|
Jan
28
|
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBKepada korang yang selalu datang melawat blog ni, aku minta maaf sebab dah lebih seminggu aku tak menulis di blog ni. Ini semua sebab tahun baru Cina la. Aku amik cuti panjang dan balik kampung. Kat kampung (Baling-Kedah –> kampung isteri aku), tak dapat nak layan internet. So, semua aktiviti internet aku terjejas.
Maaf deh.

Dalam entri kali ni, aku cuma nak kongsi 1 amalan @ doa untuk mententeramkan hati yang tengah panas. Doa ni saya sesuai bagi korang yang mungkin terasa hati @ makan hati dengan geng-geng korang yang mulut mereka mungkin sangat lazer dan menyakitkan hati.
Kepada korang yang selalu kena umpat, kena keji, kena hina dan kena kata yang bukan-bukan dari orang lain. Tentunya hati korang panas dan sakit kan?
Haaa, ni lah amalan @ doa terbaik yang patut korang amalkan. Pendek saja doa ni. Ia diambil dari Surah Yassin ayat 76.
“ Maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.” (Yassin : Ayat 76)
Ayat ni dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah @ umpatan orang.
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa; urut dada [dekat jantung] sambil baca ayat ini berulang kali mohon Allah tenangkan hati.
Sila hafal ayat ni dan makna dia sekali. Sambil baca, sambil urut di dada dan fahami maknanya. Yakin bahawa, Allah sedang mendengar aduan korang kepadaNYA dan mohon DIA tenangkan hati korang.
Sekian, selamat beramal.
















January 29th, 2012 at 2:46 pm
baca makna dia memang Allah berfirman kpd Rasulullah supaya jangan cepat panas hati dan sedih kan..
thanks 4 dis info.
iqbal´s last [type] ..(Iklan) Test drive Proton Exora Bold dan menang tiket F1 GP !
Well-loved. Like or Dislike:
4
0
[Balas Di Sini]
February 8th, 2012 at 11:23 am
Salam…
Alhmadulillah…
semoga penulis & keluarga berbahagia..
terima kasih diatas info yang tersebut..
theufO´s last [type] ..Cek Puteh, Myvi Puteh Aku di Sondol….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 15th, 2012 at 10:47 am
info yang bermanfaat untuk saya amalkan
umiliza989´s last [type] ..HARI PERTAMA ARIF KE TABIKA KEMAS PRESINT 5
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]