Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBBaru-baru ini, saya ada menerima email dari salah seorang pembaca setia blog ini. Beliau meminta saya kongsikan ’21 pesanan isteri untuk suami’ ini dengan semua pembaca blog pakar.
Beliau berkata, sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

"Abang, tolong la jadi suami mithali yer...."
Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.
Justeru, beliau meminta saya kongsikan 21 pesanan isteri untuk suami ini supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer.
- Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
- Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
- Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
- Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
- Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
- Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
- Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
- Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
- Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
- Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
- Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
- Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.
- Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
- Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
- Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
- Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
- Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
- Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
- Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
- Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!
* Klik sini untuk download artikel ini. Jika dapat print out lebih bagus. Sebarkanlah artikel ini kepada seberapa ramai orang yang boleh, khususnya kepada para suami. Semoga dengan usaha kerdil ini, maka akan menjadi lebih baiklah kehidupan berumahtangga kita, amin insyaAllah.
Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga saya dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.
** Anda suka blog ini? Rekemen la blog PakarHowTo ini kepada kawan-kawan yang lain di sini! ** |



















thanks yer pakar…..
rasa2nya leh diguna pakai gak utk bakal2 suami…
nnti leh la amalkan waktu mula2 kawin…mesti bes kan…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hihi ayu mmgsetuju habis dengan pesanan buat suami ni..yelah..best sangat2..ki3
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hoho !! nice tips !! .. tapi
Isteri selalu saje menang >.<)”
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
isham Reply:
July 28th, 2009 at 8:09 pm
@eldy, suruh tuan umah adakan artikal pesanan suami kpd isteri plak…mana boleh isteri je!…kalau tuan umah xsetuju…ini tidak adil…ngeh3
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 29th, 2009 at 12:36 am
@isham,
sebelum ni saya dah ada post kan 1 artikel
tentang panduan adab seorang ister terhadap suaminya.
baca sini ;
http://pakarhowto.com/teknik/panduan-adab-dengan-suami.html
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam……..
TQ. Ape yg d beritahu tu semua sy dah buat, cumaaa…
kalau sy tak salah sy tak kan pujuk.
Yg salah tetap salah, tp masih boleh dimaafkan.
Amacam ? ade betul ker?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ini pesanan suami buat istri atau pesanan istri buat suami?
kerana bila di baca smua ditujukan tuk suami
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
laaa kan dah tajuk tu tulis,
“21 pesanan isteri untuk suami”
so, memang la ditujukan untuk suami…huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
isham Reply:
July 28th, 2009 at 8:05 pm
@ariff, betol 2 huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagus sekali artikel, untuk kerukunan rumahtangga, kalaulah semua suami memahami peranan masing-masing, namun timbul pulak stereotaip masyarakat, kalau suami sibuk bantu isteri, mulalah timbul fitnah kata isteri queen control atau suami takut bini…hehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Bagus juga tips ini…
Untuk panduan bersama… bagi kerukuna rumahtangga..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Pakar :
Bagus tips ni utk kerukunan rumahtangga, tambahan pula lelaki sebenarnya mempunyai keupayaan yg lebih berbanding wanita. Kalau suami menghargai isteri, insyallah isteri 10x akan menghargai pihak suami.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 29th, 2009 at 12:38 am
@saffiah,
saya setuju 100% cakap akak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
za Reply:
August 1st, 2009 at 9:23 am
@PakarHowTo, ya, saya pun setuju sgt dengan pendapat saffiah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emmm.. betul, betul, betul… setujuu sesangat… rasanya nak tambah lagi satu.., suami jgn selalu sgt tinggalkan isteri ngan anak2 je kat rumah, mmg le alasannya nk cari duit lebih, tapi isteri perlukan suami di rumah jugak bukan setakat atas katil je….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
IDA Reply:
August 15th, 2009 at 11:25 pm
@mama_ceria, setuju sangat.kalau nak keluar coz nak cari duit lebih, elaun kita pun kenalah lebih2. barulah berbaloi dok bersilat kat rumah
.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ermm….saya rasa mmg bagus pesanan-pesanan ni, maklum lah kita ni manusia, kdg2 terlupa dan tak perasan so…… bila dah terbaca tips-tips ni boleh lah perbaiki apa2 yang kurang selama ni…, bukan ape ni semua untuk kebahagian rumahtangga TOLAK ANSUR ADALAH SANGAT PENTING …
DALAM RUMAHTANGGA.
