Mar 02
Kongsi artikel ni di FB

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

* Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara iaitu :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
  4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
Artikel lain yang best :

written by PakarHowTo


10 Responses to “Panduan 5 cara pilih sahabat”

  1. 1. Nani Says:

    Salam pakarhowto

    Maklumat yg berguna utk dikongsi bersama..Well done.Congratulation.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. 2. alin Says:

    panduan yang amat berguna bg mereka yg x mengenal erti sahabat. panduan diatas adalah benar kerana saya mempunyai seorg sahabat spt demikian.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. 3. isham Says:

    siapa yang ada ciri2 5 panduan memilih sahabat ni memang hebat…siapa org 2 agaknya erk……salam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. 4. tunTEJA Says:

    susah nak cari sahabat yg ade ciri2 di atas zaman sekarang ni…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. 5. ibu78 Says:

    salam..sy ada sorang best fren dr umo kitaorg 6 taun.knl kt tadika..spai skang memang masih bes fren wpun kami masing2 dah kawin dan berank pinak.utk pengetahuan umur sy skang 31 thn..semua prob di kongsi bersama…memang lah tak menepati ciri2 kt atas tp sy bersyukur mempunyai kwn seperti nya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. 6. bliewhippow Says:

    ALHAMDULILLAH…
    bersyukur kepada ALLAH
    i got one..
    1 dalam seribu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. 7. shaez Says:

    bgus dgn panduan yg diberi..memg sukar nk cari kwn baik sgitu..alhamdulillah kwn sy smua ok..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 8. putri Says:

    Salam semua. Suami saya salah satu daripada orangnya. Syukur….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. 9. mazlina Says:

    assalamuialaiku…
    Alhamdulillah jika kita di beri peluang untuk mendapatkan kawan yang di nyatakan di atas…tapi zaman sekarang amat payah untuk kita mendapatkan kawan seperti itu…kalau ada pun x ramai…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. 10. ros Says:

    memang bagus dpt kawan seperti di ataskan.tapi susah nak cari.suami adalah kawan sya yg terbaik.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Why ask?

i3Theme sponsored by Top 10 Web Hosting and Hosting in Colombia

Switch to our mobile site

העלאת תמונות