Teknik Pemakaian Pemerah Pipi

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam petang untuk semua. Jutaan terima kasih kerana anda masih sudi menyinggahkan diri anda disini. Tegarkah anda? anda sendirilah yang tahu jawapan tersebut untuk selalu ke sini mencari ilmu. Syabas untuk diri anda sendiri kerana anda sering kali tidak pernah jemu dalam mencintai ilmu ini :) . Jika tidak masakan anda sudi meninggalkan jejak tapak kasut tulisan anda disini.

Sungguhpun blog ini baru meranggkan ke separuh masa akhir hehee.. namun Suri tetap akan menggagahkan diri juga untuk terus menjaringkan gol ilmu kepada anda demi minit-minit yang singkat kain ini ;) .

Ni dasar hati telah jatuh cinta pada mamad bebola bulat ke? hehee ya mungkin sekali. Baiklah Suri tak mahu nak buang masa. Hari ini Suri nak kongsikan tentang tips kecantikan berkenaan dengan pemerah pipi atau dalam bahasa englishnya di sahut sebagai Blusher.

Pemerah pipi atau blusher ini adalah sahabat setia kaum hawa. Haa.haa para lelaki jangan tak ambil tahu pula ya hehehe. Pada amnya pemerah pipi atau blusher ini di layarkan kepada dua bahagian tulang pipi kiri dan kanan si pemakain dengan hasil warna yang diinginkan. Lihat contoh seperti di bawah ya :-

applying-blush01

Ketika anda ingin mengoleskan pemerah pipi atau blusher ini ke pipi, anda digalakkan senyum ketika menyapu pemerah pipi tersebut ke wajah anda. Mengapa? Sebab dengan cara tersebut senyuman ini dikatakan mampu untuk menyerlahkan lagi kawasan tulang pipi anda yang menjadi daya tarikan fokus kepada wajah anda .

Bagaimana pula jika olesan atau sapuan tersebut tidak rata?
Setelah anda telah selesai mekap kedua belah bahagian pipi anda dan didapati sapuan tersebut tidak ada keserataan warna yang sempurna maka anda haruslah menggosokkan ia dengan menggunakkan tisu yang lembut. Sebab dengan cara ini kita akan dapat mengurangkan warnanya yang pekat atau merah itu sedikit demi sedikit.

Taraa! lihatlah hasilnya ;)
how-to-apply-blush01

Anda suka si dia bersolek? apa pandagan anda tentang wanita yang bersolek ini? cantik, suka atau sedap mata memandang atau sebaliknya. Luahkanlah pendapat anda disini ya :)

Memang wanita itu adalah hiasan dunia yang tiada tandingnya.

Wahai kaum wanita, aku tidak melihat dari suatu kaum (orang-orang) yang lemah akal (pemikiran) dan lemah agama lebih menghilangkan hati orang-orang yang sehat akal dan benaknya dari pada kamu (kaum wanita). Aku telah menyaksikan neraka yang penghuninya paling banyak kaum wanita. Maka dekatkanlah dirimu kepada Allah sedapat mungkin. (HR. Bukhari)

Tips Kesihatan dan Kecantikan Wanita 30an

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah, kebanyakan wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk ” merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Semuga sedikit tips yang Suri kongsikan bersama anda disini diharap ia dapatlah membantu kita sebagai wanita terutamanya yang berusia 30an “me’maintain’kan” kesihatan dan keterampilan diri agar tetap yakin dalam setiap langkah sepanjang hari anda.

Kawallah pemakanan proses penuaan agar dapat dilambatkan, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jika boleh perbanyakkanlah makanan yang berserat tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan hindarilah juga dari makanan yang berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah yea..

Apabila umur anda telah menjangkau 30an ketahuilah bahawa anda digalakkan menggunakan pelembap yang sesuai dengan umur anda. Ini adalah untuk keanjalan dan kelembapan kulit anda yang semakin berkurangan. Disini Suri sarankan agar anda mencarilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda. Hati anda berhati-hatilah dalam memilih produk kecantukan diluar sana. Jangan mudah tertipu..

Cuba elakkan raut muka anda dari terus terkena pancaran matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana pendedahan kulit muka yang terdedah lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

Klik utk baca seterusnya…

|

Switch to our mobile site