Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSemasa zaman belajar dulu, saya ada seorang kawan baik.
Saya rasa tak perlulah saya dedahkan namanya. Biarlah ia
menjadi rahsia saja.
Kawan saya tu dari segi perwatakannya dan juga sikapnya memang
wajar dipuji. Dia pandai bergaul dengan orang lain. Sangat baik dengan
kawan-kawannya. Dan seorang yang prihatin kepada alam sekitar.
Pendek kata, dia amat mudah didekati dan mesra dengan semua orang.
Cuma ada satu masalah dia. Dia ni liat sikit nak solat. Jangan kata
solat sunat, solat 5 waktu sehari semalam pun dia tak buat. Malah
solat jumaat yang seminggu sekali tu pun, dia hanya buat setelah
diajak berulang kali.

Saya pernah juga beberapa kali tegur dan nasihat dia. Tapi macam
biasa la, dia buat dengar tak dengar jer. Kadang-kadang tu, kalau
kita ajak dia solat, dia hanya senyum kambing jer. Sambil senyum tu
dia boleh cakap pulak kat saya ; “hang sembahyang untuk aku jer la”
Aduh, liat sungguh nak solat…
OK, khusus kepada kawan saya tu,juga untuk mengingatkan diri saya
sendiri dan juga para pembaca blog pakarhowto, berikut ini saya
kongsikan satu artikel tentang panduan teknik bagaimana untuk
memulakan kembali solat setelah mungkin sekian lama kita tidak
melakukannya. Moga-moga dengan panduan ini, maka dapatlah kita
mula menunaikan kembali kewajipan paling asas dalam ajaran Islam ini.
SOLATLAH SEBELUM KAMU DISOLATKAN!!!
Berikut ini panduan yang boleh diamalkan bagi memastikan kita
dapat menunaikan tanggungjawab solat yang telah difardhukan atas
setiap orang Islam.
1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal
solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa
yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan
solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah
tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan
sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik.
Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi
rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya
untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE -
Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata
peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan
dalam wallet atau poket baju.Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan
yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan
bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan
keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan
mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah
kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda
pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila
terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan
solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja
yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya
menghormati keputusan anda.13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini
mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.
Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Sekian.



















a very good article infact!
thank you Pakar, for the sharing.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Thanks, a very good article, even printd out and mail it to family n frenz..
may Allah bless you to help other ppl.. insyaAllah..amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asalamualaikum
Saya amat suka kandungan artikel kali ini. Amat bermakna buat diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan…
Thanks alot
Naiha
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam… thank a lot
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sya pun amat suka artikel ini, kerana solat adalah tiang agama
dan ia wajib dilakukan dan solat adalah satu terapi kesihatan.
TQ Mr. pakar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
TQ…mr pakarhowto cz bagi saya info ini.saya memang sedang cari maklumat macam ni..saya ingin menyeru saudara/ri sama2lah menunaikan kewajipan sebagai umat islam.Tanamkan azam, bulatkan tekad dan berubahlah dengan keikhlasan..walaupun beribu2 orang menasihati kita,kalau kita sendiri tidak ingin berubah ,ia tidak akan berubah..tepuk dada tanyalah iman.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kalau ada yg tbuka hati xper..tp yg trus mnerus hatinya tertutup??soal solat mmg pkara yg xboleh dmain2 kan..tp mkin rmai manusia yg beragama islam lupa…asal usul,sebab dan mengapa kita dijadikan dan dtinggalkan dmuka bumi ni..pyhnya..usahkan mampu mahu memujuk kwn2…saudara mara yg tdekat pun xmampu kita sedarkan…kesian kpd mereka2 yg mati ddlm kelalaian dan kekufuran..subhanaallah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…terima kasih bnyk,seronok saya baca artikal ni…semoga kita semua mengamalkannya di dalam solat seharian..(alamak aku x bangun solat subah td)haha…kepada semua just do it…salam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yang penting ialah keimanan sebab itulah penggerak utama untuk kita bersolat dengan ikhlas. namun kena la pupuk kehendak dan keimanan itu kerana solat itu tiang agama dan wajib dijalankan.
semoga sahabat itu insaf dan kembali bersolat dengan cukup waktunya. Amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
akum sume,alhamdulilah byk pkara yg sy dpt sejak melawati blog ni.
walaupn usia sy msh muda,21 thn.sy dpt mpelajari sesuatu yg amat bermaafat.ape yg penting berpegang lah pd agama kita,insyallah kita sentiasa di lindungi.
Wslm suery_girls88@yahoo.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
good info 4 all.. harap ia menjadi amalam untuk kita semua
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih sahabat…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 10th, 2009 at 2:02 pm
@fuzzy_afan,
sama-sama sahabtku..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
apa2pun displin dan muhasabah dri kna tinggi..spy dpt istqamah dlm mjg ibadah trtma solt..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagusnya artikel ni…sangat bagus kalau dapat dikongsikan dengan orang ramai
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam PakarHowTo
Thanks for the info….. semoga kita dijauhi daripada sikap ambil mudah dlm mengerjakan solat dan sama2 berdoa agar Allah s.w.t memberi petunjuk dan hidayah dlm mengharungi hidup yg penuh dgn dugaan dan cabaran seterusnya berjaya di dunia dan akhirat…..insya-Allah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Pakar Howto :
Artikel yg sgt bagus, tapi jangan kita menghina dan menjauhkan diri drp mereka yg meninggalkan solat, sebaliknya kita wajib mendoakan mereka agar kembali taat kepada perintah Allah dan berusaha sedaya upaya dgn cara yg diplomasi utk membantu mereka kembali bersolat, mudah2an kita sama2 sentiasa mendapat petunjuk Nya dan kasih-sayang drp Nya, insyallah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam sume..
