Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
dihantar oleh: Uwais al-Qarani
www.iLuvislam.com



















Salam
Alhamdullilah…. sekiranya dpt dikekalkan dlm kehidupan suami isteri..Semoga kebaikan mengatasi kekurangan yg ada dlm diri setiap insan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
sama2 la kita mengamalkannya.. semoga rumahtangga diberkati ALLAH.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sama2 kita amalkan…smg kita mengecapai kebahagian bersama hingga akhir hayat jg bersama anak2 n cucu cicit….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Jika kita masih di alam remaja dan masih ‘single’, syurga dibawah tapak kaki ibu. Akan tetapi bila kita melangkah ke alam perkahwinan, syurga dibawah tapak kaki suami……Artikel ni memang bagus untuk renungan dan panduan.
Akan tetapi, jangan pula para ‘suami’ mengambil kesempatan diatas kuasa ‘vito’ yang ada pada mereka, sebaliknya suami harus berkerjasama dengan isteri dalam apa jua urusan/pekerjaan pun……..
‘Selamat Menjalani Kehidupan Berumahtangga Yang Aman Harmoni dan Bahagia’
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
insyAllah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Content yang bgus.Cuma, saya percaya lelaki zaman skarang lebih bersikap & berfikiran terbuka. Perlu ada toleransi / kerjasama untuk kebahagiaan bersama. Sesungguhnya isteri adalah anugerah & amanah dan bukannya hamba abdi. Kerjasama, kasih sayang, sifat keterbukaan & penghargaan dari si suami adalah penting dalam memupuk kebahagiaan rumah tangga. Sifat mementingkan diri si suami hanya akan menyebabkn isteri makan hati & memendam rasa. Keegoan suami yang tinggi tidak akan memberi kebahagiaan yg maksimum dalam rumah tangga. Jadi, apa lah salahnye sesekali si suami memasakkan untuk isteri sebagai kejutan & tanda kasih sayangnya. Nescaya rumah tangga akan lbih bahagia. Isteri tidak seharusnya sentiasa berdiam diri. Komunikasi 2 hala yg positive adalah terbaik untuk memelihara hubungan rumah tangga yg cemerlang. InsyaAllah..Justeru Rasulullah adalah contoh terbaik yang harus kita teladani.
Wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Subur.
Dan bila2 masa saja ingin keluar dari rumah, jagalah aurat mu wahai SeKalian para wanita bergelar isteri yg Budiwati, juga para gadis2 muda yg belum berpunya & yg bakal mendirikan rumah-tangga. Kerna sesungguhnya, aurat Kalian adalah Hak suami Kalian. Bukan Hak orang lain yg selain darinya. Yg lain spt mahram Kalian, tp itu pun TERHAD. Harus Waspada.
Salam Makmur.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.tuan umah …alhamdulillah dah bc ..thankz
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
RAMAI SGT SKRG SUAMI TAK MENEGUR ISTERI BERPAKAIAN TP MCM TELANJANG…SEMUA BAJU DAH DI ATAS BONTOT DITAMBAH JEANS KETAT.MAAF,HUB BKN DGN SUAMI JE TP DGN PENCIPTA LAGI PERLU DIPELIHARA.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 26th, 2009 at 1:43 pm
@hatilara,
Askum..
Benar jua akan kebenaran katamu wahai hatilara.
adab dan etika berpakaian wajar didik sejak anak itu kecil lagi…sebelum ia menginjak ke alam persekolahan..
Ada sesetengah keluarga menitikberatkan hal adab berpakain ini secara serius, ada juga segelintirnya tidak ambil peduli, ada juga sebahagian darinya sekadar tangkap muat je pakai mana ikut keselesaan diri.
Itu semua adalah hak masing-masing namun kita haruslah sentisa beringat akan dosa yang bakal dihitung kelak…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hatilara Reply:
November 4th, 2009 at 9:01 pm
@surihati_ku, rasa sedih tgk islam melayu skrg yang berpakaian menjolok mata.kalau kelauar je ke mana,dimana tmpt mata kita jatuh’disitulah kita dpt melihat pakaian muslimah yg berpakaian tp seolah bertelanjang.tu blm dikira lagi yang memang btl2 seksa pakaiannya.berubahlah..bergayalah cara muslimah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
subhanallah. Alhamdulillah. semoga suamiku redha dgnku.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]