Sekian.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmg btl ckp pkr tue….kalaulah laki2 blh ikut sume tue mmg bhgialah jwbnyer tp jarang sgt laki2 ada bt sume tue kannnn
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 29th, 2009 at 12:37 am
@shima,
memang sukar nak jumpa suami yang boleh buat semua
yang diterangkan diatas tu…
kalau siapa boleh buat semua…
saya tabik 100kali…huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Umi79 Reply:
July 29th, 2009 at 3:01 pm
@PakarHowTo,
Sukar memang sukar… tapi ade tau.. emmmm.. w’ever, alhamdulillah… Cumanya time sakit berat x diuji lagi.. Setakat sakit pening n bersalin tu, memang puas ati le.. Mintak2 berpanjangan sampai bila2..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam semua…nice bro…aku rasakn tip ni juga boleh d guna pakai..kpd anak yg masih duduk ngan keluarga lg…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam, saya rasa pesanan ni bagus sgt buat para suami praktikkan.. saya pun x sabar nak tunjuk kan pada suami pesanan ni.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam wrt…
Cukup cukup bagus.. Mesti kena bagi hubby baca nyer…
TQ
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Nasihat dan pesanan semua kita boleh pakai untuk keharmonian rumah tangga..yang paling penting kita sebagai suami hendaklah tahu tanggung jawab sebagai suami.dan yang paling saya syorkan bagi suami suami contohilah apa dan bagaimana kehidupan nabi junjungan kita laksanakan dalam kehidupan berumah tangga…agar rumahtangga kita penuh dgn ketenangan dan kasih sayang serta rahmat dari allah..saya seru semua yang telah bekeluarga baik isteri mahupun suami hargailah nikmat
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Nasihat dan pesanan semua kita boleh pakai untuk keharmonian rumah tangga..yang paling penting kita sebagai suami hendaklah tahu tanggung jawab sebagai suami.dan yang paling saya syorkan bagi suami suami contohilah apa dan bagaimana kehidupan nabi junjungan kita laksanakan dalam kehidupan berumah tangga…agar rumahtangga kita penuh dgn ketenangan dan kasih sayang serta rahmat dari allah..( macam mana rasul jalani kehidupan para suami kena belajar dan ajarkan pada isteri lah yer).saya seru semua yang telah bekeluarga baik isteri mahupun suami hargailah nikmat bekeluarga yang allah telah berikan… agar jiwa tenteram dgn kasih sayang dan berkekalan dunia dan akhirat..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
UNTUK DIKONGSIKAN SAHAJA DAN BUKAN NYA COMMENT
DEFINASI MUKJIZAT
Mukjizat membawa maksud suatu keadaan yang luar biasa berlaku atas kehendak dan kekuasaan Allah sebagai membuktikan kerasulan rasul-rasul yang telah dilantik.
TUJUAN MUKJIZAT DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA RASULNYA.
Diantara tujuan utama Allah memberikan mukjizat kepada RasulNya ialah untuk membuktikan kebenaran dakwah yang disampaikan. Ini kerana setiap dakwah pada masa dahulu yang tidak disertakan dengan bukti nescaya pendakwahan itu akan ditolak mentah-mentah.
JENIS-JENIS MUKJIZAT
Mukjizat boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:-
1. MUKJIZAT HISSY
Mukjizat hissy ialah mukjizat yang dapat dicapai dan dirasai oleh pancaindera. Mukjizat jenis ini lebih mempengaruhi jiwa umum dan ianya mudah dimengerti oleh semua golongan manusia. Kebanyakan mukjizat yang Allah beri kepada para nabi dan rasul dari kalangan bani Israelialah berupa mukjizat hissy.
Ini kerana umat manusia pada masa itu kecerdasan mereka terlalu rendah. Sebagai contohnya, mukjizat nabi Musa a.s adalah terletak pada tongkatnya yang boleh bertukar menjadi ular. Manakal Nabi Isa a.s pula boleh menyembuhkan penyakit sopak, menghidupkan orang yang sudah mati dan sebagainya.
2. MUKJIZAT AQLI
Mukjizat Aqli ialah mukjizat yang hanya dapat difahami oleh manusia dengan akal serta mata hati sahaja. Mukjizat jenis ini hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad sahaja iaitu Al Quran. Di samping itu Nabi Muhammad saw juga mempunyai mukjizat hissy, ini kerana umat yang dihadapi oleh Nabi Muhammad saw adalah bersifat yang kian hari kian maju fikirannya. Dengan lain perkataan mukjizat Al Quran itu boleh difahami dengan menggunakan akal fikiran yang murni dan mata hati memandangkan kandungannya adalah sesuai dengan ilmu pengetahun dan akal manusia serta terang terbukit kebenarannya.