thanks a lot 4 da tips yah..
hopefully sy akn solat again..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam semua. info ni amat berguna bagi diri sy begitu jua dgn rakan2 yg lain. tq. pakar howto.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….
tq 4 pakar coz kuarkan tajuk yg berfaedah sgt2 ni,,,
utk pringatan diri sndri, kengkawan n famly kt…
thanks a lot…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum..
bagus peringatan ni untuk sesiapa yang dah lama tak sujud pada pencipta kita … bersyukurlah atas apa yang ALLAH kurniakan kepada kita dengan bersujud padanya sebagai tanda terima kasih.. jangan sampai segala nikmat dah ditarik balik, baru ingat nak bersujud dan berdoa…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sgt bagus tajuk ini,ia dapat menyedarkan umat islam yg semakin leka dengan koserpnokkan duniawi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagus betul topik hari ni untuk kita semua…kepada sesapa yg pernah meninggalkan solat kembalilah ke jalan siratal mustaqim
maaf adrenaline tu apa kalau bole saya tau
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
tme kasih sbab bg panduan ni terase diri ini byk kekurangan lagi2 tentang bab solat,semoga kite sama2 jadikan solat perkara paling penting dlm hidup kite semua….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
amat berguna sgt artikle anda..
terima kasih kerna berkongsi info
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 10th, 2009 at 2:06 pm
@ikeen,
sama-sama ikeen ,
ada masa datanglah berkunjung disini lagi..
dan jaganlah lupa tinggalkan pandagan anda disini
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Ahad.
Sabda Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, “SOLAT (Fardhu 5 Waktu) itu adalah Tiang Agama (ISLAM). Barangsiapa yang mendirikannya, maka ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkannya, maka ia telah meruntuhkan agamanya.” (Mafhum Hadis Qudsi).
ISLAM = Isyak, Subuh, Lohor (Zohor), Asar & Maghrib.
ISLAM = Indah, Selamat, Luhur, Aman & Manfaat.
Salam Sepanjang Abad.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
baguslah artikel ni…..sebagai manusia kita kena jaga hubungan kita dgan
Allah s.w.t dan hubungan kita sesama manusia..hablul mina Allah hablul minnas…….barulah hidup sempurna….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SITI RAIHANI ISMAIL Reply:
June 7th, 2009 at 11:00 am
@tini,
?????? ????? ????? ,
memang Allah sendiri kata sembahyang itu berat kecuali bagi orang yang khusuk. Almarhamah ibu akak ada kata sembahyang ni,kita buat bandingan macam ni sudahlah, diri kita ni macam langit dan bumi jugak,ambil takat leher sampai bawah itu DUNIA ,yang kepala tu ialah LANGIT,dibawah ni kita ada 2 tangan 2lengan sama dengan rakaat ZOHOR 4 rakaat.lepas tu pula kita ada 2 paha 2 betis sama dgn. 4 rakaat ASAR.Di kepala pula kita ada 2lubang hidung1lubang mulut sama dengan bilangan 3 rakaat MAGRIB. Kita juga ada 2 biji mata 2 lubang telinga sama dgn. bilangan ISYA’ 4 rakaat.Dan akhir sekali KITA ADA 1 KEPALA DAN 1 TUBUH- YANG MENGIKAT ANTARA LANGIT DAN BUMI, ianya sama dengan bilangan 2 rakaat SUBUH.Jadi siapa- siapa yg. tak mau sembahyang patutlah di humban keNERAKA kerana ia tak punya nilai apa-apa, tak ada satu pun pada dirinya ,unt.membentuk diri sendiri. SESUNGGOHNYA ORANG YANG SEMBAHYANG ITU DIA MENYELAMATKAN DIRI SENDIRI,BUKAN UNT. ORANG LAIN .SESAT DIHUJUNG JALAN BALIK KEPANGKAL JALAN.ALLAH MAHA PENYAYANG.JGA TURUT LANGKAH SYAITAN.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 7th, 2009 at 2:10 pm
@SITI RAIHANI ISMAIL,
“Siapa-siapa yg tak mau sembahyang
patutlah di humban ke NERAKA
kerana ia tak punya nilai apa-apa”
haaa…bunyi macam kasar kan?…
tapi memang benar apa yang dikatakan tu.
tenkiu atas peringatan yang diberikan ni, TINI.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 10th, 2009 at 2:05 pm
@tini, kehidupan lebih aman dan jiwa pasti tenteram..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih kerana wujudkan artikel yang macam ni..
x sia-sia saya baca..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 10th, 2009 at 2:05 pm
@purlz,
sama-sama purlz,
ada ilmu tak rugi kita membaca.kerana nilai sesebuah ilmu boleh memperluaskan ilmu pengetahuan kita dalam pelbagai bidang..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam.
terima kasih atas entry yg menarik.
minta izin utk di sebarkan di blog sy.
thanks in advance.
jzk.
http://4ayesha.blogspot.com/
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam.
Solat adalah perkara pertama akan disoal oleh Allah dalam kubur nanti.
Kita yang solat ni belum tentu lagi diterima oleh Allah inikan pula orang yang tidak solat. Kita wajib mempelajari solat ini dengan lebih mendalam dengan ustaz dan ustazah yang pakar dalam bab solat supaya solat kita di terima oleh Allah. Untuk pengetahuan semua dalam astro 106 ada disiarkan bab solat iaitu dalam slot Panggilan Agung ia amat menafaatkan ilmu bab solat. Selamat menuntut astro 106.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Various people in all countries receive the loan from different banks, just because it’s simple and comfortable.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]