Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Entri ini Suri hadkan pada yang berumahtangga sahaja hee.. If yang nak melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi pasti sahaja kalian boleh menuntut ilmu tu di medan perang ni eeee.. Hurm bagi yang muda belia baik kalian baca sambil lalu sahaja heee..
Sebuah rumahtangga yang bahagian pasti ada nilai-nilai yang selalu mereka terapkan dalam seharian kehidupan mereka. Apakah rahsia-rahsia kebahagian mereka. Ingin tahu lebih lanjut ayuh jejak penulisan Suri yang seterusnya.
- Peluk dan ciumlah pasangan anda kerana pasangan yang sering melakukan begini akan membuatkan hati pasangan anda merasa damai tiap kali di peluk erat pasti kasih yang bersemi akan mekar seiringan dengan ketulusan hati dan tanggungjawab.
- Usiklah pasangan anda takala dia sedang rancak berkata-kata. Anda apa lagi kuislah pipi pasangan anda, or hidungnya. Lepas itu larilah hee. Bukan ke manis cara gurawan sebegitu heeee..
- Urutlah pasangan anda tanpa di pinta. Bukankah ia merupakan salah satu perkara yang menyenangkan hati pasangan anda. Jika pasangan anda meminta seolah-olah anda akan beranggapan diri anda persis tukang urut ar pulak hee. Sambil mengurut sambil beristfar bukan ke bagus janglah asyik bercerita hal rumahtangga sahaja bosan deh..

- Bukalah telinga anda untuk mendengar segala bebelan pasangan anda. Ingat tanpa bebelan tu sebenarnya tidak mungkin sampai sekarang anda akan menjadi lebih baik dari sebelum ini hee.. Lihat sebagai salah salah satu contoh sahaja, tingkah-laku anda sebelum mengenali pasangan anda mesti anda seorang yang berat tulang dalam membantu dia menguruskan kerja-kerja rumah. Nah sekarang anda rajin. Maka sikap sebegitu harus di banggakan kerana bebelan dia kepada anda ternyata tidak sia-sia malah membuahkan hasil bukan. Itu menandakan bebelan pasangan anda ada kebaikannya dalam kehidupan anda dan pasangan.