ANTARA MUKJIZAT DAN KERAMAT
Keramat atau karomah juga adalah tergolong dalam hal-hal yang luar biasa yang terdapat pada diri seorang Wali Allah. Akan tetepi cara ianya tidak disertai dengan dakwah kenabian.
ANTARA MUKJIZAT DAN SIHIR
Antara mukjizat dan sihir ada beberapa perbezaan yang nyata. Sebagaimana yang telah dimaklumkan, mukjizat adalah kurniaan Allah kepada rasul atas permohonan rasul untuk membuktikan kerasulan dan kebenarana kata-kata dan dakwahnya.
Walaupun sihir dipandang luar biasa dari segi zahirnya, namun ia dapat dihalang daripada berlaku. Ini kerana sihir itu dapat berlaku dengan usaha orang-orang yang mengetahui sebab-sebab untuk melakukannya. Selain dari itu sihir adalah bersumber dari jiwa yang jahat dan bertujuan untuk menimbulkan kejahatan dan kerosakkan. Sedangkan mukjizat itu bertujuan untuk kebaikan dan sebagai petunjuk kebenaran.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Wah..mmg artikel yang baik…even sy lum bkahwin..tp drpd pgalaman2 org tdekat mmg mcm nilh pergolakan rmhtga blaku kerana suami tlalu ‘lepas tangan’ thadap keadaan rumahtangga..kononnya hal di rumah adalah krja isteri 100%..c suami kononnya suda jlnkn tgjwb krn telah sediakan mkn pakai isteri n anak2..walhal..ada jgk c isteri yg turut bekerja mbantu ekonomi keluarga..
N problem jgk dgn suami yg ‘buat derk…’ saja.. Mmg mnyakitkan hati… (ini mmg pengalaman org tdkt sy..) Sy dgr cerita dia pun..mcm sy plak yg nak ‘bg sebijik’ kat suami dia tu.. N mmg betul..pkara remeh anggapan suami..itulah yg jadi kanser utk isteri.. Mmg dahsyat impaknya..(skali lg sy tekankn..it’s truly true..)
Oh..pjg plak commentnya.. tp ni lah yg sy rasa… Smpi sy plak jadi takut nak kawin..hehe.. Tp jodoh kn di tangan Allah..so don’t worry..be happy
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya setuju sgt dgn post kali nie. especially bab pujuk memujuk nie. naper masa couple leh pujuk, tp bila dh dpt (jd isteri), trus hilang bab pujuk nie. hati wanita kan lembut, so x akan makan masa untuk pujuk. tp, klu biar takut jadi nanah dalam hati jer.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ASKUM..
1001 SUSAH NAK CRI PASANGAN YG BGTU.NAK2 ZMAN YG PENUH DGN CABARAN & DUNIA ERA SIBER GNI.
KALU ADA PUN DALAM JUMLH YG SDKT.
TAPI SIAPA YG MENDAPAT CALON2 SPETI DIATAS MAKA BERUNTUNGLAH SI EMPUNYA DIRI & KLUGA..
WALAUBAGAIMANAPUN KT DUNIA NIE TAK DEK SAPA YG SEMPURNA.KAN.KAN..
MELAINKAN DIA YANG MAHA ESA.
TAPI, KITA MASIH BOLEH MEMPERBAIKINYA KEADAAN KPD YG LBH BAIK LAGI.
MCM HARI NIE, KALU BLH BIARLAH LBIH BAIK DARI SEMALAM..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagus sangat..kadang-kadang para suami ni ambil mudah je benda-benda macam ni.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 28th, 2009 at 9:21 am
@fathiah, tahu tak pelah..huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yang no 14 tu banyak lelaki ‘fail’ nak buat.. tak tau la kenapa. susah sangat ke nak jadi orang2 yang pembersih dan tersusun? ke memang suka ada orang yang tolong kemaskan???
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 28th, 2009 at 9:13 am
@ct maliha,hik..hik..betul gak akan kata-katamu ct maliha..
