Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Adalah menjadi kebiasaan bagi kita semua untuk MENGUAP. Kita biasanya akan menguap apabila mengantuk dan tak cukup tidur. Mengikut sains, menguap dikatakan berpunca daripada kekurangan oksigen.
Saya bukanlah menolak penerangan menurut kajian sains tu. Yaa, tak cukup oksigen mungkin menyebabkan kita rasa mengantuk dan seterusnya menyebabkan kita menguap.
Tapi kenapa ramai diantara kita ni akan mudah sekali menguap apabila membaca buku-buku pelajaran, buku-buku agama atau dengar ceramah agama. Perasankah kita, kita ni mudah sekali menguap apabila kita membuat perkara yang kita kurang gemar. Jarang sekali kita rasa mengantuk dan menguap apabila kita menonton movie atau drama yang kita suka. Atau bagi yang lelaki, masa tengok bola. Walaupun dah lewat malam, tapi tak rasa mengantuk dan tak menguap pun. Kenapa yer? Haaa “Lu fikir la sendiri…” bak kata Nabil tu. hehe
Apa2pun, dalam post kali ini sebenarnya, saya bukan nak bercakap tentang sebab2 mengapa kita menguap.
Kali ini, saya ingin membawa kepada anda satu persoalan. Tahukah kita bahawa agama Islam ada mengajar cara2 dan adab2 bagaimana untuk menguap?? Apakah adab2 menguap itu??
Haaa, kalau tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Makanya kali ini, sukacita saya ingin berkongsi dengan anda tentang adab2 menguap seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.
Berikut ini adalah beberapa adab menguap.

1. Menahan menguap sekadar termampu:
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Ta’ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillaah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallaah!’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya
.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.
Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya.




















terima kasih atas info yang berguna. selalunya mani menguap je. uhu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tu la pasal….
klu menguap je nganga mulut sebesar2nya……..
setan sume nak masuk berlumba-lumba lagi menyesatkan anak cucu Adam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya selalu kena cubit ngan bini sebab selalu tak tutup mulut masa menguap…haha
tapi skang alhamdulillah, disebabkan bini selalu dok ingatkan supaya tutup mulut masa menguap, saya dah tak lupe lagi dah…
tenkiu biniku…moga Allah bagi pahala padamu. amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tenkiu bebnyk krn sudi share info ini…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
betul tu …lg pun memeng tak elok menguap x tutp mulut…lg2 dpn awek…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
adab mudah yg mesti diamalkan…
(bayangkan kalau baru lepas makan petai, pastu menguap,,,)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hemm..betol betol betol..time nak baca buku ilmiah mesti menguap..hehe..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
syukran jazilan..
insyaAllah amalan yang baik ini mesti dipraktikkan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
membaca tu menambah ilmu dan syaitan tak suka kepada orang yang beilmu, sebab tu cepat ngantuk…
Ini perkongsian yang baik, InsyaAllah akan saya panjangkan agar kita sama-sama dapat jariahnya buat bekalan di penghidupan akan datang,
syukran jaziran…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aah tol tu PakarHowTo…alhamdullilah…Nani amalkan ape yg diperkatakan oleh tuan.Nak tmbh sikit..Nani sebut Allahhuakbar ketika menguap sambil meletak tangan kat mulut
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ade x cara untuk elak menguap? klw asik menguap je lama2 tercabut rahang..bukan pengalaman saya huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
saya baca entry ni pun sambil menguap2 sampai berair biji mata….ngantukkkk
hehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
memang sepatutnya kita kena tutup mulut kalau nak menguap dan ucap alhamdullilah kita bersin…..itulah amalan sunat nabi kan………..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emm..i slu ttp mlut taw bl mguap..hihi..xmo ah setan msk badan..huhu….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…
TQ! Trima kasih atas info berguna ni.. Pas ni sy akn suruh suami bc artikel ni.. sb bile dia mguap,slalu je mengangkat suara ‘haaaaaa……..’ n x tutup mulut. Kite tegur n bgtau kburukan prangainya, xmo dgr… Geram tau! InsyaAllah…mudah2n dia ble trima.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…,
thanks 4 d info,
ade yg baik2 sendlh lg.
: )
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Subur.
Alhamdulillaah. Ya, molek entrinya ini. Dan sekiranya kita sudah rasa mengantuk & kerapkali menguap, maka seeloknya pergilah tidur & berehat buat seketika waktu dahulu.
Baginda Rasulullah SAW tidak pernah memaksa tubuh fizikal Baginda. Apabila Baginda mengantuk, baik di siang hari mahu pun di malam hari, Baginda akan tidur sekadar perlu.
Rehat yg cukup amat diperlukan oleh tubuh badan kita. Usah dipaksa tubuh kita melampaui had yg termampu, dan usah pula memanjakan tubuh kita dgn berehat/bersantai yg berlebih-lebihan dari yg sepatutnya & sewajarnya diperlukan sahaja.
Salam Makmur.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tq bebanyak atas info yang belum saya tahu sebelum ini.nasib baik sblm ni saya ttp mlt masa nguap tapi saja je ttp mlt .
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tq Pakarhowto dgn info yg berguna.
Tak pernah lihat orang Arab kat Qatar ni menguap, mungkin kerana pemakanan dan gaya hidup juga mempengaruhi kenapa kita menguap.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Jazakallah…kasiran. Sekadar tambahan ilmu.
Hadith riwayat Abu Hurairah ra. bahawa Nabi s.a.w berkata:
“Jika salah seorang dari kamu bersin, hendaklah dia berkata : ‘Alhamdulillah’, dan biarlah saudara atau rakannya berkata : ‘Yarhamuk Allah’, Dan jika dia mengatakan kepada kamu ‘Yarhamuk Allah’, maka berkatalah : ‘Yahdeekum Allahu wa yusliha baalakum’ (Moga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membetulkan pemikiran kamu” [Hadith Riwayat al-Bukhari, 10/502].
Waalahua’lam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam, ustaz kata sunnah menguap tutup dengan belakang tapak tangan kiri,bahagian blakang,bukan tapak. harap maklum.
dan kebanyakkan kita suka menguap pada masa yang sama menyebut istigfar atau apa sahaja kalimah zikir,lalu terhasillah bunyi yang buruk.jadi menguap dulu,habis menguap barulah sebut.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hana Reply:
June 8th, 2009 at 9:49 am
Salam..saya ni kadang-kadang lupa jugak nak tutup mulut bila menguap.. Lepas baca info ni kena displinkan diri tutup mulut bila menguap takut syaitan banyak masuk dalam badan ni…huhu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 8th, 2009 at 1:06 pm
@hana,
saya pun kadang2 terluper gak.
biasala, manusia biasa.
tapi untung saya ada isteri yang selalu cubit sy
kalau saya tak tutup mulut…huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
December 22nd, 2009 at 4:59 pm
@hidayah,
syukran tuk info tambahan nie…. =)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Askum..
alahai..saya disini masih mengantuk lagi sebab tiada kerja yang hendak dilakukan dipejabat.
Erm, tapi masih belum samapai ketahap nak menguap lagilah..hik..hik..
Apapun terima kasihlah pakar atas info diatas..sebab ia boleh menambahkan ilmu saya lagi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sy menguap msa t’tentu ja slalunya klu sakit kepala lepas menguap berat kepalapn hilang
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam. Saya sekadar berkongsi pandangan, bab menguap ni mungkin kita boleh kaitkan dengan faktor sains & agama. kerana sains & agama saling melengkapi antara satu sama lain… wallahualam bissawab.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
3
0
[Balas Di Sini]