Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Saya minta maaf kerana tidak dapat menulis dengan lebih kerap di blog ini. Ini adalah disebabkan banyak lagi komitmen lain yang saya perlu tumpukan.
Apa2pun, saya akan cuba untuk kongsikan pelbagai jenis artikel yang telah dihantar melalui email oleh oleh pembaca2 setia blog pakarhowto.com
Semoga apa yang dikongsikan sikit sebanyak memberikan manfaat dan panduan berguna untuk kita semua.

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Sangka baik padanya.
Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya.
Kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. Berikan kepercayaan anda padanya.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.
Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda.
Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Artikel disumbangkan oleh : Farah (farahila09@gmail.com)




















cinta tak kan dapat kalau tak diberi….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku ingat r kalau tip sayang ni.di amalkan pd ibu bapa….ramai yang jd anak soleh/soleha……bukan pd awek jeeeeeeeeeeeeeeee manjang……salam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagaimana kita nk tahu yg org tu betul2 sayang ngan kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
klw org tu jadi lebih baik tanpa kita suruh. Tp jgn sesekali lukakan hati org tu sbb dia mungkin akn berubah 360 degree. Apa2 pun jgn letak kan harapan pd manusia, berdoa pd Allah agar dia yg terbaik dn mgkin diri kita sendiri jg perlu lakukan sesuatu yg terbaik
yosh!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
berilah kasih dan sayang itu pada yg sepatutnya.. sayang pada yang memberi nyawa sayang pada yg memberi makan sayang pada yg memberi ilmu pengetahuan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Thanks farah for the info berkaitan “Bagaimana Menyayangi Seseorang”
Semoga ianya menjadi panduan buat kita sume…Kerana Cinta Kasih dan Sayang adalah Anugerah Ilahi yang tidak ternilai kepada Setiap Insan di muka bumi ini.
Sebelum menyayangi seseorang kita seharusnya menyayangi diri sendiri. Kasih Sayang perlu dipupuk sepanjang masa .Bilamana hidup dihiasi dengan kasih sayang…jiwa menjadi tenang dan merasa diri dihargai.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
telah aku lakukan semuanya untuk dirinya….kini aku terlalu menyanginya….dan aku harus tingggal kan dia… kerana aku begitu sayangi dia…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Setiap pasangan yang mengaku saling menyayangi harus saling bertoleransi demi menjamin keutuhan perhubungan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..bhagianya…hehee
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
I propose not to hold off until you earn enough money to buy all you need! You should just get the business loans or just financial loan and feel fine
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]