Jan 05
Kongsi artikel ni di FB

Pepatah mengatakan “Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya”. Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
seharinya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
“procrastination” adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa
ini:

  • #1 :   “Matlamat dikecilkan”

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

  • #2 :   “Tingkatkan kekuatan tenaga”

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

  • #3 :   “Suara positif”

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan…
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

  • #4 :   “Prinsip 80-20″

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam…
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya… berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Oleh : Dr Irfan Khairi –> http://www.irfankhairi.com/

Artikel lain yang best :

written by PakarHowTo


10 Responses to “4 Cara membuang tabiat “buang masa””

  1. 1. chuckiesd Says:

    memang best tips ni..Memang berguna terutamanya orang cam aku ni..selalu sangat buang masa.

    chuckiesd….saya pun dulu memang selalu dok buang masa…padahal banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh dilakukan…contohnya buat bisnes internet ini secara part time…alhamdulillah, dapat gak duit poket tambahan untuk bayar bil2 yang ada…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. 2. Fairuz_wasim Says:

    Askum wbt..
    Sy ingin mengucapkan b’byk tima kasih pd saudara krn mhntar information ini ke dlm email sy..
    Informasi ini benar2 mberi manfaat pd sy yg tidak di nafikan seringkali mbuang masa..
    Apepun,tima kasih sekali lg..
    Ape2 information yg b’bentuk ilmiah n b’guna kpd pelajar spt sy,diharap dpt dikongsi lg..


    waalaikumussalam Fairuz…

    alhamdulillah, diharapkan semua info yang dikongsikan di blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada pembacanya…

    memang itulah tujuan utama blog ini…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. 3. Kujie Says:

    kadang2 tak sedar pun mmg byk masa terbuang begitu saja

    kujie…betul tu…saya pun kadang2 memang selalu terlalai…bila dah lalai, maka susahla kerja nak siap…projek banyak terbengkalai…huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. 4. Daim A Says:

    Keistimewaan manusia boleh mencipta bermacam-macam yang tidak boleh dibuat oleh makhluk lain. Kita boleh melihat dengan otak seperti kekayaan dan sebagainya. Kita menggunakan otak untuk kita boleh maju kearah kejayaan. Kita mesti melihat dan memikirkan apa yang orang lain lihat dan fikir, kita boleh fikir. Ramai orang berjaya tanpa mempunyai palajaran tinggi, ia hanya menggunakaan daya pemikiraan.
    Kita boleh mengubah cara pemikiran , perasaan dan cara kita bertindak. Yang ada di jamin dengan selamat. Peluang itu adalah tidak terhad, jaminan itu ada mempunyai had seperti kebiasaan komunikasi dan sebagainya.
    PELUANG
    Potensi boleh digunakan pada apa yang belum digunakan. Potensi juga tidak terhad kesemua manusia mempunyai impian semula jadi tak kira budak atau orang dewasa.

    IMPIAN
    Manusia harus merancang apa yang harus dirancang supaya kita boleh mengikut apa yang kita rancangkan. Jika kita tidak mempunyai impian lagi kita tidak akan berguna pada masyarakat. Ramai orang yang tidak mampunyai impian ingin hidup kerana hanya keturunan. Menusia hidup bukan hanya inginkan keturunan tetapi manusia mempunyai impian.

    MEMBINA
    Manusia tidak akan membina sesuatu kerana takut kegagalan. Tanpa kegagalan kita tidak akan mendapat kejayaan, kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan. Jangan hanya melihat kejayaan tatapi jangan lupa kegagalan. Menerima kegagalan bererti anda akan menerima kejayaan.
    ini satu perniagan saya, sila layari blog ini http://yopfrozen.com

    Saudara Daim…saya suka membaca pendapat dan pandangan yang saudara suarakan…memang benar sekali apa yang dicatatkan tu….apa2pun, yang paling penting ialah…kita mesti terjemahkannya ke dalam bentuk tindakan…jangan hanya tinggal sebagai teori saja…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. 5. AMINold FADZLANegger Says:

    Assalaamu…

    ALHAMDULILLAAH. Good Tips.

    Wassalaamu…

    Amin…sama2lah kite amalkan ilmu yang dikongsikan tu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. 6. PAK YA Says:

    best dan bermanfaat


    PAKYA…

    lagi bagus kalau kita dapat praktikkan apa yang disarankan.
    barulah dapat manfaat yang sebenarnya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. 7. zaura Says:

    tq very 4 ur tips….
    amat bernilai buat diri ku…


    you are most welcome ZAURA…
    sama2lah kita beringat…
    gunakan masa sebaik mungkin.

    pesan nabi SAW kita ;
    rebutlah 5 sebelum datangnya 5…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 8. zaura Says:

    tiada penantian jika ingin mencapai ssuatu matlamat….itu lah peringatan arwah abah yang sering diungkapkan………..


    ZAURA…

    aduh…benar sekali peringatan arwah abah Zaura tu..

    kita takleh tangguh2 atau tunggu dalam mengejar matlamat…
    kita mesti terus berlari, mengejar dan terus mengejar hingga matlamat tercapai…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. 9. latipah Says:

    memang baik imformasi ni! saya ni kadang-kadang rasa macam tak cukup masa

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. 10. amirul Says:

    syukur kerana saya terbaca tips ini…harap saya dapat megurangkan tabiat buang masa dan fokus akan misi hidup …Best sangat2 bace tips ni,,…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Why ask?

i3Theme sponsored by Top 10 Web Hosting and Hosting in Colombia

Switch to our mobile site

העלאת תמונות