Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai wabak Influenza yang cukup popular sekarang, tidak lain dan tidak bukan, wabak selesema Babi atau Influenza A H1N1.
Kita semua mestilah prihatin dan setidak-tidaknya mengambil tahu mengenai perkara asas tentang wabak.
Adalah amat malang sekiranya kita dijangkiti wabak ini, dek kerana kurangnya maklumat yang kita ada dan dek kerana kejahilan kita sendiri.
Jangalah tunggu terhantu dulu baru nak terngadah. Bukankah ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’? “Prevention is better than cure!”
Bacalah artikel mengenai fakta Wabak Influenza A H1N1 ini supaya and a tidak dijangkiti hanya kerana kejahilan anda mengenainya.
Apa itu H1N1?
Ia adalah sejenia Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah bertukar atau evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ (terbang bebas di udara) dan menjangkit dari manusia kepada manusia.Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan ventilasi udara atau ‘air ventilation’ yang baik, akan ‘bersih’ dari virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US, sebelum terjadinya outbrake di Mexico. Tetapi ianya tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan tetapi US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico kemudiannya.Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari, membolehkan ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat, dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk-batuk.
Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) pada peringkat awalnya, namun jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ membuatkan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.Siapa yang berisiko
- Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
- Perempuan yang mengandung
- Orang yang ada lelah atau asma
- Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV dan sebagainya)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan yang dinyatakan di atas
Simptom2
- Hari 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
- Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
- Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
- Hari 4 – Sakit dada yang teruk (sila jumpa doktor dengan segera)
- Hari 5 dan seterusnya - Berlakunya komplikasi ‘lung collapse’ @ koma
Langkah2 kawalan
- Golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
- Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
- Elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
- Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
- Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai ‘mask’ (‘mask’ yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 lapisan)
- Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
- Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
- Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mungkin ada banyak virus yang tersebar
- Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat Influenza! Jika sihat, tetapi ‘gatal’ juga nak makan anti-viral, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan nanti. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
- Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal-awalnya pada oktober tetapi ianya hanya untuk pertubuhan dan badan-badan ‘frontliner’ atau yang berkenaan sahaja. Untuk awam akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 2010.
- Untuk makluman, ujian pemeriksaan Influenza hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di malaysia. Pemeriksaan ini mengambil masa 6 jam untuk dijalankan kepada 1 batch sample. Jika ada mana-mana klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
- Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini.
Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.
Semua maklumat ini dicatatkan dari taklimat mengenai H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009.
**Doa Hindari Wabak Dan Penyakit Berjangkit
|
-Di cilok dari telokbakong online.




















aku pulak nak cilok dari kamu…tq bro
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 12th, 2009 at 1:48 pm
@aloqmalai,
hahaha…cilok mencilok lah kita yer…hehe
yang pasti, maklumat sebegini patut disebarkan
kepada seberapa ramai orang yang boleh.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emp.. nak keluar pegi mana2 sekarang ni pun rasa dah tak best dengan penularan penyakit h1n1 ni…
sama2 lah kita rajin ‘basuh’ tangan dengan betul bukannya hanya ‘basah’ tangan je..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 13th, 2009 at 9:12 am
@ct maliha,
mengikut 1 artikel yang saya baca,
kita kena basuh tangan sekurang2nya dalam 20 saat.
jangan kurang daripada tu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tuan Rumah…..
Info yg padat yg dpt m`buka mata semua pihak termasuk diri sy.
thanks.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Artikel yg sgat berguna…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mekasih pakar kerana bg info yang berguna…
semoga ALLAH merahmati n melindungi kita dari segala musibah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 13th, 2009 at 9:01 am
@siti sara,
Amin.
Sama2lah kita ambil peringatan dan jaga diri masing2.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Askum..
Salam ceria utk smua.harap kalian shat dlm lindunganNYA..
Erm, smjak menularnya A H1NI byk pergerakan kita ni agak terbatas. Skag nie kalu kita nak pergi kemana2 pun agak susah..apatah lagi ketempat-tempat awam otk bawk anak2..
Slu kalu kami nak pergi shoping kami msti bwak ank2 skli baru meriah.tpi skg tdk lagi…Oooohoo..tdk sama skli..
la ni antara saya atau husband akan jaga anak & duduk dalam kereta. Salah seorang dari kami akan pergi beli barang2 keperluan dapur.
ha, time tu bersiaplah dgn mask mcm org nak mula melakukan aksi pembedahan layaknya..hik..hik..bukan apa utk kslmatan diri kita jgk..
