Suami suka tonton movie lucah – apa patut dibuat?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Salam hormat kepada semua pembaca. Anda apa khabar? Saya Alhamdulillah, sihat walafiat tapi agak kepenatan sebab baru balik dari kampung isteri di Baling, Kedah tengah malam semalam.

Hari ni, saya tak dapat nak menulis panjang. Sebab ada banyak sangat kerja yang perlu dibereskan sekarang.

Saya cuma nak berkongsi 1 masalah rumahtangga yang telah di hantar kepada saya. Saya kongsikan masalah ini atas permintaan beliau sendiri. Harap anda semua dapat bagi pendapat.

* Identiti pengirim tidak akan didedahkan sama sekali.


Assalaamu’alaikum…PHT

Harap permasalahan ini dpt dipublishkan ke blog PHT agar dpt pandangan dan nasihat org lain.

Sedihnya rasa bila dapat tahu suami suka menonton gambar2 dan video lucah! Rahsia ni tbongkar masa 4 bln kahwin, 1st time saya tjumpa dlm hp, kemudian dvd2 melambak tersorok dlm umah, dgn petunjuk ALLAH SWT saya tjumpa benda2 tu.Terkejut sungguh masa tu dan airmata berderai laju!

Klik utk baca seterusnya…

Cinta membawa kepada zina??

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Kisah benar atau tidak, wallahualam. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S.A.W.: Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site