Cara Nabi S.A.W Jaga Kesihatan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Kalau saya tanya ;

“Siapakah contoh terbaik dalam kehidupan kita?”

Saya yakin, pasti ramai yang akan jawab ;

“Sudah pastilah, contoh yang terbaik ialah Rasulullah SAW.”

Semua orang mengaku Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagi kita. Tapi berapa ramaikah yang ikut baginda SAW? Berapa ramaikah diantara kita yang benar mencontohi kehidupan Rasulullah SAW?

Cuba tanya diri kita masing-masing ;

Solat kita contohnya. Adakah ikut nabi SAW? Adakah kita sentiasa solat diawal waktu? Solat di masjid @ surau? Secara berjemaah?

Bagaimana pula dengan bacaan Quran? Berapa banyak kita baca? 10 ayat? 100 ayat? Atau kita langsung tak baca? Masa kita banyak dihabiskan depan TV?

Kita kata kita cinta Rasulullah. Kita mengaku dia sebaik-baik contoh. Tapi mengapa kita tak ikut pun apa yang baginda SAW ajarkan?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara hidup sihat yang Rasulullah SAW amalkan.

Kalau kita baca sirah Nabi SAW. Baginda pernah sakit beberapa kali saja dalam hidup baginda SAW. Apakah rahsianya?

Selain daripada diri Baginda SAW itu sendiri yang sememangnya istimewa dan dilindungi Allah ta’ala secara khusus. Rasulullah SAW sebenarnya mengamalkan cara hidup yang sihat.

Cara Nabi SAW Jaga Kesihatan

Berikut adalah antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda SAW amalkan:

Klik utk baca seterusnya…

Tips beriadah dihujung minggu

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam hujung minggu untuk semua.

Hujung minggu yang panjang ini membuatkan Suri terus melekat dirumah di samping anak-anak. Nampaknya minggu ini kami tidak dapat bersiar-siar di Taman Polo atau di taman permainan kanak-kanak tapi memadailah pagi tadi kami bermain di halaman rumah menanam beberapa jenis pokok bunga itu sudah menjadi sebahagian dari rutin hujung minggu kami.

Sedarkah anda setiap aktiviti yang kita lalui sebenarnya banyak mempengaruhi gerakan otot kita tanpa kita sedari. Baiklah apa kata Suri senaraikan beberapa perbuatan tersebut. Semoga sahabat semua akan lebih aktif dan sihat pada masa-masa akan datang lagi. Insyallah :) .

Tahukah kawan-kawan aktiviti seperti memandu kereta dengan menggunakan gear yang manual sebenarnya dapat melatih hampir keseluruhan otot kita bergerak dengan lebih baik lagi terutamanya di bahagian otot punggung dan betis.

car-wash-prev1249402697tt1e2q

Anda tidak suka mencuci kereta?? Haaa..Tahukah anda bahawa dengan mencuci kereta juga sebenarnya membolehkan badan anda membakar kalori lemak dengan lebih pantas lagi seperti contoh:-

Klik utk baca seterusnya…

Tips Kesihatan dan Kecantikan Wanita 30an

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah, kebanyakan wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk ” merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Semuga sedikit tips yang Suri kongsikan bersama anda disini diharap ia dapatlah membantu kita sebagai wanita terutamanya yang berusia 30an “me’maintain’kan” kesihatan dan keterampilan diri agar tetap yakin dalam setiap langkah sepanjang hari anda.

Kawallah pemakanan proses penuaan agar dapat dilambatkan, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jika boleh perbanyakkanlah makanan yang berserat tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan hindarilah juga dari makanan yang berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah yea..

Apabila umur anda telah menjangkau 30an ketahuilah bahawa anda digalakkan menggunakan pelembap yang sesuai dengan umur anda. Ini adalah untuk keanjalan dan kelembapan kulit anda yang semakin berkurangan. Disini Suri sarankan agar anda mencarilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda. Hati anda berhati-hatilah dalam memilih produk kecantukan diluar sana. Jangan mudah tertipu..

Cuba elakkan raut muka anda dari terus terkena pancaran matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana pendedahan kulit muka yang terdedah lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

Klik utk baca seterusnya…

Tips Untuk Kuatkan Imunisasi Tubuh

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

As-salam untuk semua pengunjung blog ini semoga kalian sihat didalam lindungan yang Maha Esa..

Pada pagi jumaat yang berbahagia ini Suri ingin kongsikan bersama anda berkenaan dengan pentingnya imunisasi tubuh didalam badan kita.

badan cergas hidup sihat

badan cergas hidup sihat

Tahukan anda bahawa di sebalik makanan yang anda makan sebahagiannya boleh melemahkan atau merosakkan sistem imunisasi tubuh anda. Bukan itu sahaja malahan ada juga makanan yang boleh anda makan bagi meningkatkan tahap imunisasi tubuh iaitu:-

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site