Saya lihat, entri-entri di blog PakarHowTo yang berkenaan dengan diet dan tips kuruskan badan mendapat begitu banyak respond dan feedback dari para pembaca. Tak kurang juga yang menghantar email kepada saya bertanyakan macam-macam perkara.

Ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa, saya ni bukanlah perunding kesihatan atau pakar diet yer. Saya ni cuma insan biasa saja yang berkongsi info yang saya ada. Jadi, saya tak dapat la nak jawab semua persoalan yang dibangkitkan dalam email.
Namun, untuk tidak menghampakan mereka yang telah bertanya tu, di sini saya kongsikan beberapa lagi tips yang mungkin boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan.















