layan, tapi lebih mudah untuk tambat hatinya.
Walaupun kecil minat tu eg. window shopping , wanita suka dan minta di temani, maka ikutlah dan kalau daah boring, kata nanti jumpa kat foodcourt jam sekian.
Gitu juga jika kita nak pasangan ikut minat kita, pelan2 dan perlu sabar. banyakkan doa, tolek ansor dan beri maaf, forgive and forget, senang cakap je,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
percaya mempercayai juga memainkan peranan penting dalam kehidupan rumah tangga. kerana di era sekarang baik suami atau istri yg berkerja bercampur lelaki dan perempuan. jikalau kita tak mempercayai pasangan kita akan menjadi kegoncangan jika ada pihak yg cemburukan kebahgiaan rumah tangga dengan memburuk-burukan pasangan kita. dan janganlah ada perasaan sak wasangka yg tak menentu terhadap pasangan kita. siasat la dahulu sebelum mengambil tindakan melulu. ikutlah akal yg sehat dan buka hawa nafsu kelay akan merugikan kita juga akhirnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Cinta….
dua perkara….nak menyelit..
1.Kasih – kerna lumrah manusia punya perasaan untuk bercinta,berkasih seumpama untuk kekal menyayangi,mengongsi perasaan sehingga keakhir hayat….”chemistery’ perlu ader sebelum buat keputusan…..kerna kita perlu memperjudikan nasib diakhirnya……..
2.Kasihan – bila dah bercinta,mengasihani perlu,kerna hidup ini ibarat roda,ader gembira dan duka….silih berganti….
“Cinta itu indah,murni dan tulus….cinta adalah anugerah Allah untuk pasangan yang ingin berkasih sayang…bersyukurlah kepada yang memilikinya.
Untuk bercinta tak perlu berpura…kelak diri merana…
Adios~
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum :
Pilihlah pasangan yg sederhana yg mempunyai banyak persamaan dgn diri sendiri maksudnya ada keserasian.
Latarbelakang agama yg baik atau yang sederhana, maksudnya kalau dia kurang pengetahuan agama kita boleh bimbing pasangan kita. Insyallah sama2 mendalami ilmu agama dan mencari keredhaan serta keberkatan daripada Allah Taala.
Sebenarnya utk memilih pasangan hidup sebenarnya susah utk mendapat yg sempurna seratus peratus, pasti ada kekurangan contoh : kadang2 pasangan kita okay tapi keluarga mertua pula tak berapa suka dengan kita sbb mereka ada pilihan lain utk anak mereka.
Pengalaman saya dahulu semasa hendak mendirikan rumahtangga bapa saya membuat sebulan terus menerus solat istikharah dan banyak kali ayah bermimpi suami saya adalah calon yg terbaik utk saya. Mungkin kalau anda hendak memilih pasangan hidup bolehlah lakukan yg sama. Insyallah kalau ada masalah rumahtangga dapat diselesaikan dgn baik dan tidaklah sampai putus di tengah jalan.
Alam perkahwinan mesti ada gelombangnya, oleh itu hendaklah bersabar mengharunginya dan kalau ada masalah boleh minta pendapat orang yg rapat dan boleh dipercayai dan yang paling penting berdoa kepada Allah memohon pertolonganNya.
Wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….
bercinta memang bahagia. kadang2 nasib yang yang di terima oleh setiap pasangan berbeza. ada kalanya panas memang hingga ke petang dan adakalanya belum sampai tengahari atau pun masih pagi lagi hujan dah membasahi bumi. ibarat kata pepatah ” perkahwinan satu perjudian” di mana ada yang bernasib baik atau sebalik nya……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum dan salam ceria pakarhowto,
Bagi firadila cinta kepada Allah dahulu yang lebih penting…
Senyum dan ceria selalu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya setuju dgn kak nani..kepercayaan,kejujuran,hormat menghormati mmg penting dlm sesuatu hubungan.kalo xde kepercayaan,macam mane nk bahgia,kalo asik bergadoh jer..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagus nie untuk yang baru nak kawin,,, hehehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kalau bab cinta punya cerita…. ahh!! tak semudah yang disangka, apatah lagi kalau menuju gerbang perkhawinan… kita sebagai insan biasa ni… sudah tentu perlu pertimbangkan segala-galanya. Jangan harapkan positif je dari pihak pasangan… kita sendiri kena banyakkan positifnya. Dah jadi fitrah manusia bahawa kita ni pelbagi tabiat dan ragam. Walau apapun… jangan lupa bawa dalam doa sebelum pilih pasangan hidup….pasti diberikan petunjuk daripada Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cinta itu sungguh rumit..ada kala indah dan ada kala sungguh sakit..