Tapi,
saya jugu turut bersimpati pd mana2 kluga mrka yg mengalami/meninggal dunia akibat jangkitan ini.seperti kes ibu hamil pun meninggal dunia.aduh… sayu& pilunya hati saya takkala mendegarnya..Moga mereka2 ni tabah dalm mghadapi dugaan hidup ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
betul2..betul..saye stju..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
betul2..betul..saye stju..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih krana beri maklumat yg berguna pasal H1N1….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pakar how2, boleh bagi doa untuk menghindari dari H1N1 ni….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 13th, 2009 at 5:14 pm
@neesah,
saya dah buatkan PDF untuk doa tu.
boleh la download di sini (klik link dibawah)
http://pakarhowto.com/doa%20hindar%20wabak.pdf
sebar-sebarkanlah yer…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Harus diingat. Yang menyembuhkan dan memberi bekas adalah ALLAH bukan doa. Kalau tidak rosak aqidah.
Doa ini adalah usaha ikhtiar kita.
“Suatu hari nabi (Saw) ketika dalam perjalanan pulang dari satu perjalanan yang jauh baginda singgah di satu lembah yang gelap gelita nabi (SAW) terserempak dengan satu lembaga hitam yang besar, dahsyat dan menggerunkan Nabi (Saw) bertanya kepada lembaga itu “Siapa kamu ?” lembaga itu menjawab “Aku adalah Al-Wabak” kemana kamu nak pergi ? tanya Nabi (SAW) lagi ” Aku nak pergi ke Madinah dan masuk kerumah setiap penduduk di Madinah”jawab Nabi(SAW) “pergilah kamu aku izinkan untuk menguji ummatku tetapi kamu tidak akan dapat masuk kedalam rumah yang terdapat didalamnya mereka yang dilindungi oleh Allah dengan berkatnya.
Ternyata apabila pulang ke Madinah semua penghuni rumah penduduk Madinah terkena wabak kecuali rumah yang diduduki oleh Saidatina Fatimah,Saidina Ali,Hassan,Hussain dan baginda Nabi (SAW) sendiri.
(***) Bertawassul dengan makhluk adalah satu kaedah dan amalan yang dibenarkan dalam Islam. Namun, perdebatan tentang bertawassul adalah hebat dikalangan ulamak ahli sunnah Wal-Jamaah dan Wahabbi.
Pada 1930an Tanah Melayu dilanda wabak penyakit taun yang dahsyat sehinggakan seorang bapa yang baru menghantar jenazah anaknya ke tanah perkuburan apabila pulang ke rumah terpaksa menghantar jenazah isterinya pula dan akhirnya jenazahnya sendiri pula terpaksa dihantar orang ke perkuburan .
Di Pulau Langkawi mufti kerajaan Negeri Perlis/Kedah ketika itu telah mengambil inisiatif menggunakan Mimbar Khutbah Jumaat menyebakkan salinan doa mencegah wabak dari rumah kerumah.
Dengan izin Allah wabak yang menular menjadi reda dan pulih seperti sediakala dan doa tersebut adalah seperti berikut :
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 14th, 2009 at 8:57 am
@Sumayyah Pfordten,
Terima kasih atas peringatan ini.
Setuju 100% dengan apa yang diperkatakan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih di atas maklumat yang diberikan.Semoga akan dimanafaatkan.
Sesungguhnya apa -apa yang kita lihat dan berlaku pada hari ini adalah sudah ditentukan olehnya.(ALLAH SWT) Mungkin hikmah setiap kejadian yang berlaku di dunia ini adalah untuk menyedarkan segelintir manusia yang lalai dalam duniawi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bacteria itu adalah Tentera Allah …
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih atas fakta wabak influenza A H1N1 ini…betul-betul bagi saya banyak maklumat..terima kasih sekali lagi…._^_
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam semua…
Alhamdulillah Allah masih sayangkan hambaNya didunia ini.
Disentakkan dengan `wabak` ini semoga kita semua insaf dan kembali
bertaubat.Setiap orang Islam tak perlu takut-Allah dah sediakan imuniti untuk kita.Sama2 lah kita bangun `melakukan sunat tahajjud` bermula sekarang (ingatkan diri saya sendiri juga).Sesungguhnya masa `solat tahajjud` iaitu 1/3 akhir malam adalah masa terbaik badan kita mengeluarkan antibodi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
terima kasih atas info yg sgt…baguz.
semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat utk sume.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
People in the world take the business loans in different creditors, just because this is simple and comfortable.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]