Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB** eBook – ‘KWSP Satu Pendedahan‘ : Ulasan PakarHowTo **
Dalam post hari ini, izinkan saya membuat ulasan mengenai eBook Panduan KWSP yang baru saja dilancarkan hari ini.
APA BAGUS SANGAT KER EBOOK PANDUAN KWSP TU??
1. Beberapa minggu lepas, saya ada menerima 1 email mengatakan bulan 8 ni akan keluar 1 ebook tentang panduan KWSP. Masa mula-mula saya tahu tentang ebook ni, hati saya berkata, “Ishh, apa la, tentang KWSP pun nak buat ebook?” Bukan ker maklumat tentang KWSP tu kita boleh dapat dengan menelefon dan bertanya pada pejabat KWSP jer ker? Buat apa nak buang duit beli ebook yang menerangkan info yang kita boleh dapat dengan percuma?”, bertak hati saya.
2. Tapi pelik juga yer, apa yang penulis tu nak goreng tentang KWSP ni, sampai boleh tulis sebuah ebook tentangnya? Apa sangat yang boleh diceritakan tentang KWSP? Adakah penulis tu akan cerita tentang makna KWSP, latar belakang KWSP, dan beberapa info umum tentang KWSP? Takkan itu saja yang akan dituliskannya? Saya jadi tertanya-tanya.
3. Menurut email yang dihantar kepada saya, ebook panduan KWSP tu akan membuat pendedahan segalanya tentang KWSP. Di dalam ebook tu diterangkan perkara-perkara yang WAJIB diketahui sebagai seorang pemegang akaun KWSP. Ianya menerangkan tentang teknik dan cara bagaimana untuk memanfaatkan sepenuhnya duit yang tersimpan dalam KWSP. Aduh suspens sungguh bunyinya. Ini betul-betul membuatkan saya makin nak tahu tentang ebook panduan KWSP ni dan apa bagus sangat ker ebook ni?
4. Disebabkan sikap ingin tahu saya yang membuak-buak, saya dah tak tahan lagi. Lantas saya telah membuat keputusan untuk mendapatkan senaskah ebook tersebut dari penulisnya. Dan akhirnya, saya berjaya juga untuk mendapatkannya.
5. Apabila saya terima saja ebook tersebut dari penulisnya, saya terus baca dengan penuh suspens. Tepat sangkaan saya, ebook tu bukanlah ebook yang panjang. Ia hanya sekadar 37 muka surat semuanya. Saya jadi ragu-ragu, adakah kandungan 37 muka surat itu mampu mendedahkan dan menghuraikan segalanya tentang KWSP?
6. Sungguhpun saya agak kecewa dengan jumlah muka surat yang sedikit pada ebook tu, namun, saya tetap positif kerana saya percaya, nilai sesebuah ebook tu bukan bergantung pada jumlah muka suratnya. Tetapi yang lebih pentingnya ialah isi kandungan dan apa yang tertulis di dalamnya.
7. Saya pun terus membaca ebook panduan KWSP tersebut. Saya baca dengan penuh teliti. Saya cuba memahami setiap penerangan yang diberikan dalam ebook tersebut. Kali pertama saya baca, masih agak kabur-kabur juga. Kemudian saya baca untuk yang kedua kalinya.
8. Setelah 2 kali baca, hmmm, baru saya faham kenapa penulis ebook ni kata, ianya adalah satu pendedahan. Rupanya memang masih banyak lagi perkara yang saya tak tahu tentang KWSP ni sebenarnya. Terutamanya tentang teknik cara aplikasi akaun 1 dan akaun 2.
Paling menariknya ialah penerangan tentang COMPOUND INTEREST. Terus terang, ni lah kali pertama saya dengar tentang compound interest. Rupa-rupanya compound interest ni lah yang boleh menjadikan orang menjadi jutawan….huhu. Kenapa? Tak percaya? Cuba renungkan apa yang Albert Einstein katakana tentang compound interest ni…
“Compound interest is the greatest invention of all time.“
9. Pada saya ebook Panduan KWSP ni sesuai kepada sesiapa saja yang mempunyai akaun KWSP. Sebab ebook ini menerangkan tentang dari perkara asas tentang KWSP hinggalah kepada teknik aplikasi dan penggunaan mengoptimumkan wang KWSP. Ebook ini pada saya, paling sesuai kepada mereka yang nak tahu atau berminat dengan pelaburan.
10. Akhir sekali, nasihat saya kepada mereka yang nak beli ebook ini sebab nak cari formula ajaib untuk kaya cepat, lupakan sajalah. Baik anda tak usah membazir duit anda. Sebab ebook ni bukan untuk ajar anda jadi kaya cepat. Tapi sekiranya anda ingin belajar cara menggunakan wang KWSP dengan sebaik mungkin dan menggandakan wang simpanan anda, maka inilah ebook yang patut anda beli.
11. Sekian, itulah saja yang nak saya komen tentang ebook ini. Berbalik kepada persoalan di atas, “Apa bagus sangat ker ebook Panduan KWSP ni?”, kalau anda rasa tak puas hati dengan penerangan saya, apa kata anda dapatkan sendiri dan bacalah sepuas hati. Dapatkan sekarang juga sebelum penulisnya menaikkan harga ebook ini kepada harga yang lebih mahal.
