Malas adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang ada sifat malas dalam diri. Tak kiralah kita ni seorang perdana menteri ker, atau seorang bisnesman, atau seorang pelajar atau seorang pegawai kerajaan atau hanya seorang kuli saja. Sifat malas memang ada. Kerana apa? Kerana adanya sifat malas itu membuktikan manusia itu lemah dan tidak sempurna. Yang sempurna dan tidak lemah hanyalah ALLAH ta’ala.
Yang penting bagi kita ialah, bagaimana kita dapat mengatasi rasa malas tersebut? Bagaimana kita dapat mengambil manfaat atau hikmah dari sifat malas yang ada dalam diri kita?
Kita kena belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Pandanglah sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang lebih baik.

Adeh, malasnye den nak bangun....
Malas itu bolehla kita ibaratkan macam iman kita juga. Ada pasang surutnya. Ada kalanya iman kita naik mencanak. Ada juga masa-masanya iman kita jatuh merudum. Tetapi, dengan amalan yang istiqamah, dengan usaha yang dilakukan terus menerus, iman boleh sentiasa meningkat. Atau setidak-tidaknya iman boleh dikekalkan dan tidak menurun.
Begitu jugalah dengan sifat malas ini. Ia boleh dikawal dan boleh diatasi. Ada cara bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini. Dengan mengikut cara yang betul, praktikkan dengan disiplin yang teratur, dilakukan secara konsisten, insyaAllah, kita mampu mengawal rasa malas. InsyaAllah kita akan dapat mengatasi rasa malas. InsyaAllah rasa malas itu boleh berubah menjadi rajin.
Pokoknya, apakah cara atau teknik yang boleh diamalkan untuk mengatasi rasa malas ini??






