pengalaman mengajar erti kehidupan…
petua dari saya….biarlah ape yg kita lakukan adalah kerana ALLAH…kita akan rasa tenang dan redha..percayalah
jika kita lakukan mengharap balasan dr suami..kita akan kecewa..dan akan sentisa resah gelisah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
b’syukur pd takdir yg d’tentukn olehNYE…. tp zaman skrg nie semua pandang pada harta..hal agama & kasih syg dh tolak tepi..YYYY? all about money..dunia2..tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sory ye azizul…. duit mmg la penting skrg ni…. sbb ia 1 keperluan…… tapi xyah la berjuta lemon utk nk memenangi hati seorang perempuan… 2 sah prempuan yg pandang duit,harta n pangkat…..
klu perempun 2 betul2 nk kt seseorang jejaka dia x kisah klu laki 2 x kaya sgt….sederhana pn x ape…. tp mesti lah bleh menjamin kehidupan nya slepas kawin… yg penting ada asas agama….. insyaAllah hidup kan bahagia…. :>
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
semuanya benar
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salammualaikum…tp tip ni memang bagus kalau daku praktikkan…bila agaknya erk…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
CINTA…
terima keburukan pasangan dahulu sebelum menerima kebaikannya…jangan terlalu mengharap pasangan kita sangat sempurna dan memenuhi citarasa sebagai lelaki maskulin kita.. wajah yang indah tidak semestinya menggambarkan perwatakan yang baik..lihatlah agamanya,keturunannya dan perwatakannya…terimalah dia seadanya bukan kerana hartanya,rupa parasnya…yang penting ikhlaslah mencintai seseorang…. kepada kaum ADAM janganlah mempersiakan pengorbanan kaum HAWA.
sekian wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam..
Maaf ye,saya setuju dgn azizul..rata2 skrg ni semua pandang pada harta,tak kira perempuan maupun lelaki..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
sy dh berkahwin selama 2 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan yg berusia 10 bulan dan sekarang sedang mengandung anak kedua kami. Sebelum berkahwin sy dan suami berkawan selama setahun.
masalah sy sekarang, sy sering meragui sikap suami sy kerana dia pernah membohongi sy dgn menghantar mesaj kepada bekas teman wanita suami sy dan mengatakan kepada perempuan itu tentang hubungan sy dan suami tidak bahagia dan seolah2 perkahwinan kami dipaksa oleh keluarga. di dalam emel itu juga suami sy ada mengatakan yg dia terlalu rindukan teman wanita dia, mengapa dia sanggup berkata seperti itu sedangkan kami sudah berkahwin?? saya amat sedih sekali dan tidak menyangka sama sekali dia sanggup berbuat sedemikian.
hal kedua suami sy sering melayani perempuan lain dgn menggunakan emel peribadi suami sy dan dia juga sering berhubung dengan kawan perempuan seperti borak (chat) di internet tanpa pengetahuan sy. sy amat sedih bila dpt tahu dari teman sekerja dia tetang perangai buruk suami sy.
