Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah, kebanyakan wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk ” merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Semuga sedikit tips yang Suri kongsikan bersama anda disini diharap ia dapatlah membantu kita sebagai wanita terutamanya yang berusia 30an “me’maintain’kan” kesihatan dan keterampilan diri agar tetap yakin dalam setiap langkah sepanjang hari anda.

Kawallah pemakanan proses penuaan agar dapat dilambatkan, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jika boleh perbanyakkanlah makanan yang berserat tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan hindarilah juga dari makanan yang berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah yea..

Apabila umur anda telah menjangkau 30an ketahuilah bahawa anda digalakkan menggunakan pelembap yang sesuai dengan umur anda. Ini adalah untuk keanjalan dan kelembapan kulit anda yang semakin berkurangan. Disini Suri sarankan agar anda mencarilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda. Hati anda berhati-hatilah dalam memilih produk kecantukan diluar sana. Jangan mudah tertipu..

Cuba elakkan raut muka anda dari terus terkena pancaran matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana pendedahan kulit muka yang terdedah lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

Klik utk baca seterusnya…