Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

As-salam buat kalian yang tidak jemu-jemu membaca entri di blog pakarhowto. Alhamdulillah dan terima kasih juga diatas sokongan anda maka kami masih bertapak di ruang maya ini. Tanpa anda siapalah kami disini tak gitu…hehe..

Apa-apun sebelum entri ini menutup tirai 2009,  di sini Suri hidangkan artikel berkisar tentang etika ketika bertemu janji. Suri berharap agar anda diluar sana berpuas hati dengan post-post Suri terdahulu.

Mohon maaf sekiranya terdapat entri, komen, pandangan yang boleh mengusik, mengguris persaan anda. Maafkanlah daku kerna aku hanyalah insan biasa….cheewah..bermadah kias lah pula mina ni..hehe. Insyallah segala kekurangan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Dating bermaksud dua orang berjumpa untuk melihat dan mengetahui adakah mereka sesuai dan gembira ketika bersama. Keputusan daripada pertemuan tersebut mungkin akan menghasilkan satu titik perhubungan yang mesra ataupun sebaliknya.

Pada kebiasaannya dating merupakan satu peristiwa yang seharusnya melahirkan rasa kegembiraan dihati takala bila dua pasagan bersua muka. Bagi memastikan perkara ini berlaku, terdapat beberapa perkara yang perlu Suri ingatkan kepada anda apabila mengambil keputusan untuk memulakan langkah bertemu janji.

  • WANITA PUN BOLEH MEMBAYAR

Tiada ongkos atau duit? Hurm itu adalah salah satu sebab sesetengah lelaki mengelakkan diri untuk kerap berjumpa dengan teman wanita mereka. Jika si dia agak kurang berkemampuan dari segi kewangan mungkin keluar bersama akan menjadi satu masalah buat dirinya. Bantulah dengan cara berkongsi perbelanjaan. Beritahu dia bahawa anda memamg mahu melakukannya.

Selalunya lelaki mungkin akan menolak kerana dia mungkin menganggap bahawa lelaki selalunya perlu membayar (walaupun dalam keadaan dia sendiri tidak mampu). Desakan secara lembut mungkin akan dapat membantu dia berubah fikiran semula. Tapi awas! perlu diingat walaupun anda baik hati terhadap bantuan anda itu akan tetapi jaganlah anda amalkan selalu kerana dengan cara ini ia mungkin akan membuatkan si dia akan lepas tangan dan sentiasa mengharapkan anda pula yang membayar kelak.

  • BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SERING MEMUJI?

Belajarlah untuk menerima pujian dengan sebaiknya. Ketahuilah jika si dia memuji anda, jaganlah pula anda beria-ia menolak dan mengatakan bahawa anda tidak berhak menerimanya. Ingatlah bahawa anda sebenarnya berhak terhadap setiap kebaikan yang datang ke arah anda dan jika seseorang telah berkata sesuatu perkara baik, belajarlah untuk menerimanya denganm perasaan bangga serta menghargainya dengan penuh rasa kesyukuran dihati.

  • AMBIL KIRA BAHASA TUBUH

Anda mungkin antara mereka yang paling pandai bercakap di dalam dunia ini, tetapi ini tidak dapat membuatkan anda pergi jauh dengan si dia jika anda menghantar signal salah melalui bahasa tubuh anda. Seelok-eloknya, pakar mengatakan bahawa selain apa yang anda cakap, bahasa tubuhlah yang bisa mencipta kesan yang paling banyak dalam sesebauh komunikasi dua hala.

Tahukah anda bahawa mata anda juga boleh mengundang pelbagai maksud yang tersirat, jadi kekalkanlah hubungan mata anda ketika anda berinteraksi bersama pasangan anda kelak. Ingatlah bahawa semakin banyak anda melihat ke dalam matanya, si dia akan berasa semakin rapat dengan anda. Percaya atau tidak anda cubalah..ehehe.

Hah, dan jangan lupa pula pada nada suara anda tu. Bukan apa sebab ia juga antara elemen-elemen yang penting daripada apa yang sedang anda ucapkan. Di sini Suri cadangkan agar penggunaan tutur bahasa yang lembut perlulah dilontarkan sebaik yang mungkin kerana dari suaralah akan bertukar sebuah emosi yang stabil dan selesa antara satu sama lain.

  • PERMAINAN MINDA

Apabila anda sedang bertemu janji, ingatlah bahawa idea dan kata-kata yang bakal keluar dari mulut anda adalah perkara yang paling penting pada ketika itu.

Oleh itu Suri tegaskan disini bahawa anda haruslah mengelakkan diri dari berbicara mengenai perkara-perkara yang mampu membuatkan dia hilang minta atau fokus kepada anda. Sebaliknya anda tunjukkanlah kepintaran anda pada si dia dengan sebaik yang mungkin dan JAGAN membodohkan diri anda dihadapan dia. Bukan apa takut nanti pasagan anda tidak akan hormat dengan anda.

  • BAGAIMANA MEMAJUKAN SENI MENDENGAR??

Apabila anda mendengar dan membalas secara relevan, ini menunjukkan anda sebenarnya mengambil berat terhadap mereka yang berada di hadapan anda. Akan tetapi, betul-betul mendengar terhadap orang lain merupakan satu seni di mana kebanyakan dari kita tidak pernah belajar menganainya.

Sebenarnya jiwa kita cenderung untuk menjadi pendengar yang pasif, dengan hanya mengambil mesej sahaja yang mempunyai kepentingan untuk diri kita daripada mendengar bagaimana perkara tersebut berguna terhadap orang lain.

Dengarlah dengan segala deria anda termasuklah mata dan hati. Terdapat masa apabila anda sebenarnya tidak mahu mendengar apa yang diucapkan oleh orang yang sedang berkomunikasi dengan anda, tetapi anda masih juga mendapat kelebihan dengan menghargai keperluan si dia yang sedang menyampaikan mesej.

  • BIARKAN SI DIA BERCAKAP

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak perkara yang anda mahu beritahu kepada si dia. Lakukanlah tetapi tidak ketika dia sedang bercakap. Salah satu perkara yang paling teruk yang boleh membuatkan dia menyakitkan hati si dia adalah takala anda mula menyampuk percakapannya dengan mula bercakap. Huhu..siapa yang tak marah dan begang beb jika ada seseorang mula memotong percakapan anda???

Ingatlah jika anda sering menguasai perbualan dia, berkemungkinan dia akan mula berfikir bahawa anda merupakan seorang wanita yang tidak mengira hati dan perasaan orang lain. Jadi berhati-hati lah yer. hehe…

Jadi bagaimana pula dengan cara anda? :)

p/s- PakarHowTo tidak sekali-kali menggalakkan pasangan pakwe makwe untuk pergi berdating dan berdua-duaan dengan bukan mahram. Kalau nak keluar berdating dengan pakwe atau makwe anda, pastikan anda membawa mahram anda yer. Harap ambil perhatian! ;)

Artikel lain yang best :