Tapi tak semua llki macam tu..mungkin sebilangan mereka sudah terbiasa sejak dari kecil hingga ke bujung..dan merebak pula sampailah ke alam perkahwinan..;) hehe..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
best baca artikel ni….mcm saya ni boleh dikatakan 4 hari jer ada kat umah yg lain outstation….mcm mn tu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 28th, 2009 at 9:18 am
@mamarugged, selalu orang yang tak lekat kat umah nie mereka agak jarang sekali melihat rumah dalam keadaan tidak terurus itu pun jika anak-anak sudah meningkat dewasalah..
kecualilah jika penghuninya tidak menjaga kebersihan..
keharmonian..kehangatan..saling bertolak-ansur adalah 1001 kunci dalam membina rumahtanggan yang bahagia..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 28th, 2009 at 9:20 am
@mamarugged, mamarugged nie kerja apa yea? selalu beonar go outstations..huhu..syoknye sb selalu keluar kesana kemari..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mungkin puan bernasib kuarang baik mendapat suami sebegini… pendapat saya puan kena ikhlaskan diri untuk menjadi isteri….faham baik2 kenapa isteri wajib melayan suami ditempat tidur tetapi tidak wajib memasak, membasuh dan adalah yang lain….walhal wanita itu telah difitrahkan oleh Allah dengan sifat suka kepada memasak dan lain2, walau agama apa pun mereka atau dari keturunan apa pun didunia ini rata2nya sama akan kecenderungannya…..tak lain dan tak bukan kerana Allah sayangkan kaum hawa ini…. Kembali kepada keikhlasan diri….jika puan ikhlas…besar pahalanya berkhidmat untuk suami ni…. cuba bayangkan kalau memasak, membasuh dan lain…… hukumnya wajib….. apa jadi kalau tak buat?…….jika dibuat pun baru sekadar melepaskan dari berdosa……
Pada para suami pun agak-agak la sikit buruk perangai tu……sama-sama ikhlas lah….aman dunia dan kedua-duanya kena terima seadanya.
Jika isteri mengidamkan suami sebagaimana baginda Nabi Muhammad swt jangan lupa menyiapkan diri sebagaimana isteri2 baginda. Berkorban jiwa dan harta……waullahualam…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang betul ape dlm artikel tu. tak ramai suami yg betul2 faham hati isteri. bagi mereka isteri yg tak faham mereka…tp mereka yg xcuba untuk faham hati isteri.. isteri selalu terpaksa menahan rasa ..menahan perasaan..bayangkan .kalu balik dari keje..letih2..bila masak..ade yg tak kena..kena marah.. bayangkan perasaan isteri…sedih..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
(Saja nak berkongsi, bukan komen)
Sebuah artikel tentang :Istimewanya seorang Wanita Semoga bermanfaat..
Kaum feminis bilang susah jadi wanita, lihat saja peraturan dibawah
ini:
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat
pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan
nifas yang tak ada pada lelaki.
Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk”MEMERDEKAKAN
WANITA “.
Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak
akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya?
3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi
tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,ia
perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi
tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat
dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati
karena
melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an
terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya.
6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga
yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu :
sholat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan
menjaga kehormatannya.
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita
jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAH,maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita… kan
Ingat firman Nya, bahwa mereka tidak akan berhenti melakukan segala
upaya, sampai kita ikut / tunduk kepada cara-cara / peraturan buatan
mereka. (emansipasi ala western) Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang
Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Ia yang Maha
Tahu akan manusia, sehingga segala hukumnya / peraturannya, adalah
YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan/hukum
buatan manusia.
Jagalah isterimu karena dia perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki)
berbuat baik selalu (gently) terhadap isterimu. Adalah sabda
Rasulullah bahwa ketika kita memiliki dua atau lebih anak perempuan,
mampu menjaga dan mengantarkannya menjadi muslimah yang baik, maka surga adalah jaminannya. (untuk anak laki2 berlaku
kaidah yang berbeda). Berbahagialah wahai para muslimah. Jangan risau
hanya untuk apresiasi absurd dan semu di dunia ini. Tunaikan dan
tegakkan kewajiban agamamu, niscaya surga menantimu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…
Saya mempunyai suami yang memahami saya. Alhamdulillah.
Jika saya demam… suami akan tolong picik kepala, hidangkan makanan dan tanya apa saya nak makan.
Kerja rumah x usah katalah. Saya dan suami kerja di tempat yang sama. Balik kerja saya menjahit lak (Upah jahit baju), suami akan membasuh pinggan mangkuk dan tolong basuh baju (dgn mesin basuh la)
Saya berterima kasih pada Allah kerana kurniakan saya suami sebaik tu… tapi kalu bab cemburu…Saya dilarang sama sekali bercakap dengan orang lelaki. Hebat kan?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih dan kecik hati bila malam tadi suami kata ” awak tu isteri.. memang la kena buat kerja lebih banyak dari suami.. ” :’{
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 19th, 2010 at 3:49 pm
@wo shi seha,
maafkan lah suami itu,
insyaAllah besar ganjaran daripada Allah untuk awak kelak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ada jgk suami yg x ambil berat tarikh yang tll bermakna bagi isteri…huhuhu;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]