Oct 19
Kongsi artikel ni di FB

Aku nak kongsi dengan korang “6 Cara Bagaimana Membuatkan Kita DiSukai Orang”. Kalau korang dapat praktik ni, pasti dapat ramai kawan. Tak caya cubalah…

cara untuk disukai orang lain

6 cara bagaimana untuk disayangi

1- SUKA PADA ORANG LAIN

Syarat pertama dan utama untuk anda disukai orang ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pada orang lain dengan ikhlas. Kalau anda tak suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula?

2- SENYUM

Senyumlah sentiasa. Semua orang suka pada orang yang murah senyumannya. Senyumlah dari hati. Walaupun muka/wajah anda tak hensem, tapi kalau anda senyum, pasti nampak lebih manis dan menarik. Jadi, banyakklah senyum kerana senyum itu sedekah.

senyum sokmo

3- INGAT NAMA ORANG LAIN dan UCAPKAN NAMA ITU DENGAN NADA YANG PALING BAIK.

Semua orang suka kalau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan anda yang tidak mengingati nama anda. Apa perasaan anda? Jadi, sila ingat betul2 nama seseorang jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yang paling disukainya dan sebutlah nama tersebut dengan panggilan paling baik dan mesra.

4- JADILAH PENDENGAR YANG BAIK

Jadilah pendengar yang baik lagi setia kalau mahu diri anda disukai. Pokoknya, bagaimana mahu menjadi pendengar yang setia?? Senang saja, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyakkan memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada orang lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah2 dan pengalaman mereka.

5- BERCAKAP HANYA PADA TOPIK/ISU YANG MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN

Kalau anda suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya bercakap tentang perkara2 yang disukai/diminati oleh orang lain. Kalau mereka minat politik, cakap hanya pasal politik. Kalau mereka minat pasal bola, cakaplah pasal bola. Jangan banyak bercakap pasal apa yang anda minat. Kalau anda hanya suka bercakap pasal perkara yang anda minat, pasti orang lain akan berasa jemu dan bosan dengan anda. Jadi ingat! Hanya bercakap tentang perkara2 yang orang lain minat.

6- BUATKAN ORANG LAIN RASA DIRI MEREKA ITU SANGAT PENTING DAN DIHARGAI

Kalau boleh cuba buatkan orang lain berasa bahawa diri mereka itu sangat penting pada anda. Dan anda sangat menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa sedemikan DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keihkhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargailah mereka seadanya.

P/S- Kalau nak lebih berkesan lagi, amalkan juga jampi @ doa pengasih ini

 

Artikel lain yang best :

written by PakarHowTo


13 Responses to “6 cara bagaimana untuk disayangi”

  1. 1. PakarHowTo Says:

    harap ada manfaatnya

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. 2. henrita Says:

    ok…

    henrita…marilah kita sama2 amalkan agar mendapat manfaatnya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. 3. nira Says:

    .okey…saya setuju dgn itu….k

    Nira…
    semoga kita sama2 dapat praktikkan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. 4. PAK YA Says:

    betoi tu setuju 120%, kalau nak org suka kita kena dulu suka kat org
    CUNNNNNN

    PAK YA…

    fitrah nya manusia ini memang begitu…
    kita hanya akan suka pada orang yang suka pada kita.

    cuba tanya diri anda,
    adakah anda suka pada orang yang langsung tak menunjukkan minat pada anda?

    apakah perasaan anda apabila mendapat tahu ada orang minat pada ana?
    pasti anda rasa cukup suka dan gembira bukan?

    so, cubalah suka pada orang lain dulu kalau anda ingin diri anda disukai…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. 5. AMINold FADZLANegger Says:

    Assalaamu…

    Alhamdulillaah. Petua bermanfaat.

    Wassalaamu…


    AMIN…
    InsyaAllah…semua kita sama2 dapat amalkan.
    Semoga ada manfaat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. 6. PAKYA Says:

    TQ BYK MEMBANTU MENCANTIKKAN LAGI “PR” SAYA, RASA BERTUAH SEBAB SELALU DAPAT TIPS N PETUA YG AMAT2 BERGUNA, TQSM

    Pakya…insyaAllah kalau diamalkan semua petua ini…pasti akan merasai kesan yang positif…
    jadi mari kita sama2 amalkan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. 7. madi Says:

    salam..leh x sesiapa yg boleh tlong sy..

    sy ni pemalu skit,walaupn lelaki..sy ni seorng pmalu..

    bile brsama kwn..sy x bnyak bercakap..nk tgoq pompuan pn

    rse tkut..mgkin di sebabkn sift pmalu sy….tlng cadngkan

    bagaimana nk kikis sifat ni…


    Madi…
    ingat ni, TIADA SIAPA boleh ubah sifat/sikap kita melainkan DIRI KITA sendiri.
    justeru, bulatkan tekad, kuatkan azam…
    cuba cabar diri sendiri…
    sentiasa bisikkan pada diri, AKU NI LELAKI…AKU NI LELAKI!
    malu tu bukan sifat sebenar lelaki….
    lelaki kena berani…
    baca mentera semangat anak jantan ini ;
    http://pakarhowto.com/luahan-hati/semangat-anak-jantan-sejati.html

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 8. abby avicenna Says:

    sememangnya manusia memang dijadikan dengan banyak kekurangan, jadi sama2lah kita mengubah dan menjadikan diri kita sempurna walau hakikatnya masih serba kekurangan…, tips yang bagus untuk dipraktikkan….
    salam ukhuwah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. 9. mieka Says:

    bgaimana nak org y kita syg trima kta dlam hdupnya..?
    .-= mieka´s last blog ..Falsafah BABI Vs Falsafah LEBAH =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. 10. sapina Says:

    senyum dari hati yg ikhlas bkn senyum sumbing..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. 11. sapina Says:

    senyum dari hati yg ikhlas bkn senyum sumbing..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. 12. wan zaid Says:

    1.suka pada orang lain…aku suka pada orang lain tp orang lain tengok lain macam jer kat aku…maybe perasaan aku kot..

    2.senyum..hari-hari aku senyum kat jiran aku..sampai ada sekali tu(banyak kali dah jgk sbb lama dah hidup berjirankan..huhu),jiran aku tak balas senyuman aku….maybe aku ni terlampau kuat sangat senyum kot..huhu

    3.ingat nama orang lain dan ucap dengan nada yang baik..part ni memang selalu ingat..

    4.jadi pendengar yang baik….aku memang menjadi pendengar yang baik..sbb aku ni seorang pendiam dan kadang-kadang sifat pendiam ni membuatkan aku stress dan orang lain pon turut stress..yelah,dia orang datang nak berborak dengan kita..tp kita senyap jer..sampai kawan aku cakap ‘boringnya’..melainkan saudara mara dan kawan-kawan yang betul7 rapat dengan aku jer aku jadi kurang pendiam..tp ada jgk masa aku senyap sbb tak ada modal nak bercakap,sampai kawan aku cakap ‘ko marah kat aku ker’..konpius aku bila dia cakap mcm tu….AKU NAK JADI SEORANG YANG PERAMAH!!!!!!!!!!..ops sorry..ahaks3

    5. -

    6.-

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  13. 13. ezzah Says:

    perkongsian yang dapat di manfaatkan :-)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Why ask?

i3Theme sponsored by Top 10 Web Hosting and Hosting in Colombia

Switch to our mobile site

העלאת תמונות