Ooppsss, sebelum tu, ada berita istimewa kepada pembaca setia blog pakar ni. Kepada pembaca setia blog pakar yang beli ebook panduan KWSP ni melalui link affiliate saya, maka saya akan berikan 1 bonus khas. Apa bonusnya?
Bonusnya ialah sebuah ebook – Panduan Urus Wang : Segalanya tentang wang, rahsia wang dan cara menguruskannya dengan betul. Ebook ini bernilai RM50 dan mempunyai 103 muka surat.
Sekiranya anda mendapatkan ebook Panduan KWSP melalui link saya ini ;
http://www.panduankwsp.com/index.php?ref=html
Maka Ebook Panduan Urus Wang bernilai RM50 ini akan menjadi milik anda.
Tawaran ini adalah khusus untuk pembaca blog pakar sahaja. Dan ianya adalah TERHAD kepada 20 pembeli pertama sahaja.
Bagaimana untuk mendapatkan bonus ebook Panduan Urus Wang ini?
Begini caranya…
Langkah 1
Clearkan ‘Cache dan Cookies’ pada web browser anda.
(Kalau guna : MOZILLA FIREFOX)
- Klik pada “Tools”
- Klik “Clear Private Data.”
- Tick pada “Cache, Cookies dan Offline Website Data.”
- Klik “Clear Private Data Now.”
(Kalau guna : INTERNET EXPLORER)
- Klik “Tools” pada “Menu.”
- Klik pada “Delete cookies.”
- Klik “Yes.”
Langkah 2
- Klik pada link ini http://www.panduankwsp.com/index.php?ref=html
- Buat pembelian menerusi link saya itu
Link tersebut sepatutnya akan jadi begini :
http://www.panduankwsp.com/index.php?ref=html
* Pastikan di hujung URL tu mesti ada perkataan “html”
Langkah 3
Hantarkan bukti pembayaran pada borang order web berkenaan dan emailkan juga kepada saya maklumat tersebut ke ;
pakarhowto@gmail.com
Maklumat yang perlu diemailkan ialah seperti berikut:
- Nama:
- No. h/p:
- Email:
- Bukti pembayaran:
** Selepas membuat pengesahan pembelian, saya akan email eBook-Panduan Urus Wang terus ke email anda **





















dah lama tak check akaun kwsp… maklum la dah lama tak mencarum sejak2 jadi housewife ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Bayara telah dibuat tetapi masih belum terima e-book.
Sila cehck dengan pihak MAYBANK anda.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 18th, 2009 at 4:49 pm
@Mohd Azlan,
ebook mana satu belum dapat?
kalau ebook KWSP tu,
sila minta pada penulisnya,
saya ni hanya tukang promosi saja.
kalau ebook panduan urus wang ni,
kalau anda ikut langkah yang diterangkan diatas,
saya pasti akan email kan pada anda
selewat2nya hari esok.
harap maklum.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagus gak utk panduan kita semua..
tahniah yer…bagi maklumat berguna ni
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
askum..
teringat dlu2 msa sya pratikal kt kwsp mlk pd thun 2003 dlu mcm2 dapartment yg saya masuk & pelajari..
yg bst bla msok kt department ligasi & undang2..cape lwt mcrum sure lesen permis mrka kne trik..tp tu dlu,skg sy dh x thu la cam mana la plk prosuder mrka kli nie..
apapun saya ske dgn peneragan yg serba ringkas dr pkr tu
hehe..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 19th, 2009 at 4:09 pm
@surihati_ku,
terima kasih.
saya hanya berkongsi pengalaman saya saja…
harap ianya sikit sebanyak memberi input positif pada anda semua.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam tuan…bagus jugak info ni..tak akak tak belilah..psl suri umah tanggan tak ada caruman epf kan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 19th, 2009 at 12:43 pm
@kak ina kl,
hai kak ina…
terima kasih sudi singgah dan komen blog saya.
saya pun selalu gak pi melawat blog akak.
tapi apesal blog tu slow sangat nak loading ek?
mungkin sebab klip gambar kat atas tu…
hmmm…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kak ina kl Reply:
August 19th, 2009 at 4:10 pm
@PakarHowTo,
tulah pasal….pasal gambar kot..kalau buang sayang pulak..
sape msk kenalah tunggu lama skt…klu nak ke toilet ke..nak makan ke…buatlah dulu…barulah keluar semua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Pakar :
Terima kasih atas info ini. Memang betul tiada apa di dunia ini yg membolehkan kita cepat kaya, sebenarnya kita perlu sentiasa berusaha dari awal hingga akhir kehidupan kita.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam pakarhowto,
KWSP ni hanya untuk yang bekerja dengan kerajaan saja kan?
klau bisnes sendiri ada KWSP jugak ke?
apakah tajuk2 yang dibincangkan dalam ebook KWSP tu?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 20th, 2009 at 11:19 pm
@baloot,
Tak semestinya kerja kerajaan,
kerja swasta pun ada KWSP atau EPF,
KWSP ni adalah wang simpanan hari tua,
untuk kegunaan selepas bersara…
Kerajaan Malaysia wajibkan semua pekerja ada KWSP.