Apa harus sy buat??? dalam keadaan sy sekarang amat tertekan dgn masalah seperti ini…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ooo….sabar k pn zara..sabar separuh drp iman..bwak bincang lelok ngn somi..ty nape wat gitu sedangkan puan n somi dh kwen..ty lelok jgn terus serang jew..ok..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ooo….sabar k pn zara..sabar separuh drp iman..bwak bincang lelok ngn somi..ty nape wat gitu sedangkan puan n somi dh kwen..ty lelok jgn terus serang jew..ok..
bgus pnduan ni tuk owg yg nk kwen n baru memulakan hbungan..hehe..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kalo jns laki uka kgkong 2 lak cmne ekk….nk gi mane2 kne gitau..n kalo nk kuar msti x bg..alsan dia syg kt kte akut jd pape bila kte kuar..pa kez lak ni..nk enjoy2 pn x kasi..plzzz kwn2 bg komen..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cinta 2 x smestiny indah !!!
kdang2 ia amat mnyakitkn aty …
tp sblum 2 anda prlu larw ingat , jgn brcinta krna nafsu …
brcinta larw krna aty n prasaan yg lhir hati scra sndrinya …
mmg ktew bleh brkorban utk cinta …
tp jgn smpai anda(kaum hawa)snggup mngadaikn mruah dri kpd si dea !!!
Ingt yek kaum2 hawa ???
yg malu ny prempuan bkn lelaki …
krna martabat prempuan lbih tinggi drpd lelaki …
kuat kn iman n jauhi kn dri drpd prbuatan maksiat …
Sekian , terima kasih …
Waalaikumussalam …
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
“serahkan hatimu hanya pada Allah..pasti Dia akan temukan dgnnya pemilik terbaik”
cintailah apa sahaja kerana Allah..
n redha dgn ketentuanNya..
pasti kamu x akan menyesal
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…saya dah xpercayakan cinta…
coz sudah dua kali saya dipermainkan…
“first love” bagi saya…sekarang stillxleh lupakan dia…
sebenarnya yang ke-2,saya terima dia pun kerana nak mengisi kekosongan hati yang parah..
kejadian ni berlaku bila saya betul2 kecewa ngan “first love” bagi saya,lepas tu..terus msj n contact dia…kbetulan pula ngan besday saya dapat call free…
seminggu saya berborak ngan dia melalui phone…
lepas tu dia terus lamar saya sebagai gfrenz dia…
actually saya betul2 xnak time dia sebab xnak kisah dulu berulang..
saya penat menangis dan menderita….
dia kata klu saya xterima dia nampak sangat dia tu lemah@pun cakap dia kurang sempurna tapi…saya terima dia kerana xbleh bila orang cakap cam tu…maksudnya saya simpati kat dia…
lebih kurang 4bulan lebih jer kitorang bertahan…mcm2 kerenah yang saya dapat..tapi saya xkata saya sempurna….
6 jun 2009 dia menyatakan hasratnya yang “dia kata perjalanan hidup kita masih jauh…”nk tergelak saya dengar tau…dulu sebelum saya terima dia saya kata cam tu gak…tapi bila dia luahkan hasratnya saya lega yang teramat sangat..dia baran jugak la…
cuma buat masa ni saya rasa cukupla dulu ditipu,dipermainkan orang..
kadang2 tu terpk gak nak balas pada orang lelaki tapi saya masih waras…
tanya pendapat kawan bleh ke saya jadi “play girl”
tapi dia kata saya xsesuai…coz perwatakan ala2 warak cikit…tapi saya xkata saya baik n jujurr@sempurna…insya-Allah..saya xkan buat semua tu kerna perasaan dipermainkan orang sangat PEDIH!!
thanks coz sudi send e-mail. ni…
salammm………
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 12th, 2009 at 5:10 pm
@myza89,
hmmm…
saya tak tau nak komen camne pasal masalah awak ni.
tapi, pada saya, kalau nak bercinta,
kena tanya diri dulu…
kita bercinta tu ATAS DASAR APA?