Hatta orang yang kerja sendiri pun
sepatutnya mesti ada akaun KWSP…
Ebook ini mengandungi 11 bahagian.
Bah 1 – Kata2 Aluan
Bah 2 – Pengenalan apa itu KWSP
Bah 3 – Realiti Kehidupan Selepas Bersara
Bah 4 – Skim KWSP
Bah 5 – Peluang Pelaburan
Bah 6 – Unit Trust & KWSP
Bah 7 – Compound Interest
Bah 8 – Kelebihan KWSP
Bah 9 – Rumusan KWSP
Bah 10 – Penutup
Bah 11 – Sumber Rujukan & Panduan Semasa
Sekian.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih untuk penerangan tersebut pakarhowto..
anyway, siapakah penulis post ini? adakah saudara GH Syukri? atau just panggil syukri? sebab tengok kat siapa kami, ramai sangat penulis nya.. hee..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 20th, 2009 at 11:52 pm
@baloot,
Sama2 Encik Baloot…
Eh, Baloot tu nama awak ker?
Memang krew blog Pakar ni ramai,
tapi yang aktifnya cuma GH Syukri sorang jer.
sayalah tu…hehe
Tapi dalam minggu depan,
saya akan tambah lagi sorang krew blog pakar
menjadikan jumlahnya 5 orang semuanya.
InsyaAllah, krew yang terbaru ini akan lebih aktif dari saya….hehe
p/s- bleh panggil saya Syukri atau Keri atau Syuk
atau nak panggil Pakar pun boleh aja dong…hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
owh ada nak tambah krew lagi. bagus lah tu. boleh tingkatkan lagi post kat blog ni kalau krew tu aktif. secara tak langsung tingkatkan traffic jugak. hee..
klau macam tu, saya panggil Pakar je lah ye..
anyway, blog ni guna hosting daripada mana ye? laju jugak.. jeles betul.. huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 21st, 2009 at 12:54 am
@baloot,
hopefully, yang baru dilantik tu akan aktif lah hendaknya.
nanti senang skit kerja saya…hehe
kalau dia dapat tolong reply komen2 pembaca pun dah cukup baik.
saya guna hosting ‘NetKL’
memang bagus hosting NetKL ni…
takde masalah langsung…support pun sangat2 bagus.
kalau hantar email, cakap ada masalah,
tak sampai seminit, diorang dah balas email kita,
memang superb la service dia…
dah 2 tahun saya guna…
memang puas hati…
Balootisme.Com plak guna hosting mane?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
krew baru tu nanti tulis topik yang berkenaan apa ye? saya lebih berminat kepada HOW TO yang secara am. cthnya yang dekat ehow.com. how to yang kita biasa guna untuk harian.. hee..
dengar ramai jugak yang amik netkl. dan diorang mmg berpuas hati. nanti nak ushar netkl lak. sebab skrg bercadang nak buat blog baru tapi target traffic daripada oversea sbb blog english.
blog balootisme tu guna hosting exabytes.com.my. awal2 dulu memang laju je. tapi skrg agak slow cket sbb dah letak 10 domain kat dalam tu (max) dan cpu loading pun bertambah. sbb tu agak slow..
p/s: blog ni guna theme thesis ke?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 21st, 2009 at 1:32 am
@baloot,
krew baru tu nanti akan tulis tajuk bebas,
saya benarkan dia tulis apa saja,
yang penting…info tu kena la ada ‘input’ positif,
bukan sekadar hiburan semata2.
kerana itu adalah asas blog ini dibina.
NetKL memang bagus,
Saya setakat ni guna 2 hosting,
Tapi kalau nak compare dua2 hosting tu,
memang NetKL la pilihan hati saya…hehe
Ooo pakai exabytes ker…
dengar cerita, exabytes skang buat promosi giler2.
waa…nak menceburi global market gak ker?
saya pun baru nak berjinak2 dengan global market ni.
skang saya dah ada 4 blog english.
tapi semua blog tu agak slow skit sebab takde banyak masa.
p/s- theme blog ni guna “Prosumer 1.9.1″
kenapa? tak cantek ker?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya nak tau kat penang mana tempat nak pergi aerobic…saya p check kat Pathlab kolestrol saya tinggi jadi kena byk senaman & healthy food
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kenapa kat hujung link tu kena ade ‘html’ ?! ..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 21st, 2009 at 2:54 pm
@eldy,
Sebab itu adalah kod ‘affiliate’ saya,
kalau awak beli melalui kod link tu,
maka saya akan dapat sikit komisyen.
Sebagai menghargai jasa baik awak membeli
melalui kod link saya (hujungnya ada ‘html’)
maka saya berikan 1 lagi ebook sebagai bonus tambahan (spt yang diterangkan).
* affiliate = ejen promosi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Some time ago, I needed to buy a car for my business but I did not have enough money and couldn’t purchase anything. Thank heaven my father adviced to try to get the business loans at reliable bank. So, I did so and was happy with my bank loan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]