APA MATLAMAT CINTA kita?
kalau sekadar, tengok orang bercinta
dan kita pun nak bercinta,
atau sekadar nak suka-suka dan seronok2…
baik toksah bercinta…
buat tambah dosa saja…
ingat, kalau nak bercinta, ada batas yang perlu dijaga.
jangan main ikut sedap nafsu semata.
kelak teraniaya dan merana…
pada saya, cinta sebenar ialah cinta lepas kahwin.
ramai orang, sebelum kawin bukan main dia bercinta,
berkepit ke hulur ke hilir…
aku sayang kau…kau sayang aku…
aku sanggup mati kerana mu…
aku sanggup buat apa saja keranamu…
pendek kata, semuanya manis dan indah belaka.
tapi lepas kahwin???
bertukar 180 darjah…
yang manis jadi tawar…
yang hangat jadi sejuk…
kalau macam tu…apa makna cinta??
yang bagusnya,
sebelum kawin, jarang berjumpa.
sebelum kawin, biasa-biasa saja.
tapi lepas kahwin…
dialah paling romantik,
dialah paling mesra,
dialah paling penyayang,
saling faham memahami,
saling rindu merindui,
saling sayang menyayangi…
aduh…kan indah bercinta lepas kahwin.
so, kepada ‘myza89′,
tak mengapa kalau tak percaya pada cinta.
insyaAllah lepas kahwin nanti,
pasti dikau akan merasai cinta sejati bersama suami sendiri…
ceria selalu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
purple -orkid Reply:
June 25th, 2009 at 1:19 pm
@PakarHowTo,
tu kalo 2,2 mmg ade perasaan syg..
tp kalo kene kahwin paksa, tak syg gak pas kawen..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
bercinta memang best..
tapi kadang2 ada rasa boring jugak……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum kepada semua..saya ingin berkongsi masalah saya kepada pakar how.bagaimanakah cara untuk saya menguji seseorang lelaki jika dier betul2 mencintai saya..saya takut dier hanya pandai bermain kata-kata sahaja.Jika saya menerima dier,die sanggup bertunang dengan saya dan dier mempunyai impian untuk membina mahligai.Saya tidak pasti dengan perasaan saya terhadapnya,kerana jiwa saya kosong dan masih mencari-cari apakah perlu saya lakukan agar pilihan saya ini adalah yg terbaik untuk diri saya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emm.. hai wak semua…emm aku nak mintak tolong korang nie.. aku bru jew dapat pikat sorang gadis cantik nie.. emm… x sangka lah dari kawan kejap boleh jadi bercinta… dia kerje kat bank.. aku faham lah kalau2 dia btk kenalan kan.. emm.. but.. bulan nie dh nak msuk 4 bulan dh kami bercinta..tpi aku mseh buta dengan kesetiaan nya… tengah2 dating pun hp bunyi.. bukan kadang2.. but slalu.. berkali2… tpi dia x brani jawab… tpi dari segi layanan dia kat aku.. nampak mcm betol2 dia syg kat aku and setia kat aku…lame2 dh couple.. aku skali pun x pernah check hp dia… kerap kali dia cakap aku x mcm b.f2 dia yang dulu.. lain dari yang lain… mcm2 lah pujian dia bgi…but.. 1 day aku nak spot check hp dia… fuhh… rase nak heart attack dh…. msg syg2… hubby2 baby2…melambak2… dia bgi alasan just fren.. emm.. mcm mne lah aku nak percaya… sedangkan dia sendiri yang suruh aku untuk jadi setia.. tpii… sbalik nye.. dia buat sendiri…aku dh nasihat dia byk kali dh.. dia cakap janji x kan curang.. siap dengan sumpah2 lagi… emm..tpi aku sayang dia sgt2… aku byk brubah demi dia… aku cinte sgt2 kat dia… tpi adakah aku patut meneruskan perjalanan cinta ku ini walaupun dia berbuat demikian.. atau.. aku tggl kan dia perlahan2 demi kesenangan hati ini… bukan ape.. aku kerje bermain dengan bahaya.. aku x boleh hilang tumpuan.. kalau aku silap… nyawa aku melayang… emmm… pless aku merayu dekat korang semua.. bagi nasihat yang wajar yang ptut aku lakukan..sbelum aku terlanjur ke alam pelamin….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]